PERGI BATAM MAKAN DI PAGI SORE. Batam ada Pagi Sore? Yaa Batam dah ada Pagi Sore guys!. Sis pun tau ternampak ada orang share di TikTok. Oo rupanya di Batam dah ada Pagi Sore. Masa ke Jakarta baru ni, tak dapat nak singgah makan, so kita ke Batam aja la kan.
Trip Batam ni pun last minit tiba-tiba Suami ajak. Rupanya dalam diam dia minta anaknya belikan hotel dan juga minta Kak Azlina (opismet) belikan tiket feri dari Puteri Harbour ke Harbour Bay,Batam.
Jumaat malam tu keluar ngopi, malam tu laa baru Suami bagitau, ishhh surprise sangat kan!. Nasiblah Bini dia ni memang sentiasa dalam keadaan bersedia hahahaha Yahuuuuuuu…
Feri dari Puteri Harbour ke Harbour,Batam seawal jam 9am, so jam 7am kami dh gerak dari Pasir Gudang. Park kereta di kawasan park dan ada buggy yang akan bawa kita ke bangunan terminal. Korang tunggu aja, nanti ada buggy datang.
Lepas dah claim boarding pass, sempatlah kami minum dan makan sarapan dulu. Ramai juga pagi tu yang naik feri yang sama. Dalam jam 8.30am pintu boarding dah di buka dan semua penumpang dah boleh naik feri. Jam 9.10am feri gerak.
Perjalanan dalam satu jam setengah macamtu. Sampai Batam, Sis dan Suami amik teksi aja menuju ke Hotel. Check-in bag then terus supir teksi hantar ke Restoran Nasi Padang Pagi Sore ni.
Yang kelakarnya supir teksi ni pun tak tau ada Pagi Sore di Batam, ko ngase? Sis dan Suami bukak waze then supir ikut tuju arah dari waze. Akhirnya sampai juga.
Besar restorannya. Masuk dalam agak ramai, so kena bagi nama dan berapa pax nak duduk makan, tunggu sekejap sampai di panggil nama tapi ruang makannya 2 tingkat so waktu menunggu tidak terlalu lama.
Sambil tu Sis jeling juga menu-menu yang di sajikan di ruang dapur terbukanya di depan tu. Woww pelbagai menu ada, nampak urat tunjang tu sedapnya!! Suami pun kemain tenung depan menu-menunya tu hahahaha. Sabarrr ya Bang..
Bila nama di panggil kami di bawa di ruang atas. Atas pun besarr ruang makannya. Dapat tempat duduk, terus staff datang amik order minuman. Minuman Sis dan Suami tetap Es Jeruk!. Kemudian katanya sekejap lagi makanan di hantar.
Sekejap tu sampai makanannya beserta air, puding, buahan dan juga menu-menunya. Menu yang di hantar adalah random, so korang boleh buka dan makan mana yang korang mau dan korang boleh order menu lain apa yang korang mau.
Kalau atas meja tu semua menu tu korang dah suka, dan rasa cukup, so korang makan ajalah apa yang ada atas meja, kalau nak tambah, just panggil dan bagitau staff mereka. Konsep dia, mereka akan kira pinggan mana yang korang buka plastiknya dan makan.
Menu kami semua sedap-sedap! Terutama urat tunjang bercili tu haa, sedap gilerr!! Pedas dia ngam sangatt!! Juga sotong berlado tu, uiii Sis makan dua pinggan sotong tu. Supir makan ikan, Suami makan daging, ayam pdanag juga jengkol, sayur nangka dan lemak pucuk ubi juga kami makan.
Paling best Sis makan udang galah sekor tu hihihi. Paling mahal antara semua tu okk!. Cukuplah dapat sekor tu. Belut pun ada, cuma satu je Sis lupa nak tambah, ayam pop! Arghh nampak meja sebelah order baru teringat hahahaha.. takpe, next time okk!
