PERGI BATAM MAKAN DI PAGI SORE. Batam ada Pagi Sore? Yaa Batam dah ada Pagi Sore guys!. Sis pun tau ternampak ada orang share di TikTok. Oo rupanya di Batam dah ada Pagi Sore. Masa ke Jakarta baru ni, tak dapat nak singgah makan, so kita ke Batam aja la kan.
Trip Batam ni pun last minit tiba-tiba Suami ajak. Rupanya dalam diam dia minta anaknya belikan hotel dan juga minta Kak Azlina (opismet) belikan tiket feri dari Puteri Harbour ke Harbour Bay,Batam.
Jumaat malam tu keluar ngopi, malam tu laa baru Suami bagitau, ishhh surprise sangat kan!. Nasiblah Bini dia ni memang sentiasa dalam keadaan bersedia hahahaha Yahuuuuuuu…
Feri dari Puteri Harbour ke Harbour,Batam seawal jam 9am, so jam 7am kami dh gerak dari Pasir Gudang. Park kereta di kawasan park dan ada buggy yang akan bawa kita ke bangunan terminal. Korang tunggu aja, nanti ada buggy datang.
Lepas dah claim boarding pass, sempatlah kami minum dan makan sarapan dulu. Ramai juga pagi tu yang naik feri yang sama. Dalam jam 8.30am pintu boarding dah di buka dan semua penumpang dah boleh naik feri. Jam 9.10am feri gerak.
Perjalanan dalam satu jam setengah macamtu. Sampai Batam, Sis dan Suami amik teksi aja menuju ke Hotel. Check-in bag then terus supir teksi hantar ke Restoran Nasi Padang Pagi Sore ni.
Yang kelakarnya supir teksi ni pun tak tau ada Pagi Sore di Batam, ko ngase? Sis dan Suami bukak waze then supir ikut tuju arah dari waze. Akhirnya sampai juga.
Besar restorannya. Masuk dalam agak ramai, so kena bagi nama dan berapa pax nak duduk makan, tunggu sekejap sampai di panggil nama tapi ruang makannya 2 tingkat so waktu menunggu tidak terlalu lama.
Sambil tu Sis jeling juga menu-menu yang di sajikan di ruang dapur terbukanya di depan tu. Woww pelbagai menu ada, nampak urat tunjang tu sedapnya!! Suami pun kemain tenung depan menu-menunya tu hahahaha. Sabarrr ya Bang..
Bila nama di panggil kami di bawa di ruang atas. Atas pun besarr ruang makannya. Dapat tempat duduk, terus staff datang amik order minuman. Minuman Sis dan Suami tetap Es Jeruk!. Kemudian katanya sekejap lagi makanan di hantar.
Sekejap tu sampai makanannya beserta air, puding, buahan dan juga menu-menunya. Menu yang di hantar adalah random, so korang boleh buka dan makan mana yang korang mau dan korang boleh order menu lain apa yang korang mau.
Kalau atas meja tu semua menu tu korang dah suka, dan rasa cukup, so korang makan ajalah apa yang ada atas meja, kalau nak tambah, just panggil dan bagitau staff mereka. Konsep dia, mereka akan kira pinggan mana yang korang buka plastiknya dan makan.
Menu kami semua sedap-sedap! Terutama urat tunjang bercili tu haa, sedap gilerr!! Pedas dia ngam sangatt!! Juga sotong berlado tu, uiii Sis makan dua pinggan sotong tu. Supir makan ikan, Suami makan daging, ayam pdanag juga jengkol, sayur nangka dan lemak pucuk ubi juga kami makan.
Paling best Sis makan udang galah sekor tu hihihi. Paling mahal antara semua tu okk!. Cukuplah dapat sekor tu. Belut pun ada, cuma satu je Sis lupa nak tambah, ayam pop! Arghh nampak meja sebelah order baru teringat hahahaha.. takpe, next time okk!
Settle makan, makan buah dan puding, ini pun di kira juga okk. Buah ko makan tak habis pun, di kira sepinggan, so baik habiskan semua. Rugi bayar tapi tak makan. Alhamdulilah semua sedap-sedap kami makan.
Harga kenyang kami makan bertiga 837,375rp. takyah convert, dah bayar jalan terus! Tapi sangat berbaloi-baloi! Puashati makan. Suami cakap, next time datang bawa anak-anak pula. Maknanya Suami suka laa tu makan sini, alhamdulilah ..
Pagi Sore Batam ni baru di buka 2 bulan lepas, so ramai tak tau lagi termasuk penduduk local mereka.
Alamat : Pagi Sore Batam
Batam Jl. Jenderal Sudirman,
Komp. Dermaga Sukajadi, Batam
Buka Dari : Jam 10am - 10pm
P/S : Trip Batam ni memang jalan-jalan santai makan-makan jer dengan suami, so malas nak update semua ha³ …













Jadi laaa kan plan last minit tu.. dpt gak ye ko rasa pagi sore haha so bole compare la ngan kedai padang yg lain 🤣
ردحذفoh dkt btam pn ada Pagi Sore..ingt dkt jakarta je...aritu p jakarta tk singgah pn mkn sbb bc review overrated..nk plak aritu isu yg tourist msia dituduh tk byr..mmg viral la org boikot
ردحذفSelalu plan last minute la menjadi hihi. Berbaloi bayar dekat 200 dapat makan banyak lauk macam ni. Sedapnya urat tunjang!
ردحذفWahhhh honeymoon yang kali ke berapakah ini? Seronoknya tengok semua pilihan makanan. Langsung kelaparan
ردحذفBoleh tahan jugak harga bila convert ke RM ye kak.,.. tapi memang besar betul udangnya tu sekor je tapi menggoda uih.
ردحذفAlhamdulillah. Sedap semua makanan kat situ. Lain kali buleh pi makan lagi... Yummy...
ردحذفHehe cepat betul tercapai dapat makan di Pagi Sore. Rupanya makan di Batam. Alhamdulillah. Rasa lawak pula supir itu tidak tahu di mana.
ردحذفSalam perkenalan daripada saya singgah sini. Tq.