SUAMI BELIKAN KUALI BARU LAGI - KUALI DATO ALIFF SYUKRI. Kalau di rumah, paling banyak dan kerap barang J&T sampai, semuanya barang Suami. Kadang tu kalau Sis keluar, balik je rumah, atas tembok atau lantai dalam, kemain sampai dua ke tiga barang tercampak. Dan paling rare sekali, baru ni tiberr ada barang bungkusan hijau besar atas tembok.
Dari jauh nak masuk kereta dalam rumah, Sis dah terpandang, uishh apa benda atas tembok tu besor, rasanya Sis takde beli apa-apa COD ke. Tapi dah dapat agak dah, ni mesti barang Suami, tapi apabende pulak dia beli kemain besornyaa bungkusan hahaha,... tertanya-tanya Sis.
Sis bawa masuk dalam, tengok pada penerima, okayy barang En Suami. Tengok pada bungkusan hijau tu, ooo beli barang Dato Aliff dari AS Dherbs.
Tak lama sekejap tu Suami call, tanya bungkusan tu suruh buka. Sebelum di tanya memang Sis dah buka dulu hahahahaha.. rasanya Sis tau dia beli apa sebab beberapa hari sebelum tu, Sis sendiri yang suruh Suami beli, tapi ingatkan dia tak beli, rupanya betullah Suami belikan kuali baru lagi hehehehe..
Patutlah kemain beso bungkusan, rupanya dalamnya ada kuali besar. Ada 3 size kualinya, dan boleh tahan berat weyyy, bukan jenis yang ringan tu, serius berat kualinya. Nampak ketahanan kualinya walau harganya baru RM39.90 hahahahah..
Yaa harganya RM39.90, korang dapat 3 size kuali dan percuma senduk-senduk tu semua. Berbaloi juga belinya. Sis ni kalau jenis murah, lagi kalau periuk ke kuali ke, kalau ringan, ermmm memang nampak gaya sekejap aja laa pakai. Banyaknya semua macamtu laa.. pakai tiga empat kali, lepas tu Sis humban buang. Sebab dasar kualinya jadi hitam dan bila masak cepat hangus, memang tak kowser nak simpan.
Tapi kuali AS ni, Sis dah guna dah buat menumis dan menggoreng, best woo, tak melekat dan bahan rempah elok pecah minyak tanpa melekat di kuali dan tidak mudah hangus. Bestlah pakai kuali ni, Sis suka. Next nak suruh Suami beli periuk gold dia tu, nampak macam best juga tu, cuma tak tau berat ke ringan..
Thans Suami.. moga di murahkan rezeki, dapat belikan lagi periuk pulak hihihi..
P/S : Perangai Sis, dah beli baru, yang lama memang Sis buang. sampai jiran tanya, ;kenapa buang kuali' hahahahaha..




sgt murah tuuu...kalau tak hangus dan sedap diguna, memang berbaloi sgt ni..MZ rasa mcm nak beli 1 lagi kuali tefal yg besar sbb nak dispose yg lama (dh calar2 teruk bahagian dlm dia)
ردحذفKannn harga berbaloi, dapat 3 kuali free sendukk
حذفKira surprise jugalah ni kan. Murah sangat tu dapat 3 saiz kuali dan barang lain. Tak melekat eh jenis macam ni. Bagus sangat tu. Saya pun buang hantar recycle kalau kuali non stick dah bercalar tu. Simpan tak guna makan ruang.
ردحذفSurprise tu idok lerr sebab sebelum tu dia dah tunjuk, cuma tak tau pulakk dia beli hahahaha
حذفBestt nya sis lin
ردحذفEn suami belikan set tu
Wahh menarik harganya pun
Owang pompuan memang suka kann dapat hadiah hehehehe..
حذفHhahaah ako hampir terjebak gak nak beli.malam tadi tapi terus ako slide laju² ... sbb byk sgt brg dah beli ni... haha tgu bln depan je la klu ada rezekie lagi
ردحذفBest Ret kuali dia, tak melekat, aku suka sebab berat.. best pakai..
حذفSamalah kita Lin, sampai suami balik kerja tanya kat luar tu kuali siapa? Dia siap nak amik semula.. haha
ردحذفHahahaha kalau sini, Suami yang rajin membeli, jimat duit kita
حذفBerbaloi beli jika rajin memasak sis. Harganya sangat affordable.