Settle makan, makan buah dan puding, ini pun di kira juga okk. Buah ko makan tak habis pun, di kira sepinggan, so baik habiskan semua. Rugi bayar tapi tak makan. Alhamdulilah semua sedap-sedap kami makan.
Harga kenyang kami makan bertiga 837,375rp. takyah convert, dah bayar jalan terus! Tapi sangat berbaloi-baloi! Puashati makan. Suami cakap, next time datang bawa anak-anak pula. Maknanya Suami suka laa tu makan sini, alhamdulilah ..
Pagi Sore Batam ni baru di buka 2 bulan lepas, so ramai tak tau lagi termasuk penduduk local mereka.
Alamat : Pagi Sore Batam
Batam Jl. Jenderal Sudirman,
Komp. Dermaga Sukajadi, Batam
Buka Dari : Jam 10am - 10pm
P/S : Trip Batam ni memang jalan-jalan santai makan-makan jer dengan suami, so malas nak update semua ha³ …













Jadi laaa kan plan last minit tu.. dpt gak ye ko rasa pagi sore haha so bole compare la ngan kedai padang yg lain 🤣
ردحذفItu laaa, sampai juga ke Batam hehehe..
حذفSiap dah plan nak pergi lagi ni ...
oh dkt btam pn ada Pagi Sore..ingt dkt jakarta je...aritu p jakarta tk singgah pn mkn sbb bc review overrated..nk plak aritu isu yg tourist msia dituduh tk byr..mmg viral la org boikot
ردحذفAaah baru buka dalam dua bulan lepas kata staffnya ...
حذفSo far di batam servis bagus..
Selalu plan last minute la menjadi hihi. Berbaloi bayar dekat 200 dapat makan banyak lauk macam ni. Sedapnya urat tunjang!
ردحذفKann Karni, biasalah abang Sabar memang suka buat last minit..
حذفWahhhh honeymoon yang kali ke berapakah ini? Seronoknya tengok semua pilihan makanan. Langsung kelaparan
ردحذفHahaha tak terkira honeymoonnya dah hahaha..
حذفPilihan menu dia banyak.. dan rasa pun sedap..
Boleh tahan jugak harga bila convert ke RM ye kak.,.. tapi memang besar betul udangnya tu sekor je tapi menggoda uih.
ردحذفYaaa Dana, sebab tu kalau makan jangan convert, tapi kami makan tu banyak betul hahahaha
حذفAlhamdulillah. Sedap semua makanan kat situ. Lain kali buleh pi makan lagi... Yummy...
ردحذفYup, memang boleh repeat makan lagi di situ..
حذفHehe cepat betul tercapai dapat makan di Pagi Sore. Rupanya makan di Batam. Alhamdulillah. Rasa lawak pula supir itu tidak tahu di mana.
ردحذفSalam perkenalan daripada saya singgah sini. Tq.
Hahaha kannn.. itu pun 2 kali salah tempat, rupanya supir pun tak tau Batam dah ada Pagi Sore hahahaha
حذفKemain besar ya udang galahnya, puas la makan 😀
ردحذفAsalkan sedap puas hati, tak terasa sangat bila membayarnya tu.
Besar, udang itu jerr harganya 120 ribu rupiah hehehehe
حذفNasib bayar dan terus jalan serta tak convert. Kalau tak mahu viral lagi sebab makan x bayar. ha ha ha
ردحذفYaa Shai.. makan terus jalan, kalau belek resit, memang sampai ke sudah laa fikir terus hahahaha
حذفSy suka gulai urat keting tu sis =D
ردحذفSama laaa, urat tunjang...
حذفHai SisLIn. Maaf lama tak singgah sini. Terima kasih sudi singgah blog saya.
ردحذفWah syoknya ada surprise. Untung betul dekat dengan Batam. Everyweek pergi pun takpeni. Eh eh boleh pulak supir pun baru tahu pagi sore kat Batam ek. hihi..
