CUTI HARI HOL - PAGI-PAGI CARI IKAN. Harini adalah cuti umum bagi negeri Johor sempena Hari Hol Almarhum Sultan Johor. Jadi harini Suami cuti tak kerja. Makanya pepagi dah di ajaknya keluar jalan-jalan cari sarapan dan ikan.
Suami memang pantang nampak live ada jualan ikan, lagi kalau ada ikan merah fresh, memang di ajaknya walk-in. Entah apa harini tiba ajak Sis pegi kedai ikan JB Frozen Seafood di Ungku Mohsin yang selalu Sis beli on9 live di TikTok tu.
Sepanjang jalan di suruh on live tu, nak pastikan betul tak harini ada ikan merah, kang dah datang jauh-jauh takde pulak. Tapi dah bagitau Suami, kalau takde ikan merah, Sis nak beli siakap, terasa nak masak stim limo, sedapkan..
Sebelum tu kami pergi makan nasi padang dulu di KG Melayu, biasalah port biasa kami hihihi. Lepas makan terus gerak ke Ungku Mohsin cari Apakkk!!.
Masa sampai tu, Apak tengah live lagi. Ikan banyak baru sampai, segar-segar. Boleh walk-in beli terus atau korang lock dalam live then pick-up terus, atau delivery ke rumah, pun boleh!. Selalunya Sis lock live pagi, nanti malam ikan dah sampai.
Suami beli 3 ekor ikan merah dan 2 ekor ikan siakap besar. Wuuuu sedapnya, nanti nak masak stim, masak lomak cili, atau masak berlada, dapnyaaa.. total beli RM79, size besar yaa! Dan siap potong bersih, senang balik tetus simpan.
Nak balik tu ternampak ikan salmon dah pek-pek, Suami beli dalam sekilo lebih rm68, dapat 5 pek (9 keping). Wuuu nak grill buat menu sihat, sedapnyaaaa ..
P/S : So harini tak blogwalking, keluar dating hihihi







Murah ea harga dia. Salmon kat sini 2 keping dah dekat rm50. Huhuhu
ردحذفYaa Ai, di aboleh delivery seluruh Malaysia kecuali Sabah Sarawak aja..
حذفInilah namanya manfaatkan cuti Hari Hol sebaiknya! Pagi-pagi lagi dah keluar berburu ikan segar. Kalau dapat ikan segar dari pasar pagi-pagi macam ni, masak apa pun gerenti manis dan sedap kan! 🐟😊
ردحذفBegitulah kami setiap kali Suami cuti, memang ada jerr tempat nak pi kejarnya.. lagi-lagi kalau ke Pasar.. macam-macam binatang di belinya
حذفMurahnya ikan salmon itu.
ردحذفKannn, sedap nak buat grill menu sihat hahahaha
حذفJohor sama Pahang ada hari hol. Pahang bulan 5. Banyaknya ikan macam2 hado. Zaman la ni ikan pun jual online.
ردحذفHaah sama Pahang.. bulan aja lain..
حذفYaa semua benda on9, hrtiu beli bawang pun on9 hahahahah
Bestnya dapat beli ikan segar gini. Harga pun affordable sangat.
ردحذفSalmon tu 🔥
Kalau tengok live dia, geramm tengok ikan-ikannya, semua segar dan murah ...
حذفYa Allah murahnya Sis..pakkal jauh je ni
ردحذفKannn.. boleh delivery seluruh Malaysia, kecuali Sabah Sarawak
حذفMungkin akan datang 'orang' pun di jual online dlm live ha ha ha ha. ops!!!
ردحذفJangan sampai kau orang jual yaa Shai hahahahaha
حذفKedai apak dekat ngan office kita ni, Lin. Tapi, kita tak pernah beli kat live ke apa ke. Yg rajin masuk live dia, kakak kita. Uiii.. sedapnya ikan merah dan siakap, dua² fav PI tu.
ردحذفYaa dekatkan Kak.. Lin selalu beli kak, kalau tengok live dia, terjebakk, tadi ni baru beli sipit gonggong plak hahahahaha
حذفeeee gerammmm je sy tgk ikan2 yg segar bugar tuuuuuu
ردحذفKannnn kalau boleh semua nak di belinyaa...
حذفTeringat masa zaman PKP memang beli seafood semua online je pastu menggelupur sebab freezer dah sendat mendat
ردحذفHahahaha sama laa di rumah ni, dah tak PKP tapi sendat freezer, sebab Suami suka beli ikan
حذفMZ tak pernah beli salmon...untung la sis lin dpt kuar dating tuuu
ردحذفSalmon grill aja MZ, makan dengan salad, kadang buat ratah atau buat bubur salmon
حذفOoo semalam Johor cuti. Bestlah orang Johor ada cuti. Syoknya dapat beli ikan fresh. Masakan pun jadi sedap nanti kan.
ردحذفYup Fiza, cuti hari Hol..
حذفuishhh.. tengok rege ikan merah tu boleh meroyan dibuatnya.
ردحذفHahahaha tapi ikannya semua fresh
حذفMurah dan cantik ikannya
ردحذفYerrr.. semua ikan dia fresh
حذفAiiiiih murah sangaaaat kak. Apalagi salmon tuh 😍😍😍. Isssh di sini mahaaal salmon. Makanya saya selalu lebih suka beli di restoran saja , yg dah jadi. Beli mentahnya tak mungkin dpt harga segitu.
ردحذفYaaa, Kak Lin suka grill then makan ratah hahahaha
حذف