MASAK LEMAK PISANG MUDA - SUAMI PUJI SEDAP. Semalam masak sedap betul (puji diri sendiri). Sis masak lemak pisang muda. Pisang muda tu kawan Sis yang bagi. Semua pisang muda, cuma Sis lupa pulak, pisang apa dia bagi ek. Tapi bila nampak pisang muda, memang mindset terus dapat idea, nak masak lemak pisang muda.
Kebetulan ada pula ikan kurau asin punya tulang, Sis masukkan sekali. Letak biji hitam juga supaya makan tak angin badan. Buat pekat-pekat santan, ishh sedap betullah makan semalam. Suami balik semalam pun mulanya kata dah kenyang, time Sis panaskan lauk tu, ehhh dia kata nak makan, tak tahan bau lemak pisang dan ikan asin tu katanya hahahaha..
Owang pompuan ni, kembang kuncup hidung bila Suami puji masak kita sedap kan hihihi..
Bahan-bahan :
- 1 sisir pisang muda
- 1 kotak santan kecik
- Segenggam ikan bilis (atau udang kering)
- 1 keping asam gelugor
- Lada hitam sesudu (tumbuk)
- Tulang ikan asin kurau
- Garam secukup rasa
- Air secukupnya untuk kuah lemak
Bahan Kisar Halus :
- 1 inci kunyit hidup
- 3 ulas bawang merah
- 1 ulas bawang putih
Cara Memasak :
- Potong pisang muda (bersama sedikit kulitnya jika suka). Rendam bersama sedikit garam dalam 2/3 jam, kemudian toskan airnya.
- Kisar atau tumbuk bahan yang ditetapkan.
- Masukkan santan ke dalam periuk bersama bahan kisar dan ikan bilis. Kacau sentiasa dan biarkan mendidih. Masukkan air juga untuk adjust kuahnya.
- Masukkan pisang dan asam keping.. Perasakan dengan garam.
- Biarkan ia mendidih seketika dengan api perlahan dan sentiasa dikacau supaya santan tidak pecah minyak. Tutup api dan sedia dihidang.
Harini rajin sikit kann, so Sis salin resepi tu. Ada pisang, korang boleh cuba. Nak pedas, letak cili padi sikit. Tapi Sis tak letak, sebab dah letak lada hitam tu. Ikutlah gaya dan cara memasing kan. Ini cara Sis masak. Kang ada pulak yang komen memacam itu tak letak, ini tak payah letak, ko tau je laa nitijen ni kannn hahahaha..
Harini dapo Sis OFF, dah bagitau Suami, harini tak masak. Pagi tadi sempat buat sarapan Nasi Goreng Ikan Bilis dan makan sarapan bersama dengan Suami pagi tadi. Licin sepinggan Suami makan walau dia kata pedas hahahaha.. harini banyak kerja kata Suami, dia mengadu itu ini laa pasal kerja sambil makan.
Moga Allah beri kesihatan yang baik buat Suami Sis, Terima kasih sentiasa kerja kuat untuk 33 tahun bersama. Moga Allah pelihara hubungan kami dari segala iblis dan bisikan syaitan.. Aaamiinn..
P/S : Malam tadi mimpi bangun tidur, rumah terapung penuh air.. punya takutt, berpeluh-peluh bila tersedar huhuhuhu..



Siapa lagi nak puji diri sendiri kan. Tambah pulak tu dapat pujian husband. Maksudnya sedap betul tu.
ردحذفSuka juga lauk ni tapi suka yang mak masak. Kalau masak sendiri tak pernah lagi. Ala rindunya masakan arwah mak..huhu...
ini kalau cuba masak ni mahu ada menangis sambil makan. huwaaa...
Yaaa Fiza, kembang kuncup kita hahahaha..
حذفMakan lauk ni kena dengan sambal belacan dan ikan asin, mantappp
Belum masak lunch ni, alahai sedapnya lauk SisLinni
ردحذفHehehe menu lauk biasa aja Kak Mulan
حذفAlhamdulillah suami puji sedap. Semangat lagi untuk memasak.
ردحذفYesss... bukan senang nak dapat pujian kannn
حذفSuami ammi belum lagilah puji melambung masakan ammi. Nampak nau bini dia ni tak brapa ada bakat memasak. Cuma ayat selalu dia..."taknaklah makan kari kat luar, kari awak lagi sedap" ahhahah...itu kira pujilah juga kan?
ردحذفTakpe Ammi, kita masak ikhlas kan, puji tak puji, janji kita ada peluang, kita masak..
