DUA HARI AKU SAKIT BELAKANG, DEMAM DAN SAKIT KEPALA SELEPAS CUCUK BOOSTER!

DUA HARI AKU SAKIT BELAKANG, DEMAM DAN SAKIT KEPALA SELEPAS CUCUK BOOSTER! | ALHAMDULILAH, harini barulah dapat menulis di sini setelah dua hari bergelut dengan sakit selepas cucuk booster. Kalau di ingatkan balik rasa sakit tu, agak mengerikan, rasa sakit belakang tu macam sakit nak beranak okay, ini serius Sis rasakan.. cuma tak laa seperti rasa sebenar tapi rasa tu macamtu laa rasanya.. 

Pada hari pertama cucuk booster tu, keadaan Sis okay jer, lengan tempat cucuk sikit pun tak rasa sakit. Ceh konon eksen lerr kejap kat adik-adik. Sebab masa cucuk dos 1 dan dos 2, dalam berapa jam, lengan terus rasa sakit, tapi time booster ni, elok je sampailah malam hingga tertidur. Tapi..... 

Esoknya bangun pagi, Ya Allah, bukan kata lengan ajer, dia tangkap sekali sakit belakang dan pinggang macam nak haperr mengerang kesakitan.. duduk salah, baring lagi bersalah, tak tau nak buat apa, kena pulak masa tu tinggal sengsorang, Suami kerja, anak bujang kerja, so apalagi, dah macam orang hampir giler tahan sakit. 

Petang tu dah tahan sangat sampai Sis col anak kat KL tu tanya apa nak buat. Kakak kata memang sakit, tapi sakit tu lain orang lain, sebab masa Kakak cucuk booster takde sakit belakang. Lepas tu col anak bujang plak suruh balik awal, col Suami tak dapat plak.. bayangkan tahan sakit dari pagi sampai ke petang tu sengsorang, Yana plak tak boleh nak keluar sebab on duty huhuhu.. 

Sis bawa tidur pun tak boleh, badan tiba panas, check suhu naik 37.1, sah laa demam, panadol dah makan pagi dah, so kena tunggu beberapa jam lagi baru boleh makan lagi..dah macam cacing kepanasan Sis. Perbanyakkan istighfar je masa tu.. 


Sakit berlarutan sampai ke malam. Tapi Suami dan anak bujang malam tu dah balik awal. Maybe si Kakak col Ayahnya, tu yang Ayahnya balik bawa air kelapa dan bagitau anak bujang juga minta belikan koyok. Terus malam tu tampal koyok satu badan dan minum air kelapa bersama lemon. Kesian Suami tidur-tidur ayam mengosok belakang Sis bila Sis mengerang sakit huhuhu.. Iyerr tak boleh tidur ko di buatnya malam.. 

Esok paginya, sakitnya tangkap kepala plak, adoii berat gilerr kepala nak bangun. Suami pergi kerja pun Sis tak dapat buatkan sarapan dan hantar ke pintu, memang baring terus tidur semula. Nasib baiklah Allah beri 'cuti', so memang berehat waktu sakit tu. Sakit belakang masih ada tapi tidak seperti semalamnya. 

Hari kedua hanya layan kepala sakit, sakit belakang beransur-ansur hilang. Masih lagi minum air kelapa bersama lemon. VitaminC memang tak tinggal, siap bedal limau cina lagi berbiji-biji. Dan semalam anak bujang cuti teman Sis dirumah, dia takut Maknya sakit lagi. Yana pulak datang belikan makanan, katanya Ayah suruh belikan makan. 

Dan malam tadi tidur agak selesa juga, tidak sedar sakit, koyok siap tampal di kepala lagi. Pasang Diffuser Lavender dan gosok EO panaway dia tapak kaki, alhamdulilah tidur dengan lena malam tadi. 


Harini alhamdulilah bangun pagi, rasa sihat, dan hilang rasa kesakitan, syukur alhamdulilah, semua dengan izinNya dan berkat doa kengkawan semua. Sakit itu penghapus dosa tapi nikamt apa lagi yang engkau dustakan, maka bersyukurlah dengan setiap pemberian driNya, walau di beri sakit sekalipun. 

Ada yang tanya, 'are you ready for next booster?'.. 

Yaa, Sis always ready untuk setiap booster apa pun dia nak cucuk, janji dapat mencegah dan memberi double protection untuk melawan virus. Lain-lain hal berserah aje laa kepada yang Maha berKuasa. Korang jangan takut nak cucuk booster, setiap orang lain kesannya, tapi jika korang tak ready atau taknak cucuk booster, terpulang, hak memasing. Tiada paksaan. 

Semoga selepas ini kita semua sihat-sihat aja dan diberikan kesihatan yang lebih baik dari sebelumnya. Sekurangnya kita dah usaha dan mencegah. Namun jika Allah berkehendak juga nak kena, Kun Fa Ya Kun, maka terjadilah.. redha atas segala ujianNya.. Yang penting jaga SOP dan amalkan 3S. 

Selamat berjuang semua... 


P/S: Sis dah dapat tau siapa yang hantar dan beri makanan tu, alhamdulilah moga dimurahkan rezeki buat sahabat Sis itu.. aamiinn.. 

4 تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Mudah2an dah sihat seperti sediakala

    ردحذف
    الردود
    1. Alhamdulilah Wak, Saya dah sihat sangat ni, moga terus sihat kita ya Wak...

      حذف
  2. dah sihat ke belum tu..Aduii seriau dengar bila kena cucuk demam pulak..semoga terus diberikan kesihatan yang baik sis

    ردحذف
    الردود
    1. Now alhamdulilah Eda, aku dah sihat dah.. bertambah sihat rasanya ni...

      حذف

إرسال تعليق

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment