Kali ini, Café BLD tampil dengan konsep yang cukup menarik bertemakan Renaissance Kitchen Dinner Buffet, yang mengetengahkan keunikan masakan dari pelbagai negeri di Malaysia. Bukan sekadar menikmati hidangan yang lazat, tapi korang juga turut menikmati kepelbagaian budaya dan warisan kulinari negara dalam satu malam.
Buffet istimewa ini berlangsung setiap hari Jumaat dan Sabtu bermula 1 Julai hingga 30 September 2026, dari jam 6.30 petang hingga 10.00 malam. Nak Sis ingatkan, kalau korang nak lebih nyaman santai dan jadi orang pertama cekut udang galah tu, so korang datang awal laaa.. biasanya udang tulah licin sekelip mata hahahaha.. tapi jangan risau, mereka akan sentiasa topup, cuma bawa bersabar menunggu udang di goreng.
Apa yang menjadikan buffet kali ini lebih istimewa ialah penglibatan chef-chef berbakat dari rangkaian hotel Marriott Bonvoy di seluruh Malaysia. Setiap chef membawakan hidangan signature dari negeri masing-masing, menjadikan setiap sajian penuh dengan rasa asli dan identiti tempatan. Menarikkan!.
Antara menu yang berjaya mencuri perhatian Sis ialah Laksa Kedah dan Kacang Pool, hidangan ikonik Johor yang kaya dengan rasa dan cukup mengenyangkan. Bagi penggemar masakan Negeri Sembilan pula, jangan lepaskan peluang menikmati Daging Masak Lemak Cili Padi bersama Ayam Kuzi dan Roti Jala.
Paling menarik, hidangan dari Sabah, Hinava Ikan Tenggiri serta Sinalau Sapi Sabah, dua hidangan tradisional yang jarang ditemui di buffet biasa. Rasanya cukup unik, masa mula Sis nak try tu takut juga tekak tak boleh terima, tapi bila dah rasa, okaylah tekak orang Johor Sis boleh makan.
Selain itu, korang juga boleh menikmati Nasi Dagang Kelantan yang dihidangkan bersama Gulai Ikan Tongkol dan Daging Kerutuk, antara menu popular dari Pantai Timur yang bukan senang nak jumpa di Johor ni. Sementara itu, sentuhan dari Langkawi pula hadir menerusi Gulai Panas Ikan Tenggiri serta Laksa Telok Kechai. Tapi kenapa masa ke Langkawi Sis tak pernah jumpa menu ni ekkkk..
Selain hidangan istimewa mengikut negeri, Café BLD turut menyediakan pelbagai pilihan makanan lain yang tidak kurang hebatnya. Korang boleh menikmati pilihan seafood on ice yang segar, aneka Shushi, pasta, pizza, aneka salad, hidangan panggang premium, pilihan masakan antarabangsa, hidangan tempatan, serta pelbagai pencuci mulut.
Senang cakap, dari setiap sudut bufet dipenuhi dengan pelbagai pilihan makanan yang sesuai untuk semua peringkat umur. Sampai korang tak tau nak mulakan dari mana. Ada masa sampai termenung kejap sambil belek periuk baru mereka hahahaha. Tapi biasanya memang Sis akan makan udang galah goreng dulu, baru start dengan menu-menu lain.
Satu lagi keistimewaan Renaissance Kitchen Dinner Buffet ialah tema yang berbeza pada setiap bulan. Siapa pemakan durian, bulan Julai menjadi syurga buat penggemar durian. Korang boleh menikmati durian tanpa had bersama hidangan buffet yang lengkap. Sis tanya durian apa, katanya Musang King.
Bulan Ogos pula, suasana bertukar dengan konsep gerai makanan jalanan yang menyajikan Ramly Special Burger, Mee Goreng Mamak, Roti John Daging serta Putu Piring Gula Melaka yang dimasak secara langsung apabila korang minta. Macam konsep Pasar malam laa gituhh.
Masuk bulan September pula menampilkan menu nostalgia seperti Maggi Goreng Mamak Special, Roti Boom, Roti Tisu Tower dan Putu Bambu yang pasti menggamit kenangan. Rasa macam sama konsep bulan ogos, cuma menunya aja berlainan.
Sama ada untuk makan malam bersama keluarga, meraikan hari istimewa, berkumpul bersama rakan-rakan atau mengadakan makan malam bersama rakan sekerja, Renaissance Kitchen Dinner Buffet merupakan pilihan yang sangat sesuai. Paling ramai datang makan sini sambut birthday. Korang boleh bagitau staff depan, nanti mereka buat surprise kek dan menyanyi.
Hidangan pencuci mulut juga banyak pilihan. Sebab Sis ni bukan pengemar desserts, so agak tidak teruja laa Sis, mana yang Sis nak makan, Sis amik. Jika takde pun takpe tapi durian goreng tu korang jangan lupa try, sedap meresap masuk dalam mulut hihihi.

Daripada masakan tradisional Johor sehinggalah hidangan istimewa Sabah, Kelantan dan Langkawi, setiap sajian mempunyai cerita dan keunikan tersendiri. Bagi Sis, Sis berpuashati makan di sini, berbaloi dengan harganya. Apa yang Sis makan semuanya kena dengan tekak Sis, meresapppp.. Korang boleh bawa family korang ke sini okayyy.
Selamat menjamu selera!
📍 Café BLD, Renaissance Johor Bahru Hotel
📅 1 Julai – 30 September 2026
🗓️ Setiap Jumaat & Sabtu
🕡 6.30 petang – 10.00 malam
💰 RM208 nett (Dewasa)
💰 RM104 nett (Kanak-kanak)
🎉 Promosi Istimewa: Pay for 3, Dine as 4
Lebih banyak gambar menu : facebook akusislin

Video IG REEL : akusislin
TikTok : @akusislin
P/S : Harini malas nak MASAK! Lalalalalala ...

Fuhh banyak betul menunya. Kemudian bila tengok rate harganya, patutlah...
ردحذفberbaloi harga dengan apa yang di hidangkan...
ردحذفMacam2 hado tu penuh perut ni semua sedap2.
ردحذف3 tahun lebih zila duk Renaissance hotel ni..makanan diorang mmg x mengecewakan..semuanya sedap2..udang goreng dia sekajap je dah licin ..hihi..slalu kena tunggu
ردحذف