DONE MENGUNDI!. Meriah harini sana sini tunjuk jari. Marilah keluar mengundi korang! Satu undi sangat berharga!. Kenapa? Ko fikirlah semdiri, malas nak ulas panjang-panjang, salah tulis kang, sentap plak!. Makanya sila buat pilihan yang bijak sendiri laa ek..
Seawal pagi jam 9am Sis dan Suami dah keluar mengundi. Mulanya Suami ajak sarapan dulu, tapi Sis macam dah agak, rasanya mesti Suami nak makan nasi padang selepas habis mengundi, kita tengokkan aja laa nanti.. Kami mengundi di pusat mengundi Sekolah Agama Dato Abdullah Esa DUN Larkin (N44). Sis saluran 4, Suami saluran 3.
Lancar betul prosesnya. Saluran 4 kena tingkat atas, tak ramai pun, Sis hanya beratur menunggu seorang di depan, berbeza saluran 3 Suami, ramai beratur. Keluarkan IC, nama di sebut, masuk kandang mengundi, buang kertas undinya, dah selesai!. Sis turun, menunggu Suami yang masih belum selesai lagi.
Sambil menunggu, melihat gelagat orang ramai yang masuk ke dalam pusat mengundi. Ada yang datang kelam kabut tak tau nak pergi saluran mana bila di tanya, terpinga-pinga memasing. Nasib baik ada di sediakan kaunter semak nama di depan. Ada yang datang terjerit-jerit, entah apa masaalah derang ni, tak boleh cakap slow-slow ke.. tau laa awak tu saluran berapa, petugas tu cuma nak tunjukkan laluan ko, ini terjerit-jerit bagitau dia punya saluran adoii laaaa..
Selesai semuanya, Suami ajak singgah kedai makan Nasi Padang Minang depan sekolah tu. memang dah agak dah, lepas undi mesti dia nak pekena nasi padang hahaha, dah alang-alang sampai situ kann. Ramai betul orang, sana sini jalan jem. Nak keluar dari kawan tu pun punyalah payahnyaa.. nasib ada yang jaga jalan.
Cuma kadang kesian laa yang tua-tua tu haa datang. Tapi bagus penjaga pusat mengundi ni, mana yang warga emas turun dari kereta, mereka cepat bagi bantuan, sorong dan papah sampai amsuk ke dalam. Orang-orang muda belia semua. Sopan menyantuni semua orang. Syabas!.
Mana-mana kedai makan sederet depan sekolah tu pun, semua penuh. Masing-masing melepaskan kehaudan dan kelaparan selepsai mengundi. Ada yang abwa anak semua. Cuaca pulak masa Sis sampai memang panas. Abang-abang [olis pun ramai di kawasan mengundi, jadi apa-apa masaalah boleh dapatkan bantuan dengan mudah.
Rasa lega dah tunaikan tanggungjawab sebagai rakyat. Inilah peluang kita. Siapa menang, atau kenapa kalah, itu pilihan rakyat juga.. so terima aja laa apa jua keputusannya nanti.. Moga Johor terus maju dan bertambah aman damai.. inshaallah ..
P/S : UPDATE: Tahniah BN!!! Majulah JOHOR!!







selamat mengundi org johor...
ردحذفturn kami ni entah bila agaknya
dah x sabar nak mengundiiiiii
Hehehe tahun depan semua keluar mengundi
حذفSelamat mengundi buat Orang Johor..
ردحذفAlhamdulillah.. Selesai dah ye sis..
Meriah betul menu tu.. tergoda sha tengok..
حذفAlhamdulilah selesai sudah tanggungjawab kita
حذفGerai nasi padang tu memang meriah lauknya, itu side sebelah aja Sis amik, side sebelah lagi, penuhhh lagi lauk pauknya hehehe
حذفDekat kluang ada satu gerai nasi padang tapi tak cuba lagi... Nak nk try makan
ردحذفHaa boleh try nanti Qila
حذفTahniah sis dah selamat mengundi. Seronok tengok orang Johor turun mengundi. Tak sabar pulak nak turun mengundi
ردحذفKann PH.. meriah pusat mengundi, jalan sesak sana sini..
حذفOoo keseluruhan BN menang ye?
ردحذفYaa Ret, BN menang besar di Johor
حذفMeriah orang Johor mengundi. Tahun ni kita tak balik mengundi. huhu..
ردحذفOo Fiza mengundi di Johor ea.. alahaiii
حذفGelombang biru di Johor. Tahniah!
ردحذفYesss.. alhamdulilah.. rakyat memilih ini kali
حذفAkhirnya johor biru semula....
ردحذفAlhamdulilah... biru di Johor...
حذفawal bulan depan giliran ammi pulak mengundi di N9. Semoga org N9 pun bolehlah berpikir dengan WARAS masa memangkah tu. letihhhhhh dengan si merah itu.
ردحذفYaa Ammi, moga dipermudahkan rakyat N9 mengundi nanti Ammi...
حذفMasa komen ni pun dah tahu keputusan dah pun.....
ردحذفAlhamdulilah.. rakyat memilih kali ni...
حذفGelombang biru di Johor...
ردحذفAlhamdulilah... rakyat memilih...
حذفtahniah sbb menunaikan kewajipan mengundi. sesiapa pun yg jd leaders, moga amanah laa..kita tak nak leaders yg corrupt, tak kisahlah parti apa pun
ردحذفYaa betul MZ.. kita berhak memilih .. ini kali rakyat memilih ...
حذفTahniah Sis kerana telah menjalankan tanggungjawab kepada negeri dengan sebaiknya. He he.. Hidup Johor!
ردحذفAlhamdulilah.. hak mengundi pada kita Nona
حذفBagusnya tempat mengundi tak ramai orang sangat. Alhamdulillah, seronok baca cerita kawan-kawan Johor yang keluar mengundi. Menu masakan Minang tu nampak syedap. 😋
ردحذفKakk, pagi juga tu pergi tapi tak ramai.. bahagian warga emas yang ramai..
حذفWaaaaaah banyaaak pilihan menu nasi padang nya 😍😍. Langsung ambil Tambusu ya kak 😁
ردحذفHahahaha makan di situ wajib amik tembusunya Fanny ..
حذف