حذفAyat Suami Ammi tu, lagi kita suka hehehehe
Mimpi seperti ini memang boleh terasa sangat nyata, lebih-lebih lagi jika anda terjaga dalam keadaan berpeluh dan jantung berdegup laju. Dari sudut tafsiran mimpi, tiada makna yang pasti, tetapi terdapat beberapa tafsiran simbolik yang sering dikaitkan dengannya.
ردحذفRumah dalam mimpi sering melambangkan diri sendiri, keluarga, kehidupan, atau keadaan emosi.
Air yang memenuhi rumah pula boleh membawa beberapa maksud bergantung kepada keadaan air itu:
Air jernih – boleh melambangkan perubahan, rezeki, penyucian atau permulaan baharu.
Air keruh atau banjir – sering dikaitkan dengan tekanan, kebimbangan, masalah yang terasa "membanjiri" fikiran, atau emosi yang sukar dikawal.
Rumah terapung di atas air – mungkin menggambarkan rasa tidak stabil, tidak pasti tentang sesuatu perkara, atau sedang melalui fasa perubahan besar dalam hidup.
Jika dalam mimpi anda berasa sangat takut, perasaan itu sendiri mungkin lebih penting daripada imej mimpi tersebut. Ia boleh mencerminkan:
Tekanan kerja atau tanggungjawab yang sedang dipikul.
Kebimbangan tentang kewangan, keluarga atau masa depan.
Emosi yang dipendam sehingga muncul ketika tidur.
Dari sudut Islam
Dalam Islam, mimpi secara umum terbahagi kepada tiga:
Mimpi yang baik sebagai berita gembira daripada Allah.
Mimpi yang datang daripada bisikan syaitan untuk menakutkan manusia.
Mimpi yang lahir daripada lintasan fikiran dan pengalaman harian.
Jika mimpi itu menakutkan, Nabi Muhammad ﷺ mengajar supaya:
Meludah ringan ke kiri sebanyak tiga kali (tanpa mengeluarkan air liur yang banyak).
Memohon perlindungan kepada Allah daripada syaitan dan keburukan mimpi tersebut.
Tidak menceritakan mimpi itu kepada orang yang boleh mentafsirkannya secara buruk.
Jika perlu, bangun dan solat dua rakaat.
Jangan terlalu risau atau menganggap mimpi itu sebagai petanda pasti akan berlaku sesuatu. Kebanyakan mimpi hanyalah gambaran emosi dan fikiran bawah sedar.
Panjang betul ko ea.. gigihh..
حذفThanks Shai.. mungkin juga sebab terlalu banyak mikir so jadi tekanan dan risau..
uiiissshhhh menggoda betul msk lemak tuuuu
ردحذفada ikan masin ni fuhhhhh kompem sy mkn bertambah2 hahaha
Saya pertama kali makan gulai pisang muda saat masih kecil di Aceh. Krn menu ini banyak dijual di Aceh. Mama suka masak pula, jadi belajar buat dari temannya. Trus kami yg mencoba lah. Sukaaaaa semua. Tak sangka pisang digulai bisa sedaaaap sangat.
ردحذفTp saya tak pernah buat di rumah. Selalu minta mama masak ini tiap kali kami mudik ke Medan. Resep kakak saya save. Ntah nanti ketemu pisang muda, bisalah saya buat juga ❤️❤️
Sis Lin ni lauk mak-mak masak yang anak&suami akan rindu selamanya...saya belum pernah cuba masak sendiri masak lemak pisang muda,tapi kalau teringin memang akan balik rumah mak minta mak masak
ردحذفikut kata orang-orang tua tempat saya kalau mimpi air/banjir besar petanda nak dapat rezeki tak disangka
Menggoda betul masak lemak sis lin.. Kuning pekat..
ردحذفSemoga yang baik-baik sahaja untuk sis lin..
suami puji = motivasi sgt! lain org lain pe'el dan caranya..my hubby jenis pendiam sebenarnya so memang tak de lah sesi2 puji..tp dia jenis action speaks louder than words (act of service)..so redha ajerlah, perangai masing2 kan :)
ردحذفTerus kriuk kriuk bunyi perut tengok menu sis Lin.
ردحذفIni lauk orang lama ni, masak lemak pisang muda. 😋 Sedapnya tengok. Saya sendiri tak pernah masak pisang muda. Kena rendam dengan air garam dulu ya, sebelum masak. Baru tahu ni.
ردحذف