ردحذفKannn, kita memang suka memasak, dapat kuali beli, happy gilerrr
حذفMurahnya. Saya pun nak cari kuali baru jugak sbb kuali skrg dah calar-balar
ردحذفBeli yang ni Karni, berat dan best pakai memasak..
حذفEh, murah sangat le tu... Nampak OK jugak kuali tu
ردحذفOkayy sangattt.. saya bagi 5 bintang Uncle hahahaha
حذفWah, alhamdulillah... Sweet betul suami Sis Lin! Tahu-tahu je barang dapur yang boleh buat isteri tersenyum gembira. Orang perempuan ni kalau dapat kuali baru, auto rasa bersemangat lain macam nak masuk dapur kan! Semoga bertambah-tambah rezeki suami Sis Lin dan makin rajin masak lauk sedap-sedap!
ردحذفSweet tak sweet lerr, ikut mood hahahaha..
حذفKannn, Sis memang suka beli perkakas dapo, beli baru, yang lama boleh humbann hahahaha
Aaminn.. makseh Syaz.. untuk Syaz juga
Tahniah, beruntung tu dapat kuali baru. Nak memasak pun semangat.
ردحذفHehehehe hari-hari jadi semangat nak masak lauk apa hihihi
حذفLebih bersemangat memasak tu.
ردحذفBeberapa bulan lepas nampak kat FB, DAS dan anak Raudhah promo kuali dan senduk ni. Rupanya dapat 3 kuali eh... berbaloi tu dengan harga dia.
Yaa dapat 3 kuali size berbeza.. free senduk tu semua.. berbaloi harga dia Ibu
حذفBarang dapur ni, hhmm kena tutup mata sebab ada yang belum guna hehe tapi geram je
ردحذفHahahaha kalau Lin semua memang guna bergilir-gilir di dapo, cuma kalau rasa dah lama, Lin buang..
حذفMurahnya RM39.90 dengan 3 saiz kuali berat.
ردحذفHarap bertahan lama kuali ini berkhidmat.
Yerr Na, berbaloi kann.. tak tau pulak kualiti dia bagus betul
حذفkalau tak dibuang menimbun pulak periuk kuali dalam rumah. tp nampak macam ada tekstur je kat permukaan kuali...
ردحذفYaaa dah guna banyak kali, tak melekat langsung goreng ikan dan memasak sambal.. suka best!
حذفUntunglah... Rezeki jangan di tolak.
ردحذفKann alhamdulilah ...
حذفDah lama tak beli kat TT Alif Syukri. Last beli jeruk mangga. Tue pun lepas dah tak berapa viral dan harga pun tak lah mahal sangat.
حذفYaaa biasa yang Alif Syukri ni Laki aku laa suka beli hahahaha haritu dia beli gakk kopinya ..
حذفDapat hadiah yg mmg kita guna hari² ni seronoknya lain macam kan sis. Nak masak pun bertambah semangat, kuali barulah katakan hihi ...
ردحذفBetul.. baik periuk ke, pinggan mangkuk ke, memanh happy betul kalau dapat
حذفsyok tu dpt kuali baru husband belikan
ردحذفAlhamdulilah, semangat memasak
حذفKok bisa murah sangaaaaaat 😍😍😍😍. Alif Syukri sedang sedakah agaknya 😄😍😍. Ini kalau tak berat, dan tak besar, mungkin saya beli bawa jkt. Tp Krn berat tak mungkin laaah 😄😄.
ردحذفMemang kuali berkualitas biasanyakan mahaaaaal. Tp kalau dpt yg murah, dan bagus pula, isssh, beruntung sangaaat lah kak
Hahaha beli time live yaa murah Fannny.. best pakainya, kualinya pun berat, kualiti agak bagus juga
حذفsis dah guna ke senduk sudip tu?cair tak bila kena panas?
ردحذفSudah.. so far tak cair pulak, sebab dia jenis yang keris bukan yang lembikkk
حذفEhhh..Ini mcm yg sy dpt hari tu sis ...Sama =D
ردحذفYaaa memang sama Nieza hehehehe
حذفmak aihhh murah ek.. nak beli lah..
ردحذفYaa sulalah beli yaaaa
حذف