Tidak pernah terlintas di fikiran suatu ketika dahulu bahawa blog yang pada mulanya hanya sekadar tempat berkongsi cerita, pengalaman dan minat menulis, kini mencapai 40 juta pageviews. Mashaallah… angka ini bukan sekadar nombor. Di sebalik setiap pageview itu ada seorang pembaca.
Ada yang membaca sehingga habis, ada yang singgah mencari maklumat, ada yang meninggalkan komen, dan ada juga yang menjadi silent reader dan mesti juga ada stalker 'berbisa' selama bertahun-tahun. Walaupun tidak pernah meninggalkan jejak, Sis percaya kalian tetap setia mengikuti setiap perkongsian Sis di blog ini. Baik mengaku! Hahahahaha..
Dari lubuk hati yang paling dalam, terima kasih.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Terima kasih kerana sudi berkongsi artikel-artikel Sis.
Terima kasih kerana sentiasa menyokong perjalanan blog ini sehingga ke hari ini.
Ramai yang bertanya, “Sis masih menulis blog lagi?”
Jawapannya… Ya, masih.
Blog ini bermula hanya sebagai sebuah hobi. Sis suka menulis, suka berkongsi pengalaman sendiri, review makanan, hotel, tempat menarik, tips kehidupan, kisah kekeluargaan dan pelbagai lagi. Menulis memberi satu kepuasan yang sukar digambarkan. Setiap artikel yang siap diterbitkan terasa seperti sebuah kenangan yang akan kekal tersimpan.
Siapa sangka, daripada sekadar hobi, blog ini akhirnya turut menjadi salah satu sumber pendapatan Sis melalui iklan yang dipaparkan. Alhamdulillah, rezeki itu datang sedikit demi sedikit hasil usaha yang konsisten. Walaupun tak banyak, tapi at least ada laa duit 'jajan' hasil menjari hahahaha..
Bagi Sis, itulah keindahan dunia blogging. Kita bukan sahaja dapat berkongsi manfaat dengan orang lain, malah dipertemukan dengan geng-geng blogger serata negeri dan luar negeri. Tak sangka melalui blog, akhirnya berjumpa dan menjadi kawan sehingga ke hari ini.

Terima Kasih Kepada Semua Pembaca
Terima kasih kepada pembaca yang sentiasa meninggalkan komen yang baik-baik.
Terima kasih kepada mereka yang selalu berkongsi artikel Sis
Terima kasih kepada rakan-rakan blogger yang saling memberi sokongan sejak dahulu lagi.
Dan paling istimewa…
Terima kasih kepada semua silent reader dan juga stalker.
Walaupun mungkin kita tidak pernah bertegur sapa, tidak pernah berbalas komen, Sis tahu kalian sentiasa ada. Kehadiran kalian tetap sangat bermakna dalam perjalanan blog ini. Untuk stalker, tahniah! Mungkin satu hari nanti, cerita stalker itu akan ada di sini, nantikan..