Mujur kat Batam ada, kalau tidak kena ke Jakarta sekali lagi pulak. Banyak pilihan makanan kat sini. Kalau ke Batam tak sah kalau tak makan seafood. Kira dah murah-murah dah tu kan.
Yaa Fiza, alhamdulilah kamu dah sihat..
حذفDekat tapi kos feri dan hotel boleh tahan lumayan juga hahahaha.. tapi seronokkk, makan sedap-sedap sanaa
Nampaknya orang Malaysia lagi mengikuti perkembangan semasa. Hihi. Kalau yang kita tak buka plastik & tak makan tu mereka letak semula kat kaunter hidang ke?
ردحذفKannn.. supir 2 kali hantar ke salah tempat.. akhirnya dapat juga, rupanya baru buka 2 bulan, so ramai yang tau juga
حذفlaa, knp org dok pasir gudang sangup ke puteri harbour gelang patah jauh tu nk ke batam? naik dari pasir gudang kan lagi dekat? me pun selalu naik dari stulang laut je., huhu
ردحذفHahahah memang saje nak naik dari Puteri Harbour tu.. selalu memang naik dari Johor Port hehehe
حذفkalau saya ni tengok lauk tersusun macam tu memang rambang mata nak pilih
ردحذفKannn, tu belum lagi tengok buku menu hahahah so kita makan ajee apa ada atas meja
حذفSeronok orang Johor, dekat je nak seberang ke sana ye... Semua nampak sedap dan semestinya sedap la kan 😁
ردحذفYaa dekat, banyak port feri boleh naik.. tapi so far di Puteri Harbour ni selesa
حذفsaya sendiri pun belum mencoba pagi sore yg logo hijau ini... yg merah saja sudah, krn ada dekat rumah.. yg hijau nih cabangnya tak sebanyak saingan dia ;p.
ردحذفada yg bilang lebih sedap pagi sore logo hijau daripada pagi sore logo merah... tak tahulah.. nanti nak ajak raka makan lah di sini..
Nanti boleh try Fanny.. sedap semua menu yang Kak Lin makan.. boleh cuba lagi kalau datang ke Batam nanti..
حذفfirst time makan begini ketika ke Bandung lama dah, rambang mata tgk lauk2 . tgk ni terus terniat nak ke batam. haha
ردحذفKannn, di Johor banyak juga nasi padang, tapi ceduk masuk pinggan, gaya susun atas meja tak banyak, hanya di Indonesia
حذفBanyaknya lauk-pauk. 😋
ردحذفSalam kenal, Sis Lin. Saya follow blog Sis Lin dan add pada bloglist saya.
Tu baru suku jerr Tot.. kalau ikutkan ada lagi banyakkkk
حذفWishlist juga Batam ni tapi bila memikir kena memandu ke JB jauh sangat lah pulak. Ritu baca ada yang naik bas ke JB dari KL. Ingat nak riki2 juga lah... menarik juga kalau naik ETS.
ردحذفYaa Batam sekarang dah meriah tak macam dulu.. naik ETS ke Jb aja senang.. nanti di sini beli tiket feri.. boleh beli on9 dulu..
حذفooo banyak cawangan rupanya pagi sore ni...
ردحذفteringin nak gi batam tp tu laa ramai yg x berminat nak pegi. kalau pegi sorg sy rs mcm mls laa pulak hahahhaha
Nanti ajak Fanny, dia pun nak ke Batam juga hehehehe..
حذفWah, seronoknya dapat kejutan last minute macam ni! Untung Sis sentiasa dalam keadaan bersedia ya. Haha. Baguslah encik suami, diam-diam dah siapkan semua pendaftaran feri dengan hotel.
ردحذفItu laaa, sesekali ada gak macamtu perangainya hahaha..
حذفni kira mkn2 kat obersi laaa sbb luar malaysia ;)
ردحذفHahahaha yaaa hunting nasi padang namanyaaa
حذفWhoaa...Pagi Sore ....Nampak sedappp betul...Laparin nengok yaaaa...
ردحذفNanti ko ke batam, bolehlah singgah yaaa
حذف