Ramai juga Sis lihat, blogger lama sudah tidak menulis blog lagi. Ramai dah beralih ke FB, IG, TikTok dan juga Threads. Pilihan masing-masing. Sekarang banyak platform yang boleh kita join untuk menjana pendapatan. Terpulang pada hak masing-masing. Yang masih kekal sebagai blogger, tahniah!.
Buat yang baru nak mula menulis blog, kalau ada yang sedang berfikir untuk membuka blog sendiri, jangan takut untuk bermula. Tak perlu tunggu pandai. Tak perlu tunggu kamera mahal. Tak perlu tunggu sempurna. Yang penting, mula dahulu. Setiap blogger yang berjaya hari ini juga pernah bermula daripada kosong.
Sedikit Tips Daripada Sis
Walaupun blog ini mencecah 40 juta pageviews, Sis masih menganggap diri ini sebagai seorang yang sentiasa belajar.. Terutama bab coding HTML. Makin hari banyak nak kena belajar.
Masih banyak perkara yang ingin dikongsi.
Masih banyak tempat yang ingin diterokai.
Masih banyak cerita yang ingin ditulis.
Selagi diberikan kesihatan, idea dan kesempatan, inshaallah Sis akan terus menulis. Bukan semata-mata mengejar angka, tetapi kerana Sis benar-benar menikmati setiap proses dalam dunia blogging ini.
Akhir kata, terima kasih sekali lagi kepada semua yang menjadi sebahagian daripada perjalanan Aku Sis Lin. Semoga setiap artikel yang pernah Sis tulis memberi sedikit manfaat, membantu mereka yang mencari maklumat, menceriakan hari seseorang, atau sekurang-kurangnya meninggalkan satu kenangan yang indah.
Doakan semoga blog ini terus berkembang, terus memberi inspirasi dan terus menjadi tempat untuk Sis berkongsi cerita buat tahun-tahun yang akan datang. Daripada hati yang penuh syukur… terima kasih atas sokongan kalian.
Buat yang baru nak mula menulis blog, kalau ada yang sedang berfikir untuk membuka blog sendiri, jangan takut untuk bermula. Tak perlu tunggu pandai. Tak perlu tunggu kamera mahal. Tak perlu tunggu sempurna. Yang penting, mula dahulu. Setiap blogger yang berjaya hari ini juga pernah bermula daripada kosong.
Sedikit Tips Daripada Sis
- Tulis dengan ikhlas. Jangan menulis semata-mata mahu mengejar angka. Pembaca dapat merasakan keikhlasan dalam setiap penulisan.
- Konsisten. Tidak semestinya perlu menulis setiap hari, tetapi cuba jadikan ia satu rutin.
- Jadi diri sendiri. Jangan terlalu sibuk meniru gaya orang lain. Keunikan diri sendiri adalah identiti yang akan membuatkan pembaca kembali.
- Kongsi pengalaman sebenar. Pengalaman yang jujur selalunya lebih dekat di hati pembaca.
- Belajar asas SEO. Gunakan tajuk yang menarik dan kata kunci yang sesuai supaya artikel lebih mudah ditemui di Google.
- Jangan mudah putus asa. Ada masa trafik naik, ada masa trafik turun. Itu perkara biasa dalam dunia blogging. Teruskan menulis.
Masih banyak perkara yang ingin dikongsi.
Masih banyak tempat yang ingin diterokai.
Masih banyak cerita yang ingin ditulis.
Selagi diberikan kesihatan, idea dan kesempatan, inshaallah Sis akan terus menulis. Bukan semata-mata mengejar angka, tetapi kerana Sis benar-benar menikmati setiap proses dalam dunia blogging ini.
Akhir kata, terima kasih sekali lagi kepada semua yang menjadi sebahagian daripada perjalanan Aku Sis Lin. Semoga setiap artikel yang pernah Sis tulis memberi sedikit manfaat, membantu mereka yang mencari maklumat, menceriakan hari seseorang, atau sekurang-kurangnya meninggalkan satu kenangan yang indah.
Doakan semoga blog ini terus berkembang, terus memberi inspirasi dan terus menjadi tempat untuk Sis berkongsi cerita buat tahun-tahun yang akan datang. Daripada hati yang penuh syukur… terima kasih atas sokongan kalian.
P/S : Kalaulah 40 juta tu boleh di tukar ke rupiah! Esok dah boleh round the Indonesia hahahahaha ...

Tahniah sis lin. Otai blog ni 40j dah ni. Kitonyo 4j pun belum capai 🤣
ردحذفWaa tahniah SisLin. Boleh jadi pembakar semangat berblogging ni. Teruskan menulis. Kalau dapat tukar USD tu lagi best SisLin. hihi...
ردحذفFuh 40 juta view.. Kita baru 11juta
ردحذفTahniah Sis Lin! Mashaallah, 40 juta pageviews tu bukan biasa-biasa. Memang kagum sangat dengan keikhlasan dan konsistensi Sis menulis dari tahun 2008 lagi. Terima kasih selalu berkongsi tips dan cerita yang bermanfaat. Semoga blog Sis terus sukses dan terus bagi inspirasi dekat kami semua
ردحذفTahniah.. :)
ردحذفAlhamduliullah saya antara yang berjuta - juta tu sejak berbelas tahun dulu. Eh! ke dah nak genap 20 tahun (2027?) Lupa sudah. ha ha ha.
ردحذفTahniah sebab masih setia dan masih konsisten dengan dunia blog..
ردحذفSemoga banyak lagi info dan kenangan yang akan ko share utk stalker ko kat sini 🤣😜
Hidup sislin!! Hidup bn! Eh hahaa
Alhamdulillah tahniah sis 👏🏻👏🏻👏🏻
ردحذفKeep blogging ya...
Tukar ke RM la, lagi masyukkkkk ahaha
Alhamdulillah. Wah banyaknya mukasurat. Masya Allah. Allahummabarik.
ردحذفalhamdulillah.. tahniah sisLin..
ردحذفhidup sisLin... eh... hahaha..
mentang2 baru habis PRN, semangat berkempen membuak buak.. 😂😂
Sama2 sis atas ucapan penghargaan kpd kita semua, suka baca blog sis terutama review buffet ramadan.. nanti kejap lagi dah cecah 50K pulak. Terus maju jaya, pandang ke depan tetapi tetap mengimbas langkah demi langkah yang membawa kejayaan sis ke hari ini. Tahniah untuk semuanya.
ردحذفTahhhniahhhhhh!! Sayaaa nak usaha lebihhhh
ردحذف