'LA DOLCE VITA' KOLEKSI KASUT TERBARU HAPPY2U KHAS UNTUK BAKAL PENGANTIN

Sis Lin
12
'LA DOLCE VITA' KOLEKSI KASUT TERBARU HAPPY2U KHAS UNTUK BAKAL PENGANTIN | PERSIAPAN perkahwinan bukanlah suatu perkara yang mudah. Banyak perkara yang perlu diambil berat dan dilakukan sebelum majlis perkahwinan. Sis dah melaluinya so Sis berani nak kata. Kita nampak semua persiapan dah cukup, dah lengkap, tapi mesti ada je yang tercicir dalam senarai. 

Pelbagai perkara yang harus diteliti dan dipersiapkan, sekecil-kecil hiasan bunga tangan hinggalah sebesar-besar urusan borang nikah. Jika ada yang terlepas pandang, mungkin akan mencacatkan aturcara majlis perkahwinan idaman bakal pengantin. Untuk mengelakkan pelbagai kejadian yang tidak diingin semasa hari bahagia nanti, Sis nasihatkan, korang perlukan checklist kahwin yang lengkap. Supaya senang nak lihat balik apa yang kurang dan terlebihnya. 

Dan bagi pengantin, keselesaan dalam pemakaian buasana pengantin paling penting untuk di teliti dan di rapi, termasuklah bab kasut. Walau nampak remeh, tapi silap memilih kasut yang sesuai, akan kejang dan sakitlah kaki pengantin sepanjang majlis. Macam anak Sis, dia serah semuanya pada bridal, so anak kena pilih betul-betul yang sesuai, tapi kalau korang nak jadikan kasut korang koleksi sendiri, haaa boleh jer beli dan simpan selepas majlis. 

'La Dolce Vita' Koleksi Kasut Terbaru HAPPY2U Untuk Bakal Pengantin

'La Dolce Vita' Koleksi Kasut Terbaru HAPPY2U Untuk Bakal Pengantin

Klik SINI 

La Dolce Vita, Oh My Sweet Life.

Membina mahligai perkahwinan pasti memerlukan perancangan yang teliti bagi memastikan hari bahagia menjadi detik terindah untuk dikenang. Setiap aspek harus dititikberatkan bukan sahaja dari segi tempat, tarikh, barangan hantaran, bahkan pemilihan busana dan kasut yang sesuai juga harus diambil kira untuk memastikan kelancaran dan keselesaan pengantin sepanjang majlis.

Dengan mengambil kira trend terkini dan memastikan kesemua hadirin yang terlibat di dalam majlis perkahwinan sentiasa kelihatan cantik tanpa perlu mengorbankan keselesaan, HAPPY2U kini hadir menampilkan koleksi terbaru mereka yang diberi nama : La Dolce Vita, Oh My Sweet Life.

Sebenarnya, korang pernah lihat koleksi kasut dari HAPPY2U? Atau korang dah biasa beli kasut-kasut mereka sebelum ni? Yaa betul, di HAPPY2U koleksi mereka memang ada pelbagai rekabentuk kasut terkini, dan koleksi terbaru La Dolce Vita ini khas didatangkan untuk bakal pengantin dalam pelbagai gaya dan material dari kasut bertumit separa tinggi, flats, bertutup, dan separa tutup. Kasut dari koleksi ini juga diperbuat dari material ekslusif seperti satin dan PU leather.

'La Dolce Vita' Koleksi Kasut Terbaru HAPPY2U Untuk Bakal Pengantin

'La Dolce Vita' Koleksi Kasut Terbaru HAPPY2U Untuk Bakal Pengantin

Klik SINI 

Koleksi La Dolce Vita

Selain dari rekabentuk dan material, HAPPY2U dengan koleksi La Dolce Vita juga memberi fokus pada rona kasut bagi memastikan koleksi kali ini sesuai digayakan oleh kesemua pihak dari pengantin, pengapit dan juga tetamu, malahan untuk kegunaan sehari-harian, La Dolce Vita didatangkan dengan rona-rona lembut seperti, warna putih, silver (champagne), merah jambu lembut dan hitam.

Untuk pemilihan kasut dan keselesaan juga, ada dua jenis yang korang boleh pakai, samaada material Satin atau material dari PU leather

'La Dolce Vita' Koleksi Kasut Terbaru HAPPY2U Untuk Bakal Pengantin

Klik SINI 

Material Satin :

Kain Satin direka khas bagi menghasilkan keseluruhan penampilan korang supaya korang terlihat eksklusif dan elegan. Untuk memastikan pakaian dan kasut korang nampak senada bersama, kain satin di pilih untuk melengkapkan pemakaian yang selalunya diperbuat dari fabrik licin dan berkilau. 

Material fabrik seperti ini juga sesuai untuk majlis dalaman yang diadakan di kawasan tertutup seperti di dewan dan ballroom yang lebih bersifat “indoor”. Duk bayangkan kalau pakai sweet ajer kan di kaki.. 

'La Dolce Vita' Koleksi Kasut Terbaru HAPPY2U Untuk Bakal Pengantin

Klik SINI 

PU leather :

PU leather ialah material yang bersifat kalis air dan menjadi pilihan ramai kerana sesuai dalam semua keadaan  “indoor” dan “outdoor”. Selain itu, material kulit sintetik juga sesuaian dipadankan dengan baju busana pengantin korang dan ianya tidak berlebihan jika digayakan di luar majlis seperti ke tempat kerja atau perjumpaan bersama rakan-rakan.

Biasa yang PU leather ni memang bertumit tinggi dan menjadi pilihan pengantin agar nampak tinggi dan klasik moden. 

'La Dolce Vita' Koleksi Kasut Terbaru HAPPY2U Untuk Bakal Pengantin

'La Dolce Vita' Koleksi Kasut Terbaru HAPPY2U Untuk Bakal Pengantin

Klik SINI 

Do It Yourself (DIY)

Reka kasut sendiri? Yaaa korang boleh menghasilkan reka bentuk kasut sendiri di HAPPY2U. Mungkin dengarnya agak rumit tapi jika sudah mencubanya, pasti berbaloi dan puashati. Korang boleh hiasi kasut perkahwinan korang dengan kreativiti tersendiri untuk penampilan yang berbeza dari yang tersedia di pasaran. 

Pemilihan kasut kosong tanpa sebarang hiasan adalah pilihan yang tepat bagi merealisasikan gaya kasut idaman korang. Penghasilan kasut yang dihasilkan pasti membuatkan ianya lebih dekat dan bermakna buat korang. Habis majlis, simpan buat kenangan.. seronokkan.. 

La Dolce Vita' Koleksi Kasut Terbaru HAPPY2U Untuk Bakal Pengantin

Hadiah Buat Pengantin Atau Pengapit Dan Pembawa Dulang Hantaran

HAPPY2U menawarkan kotak pembungkusan siap sedia yang terbaik untuk korang beri hadiah di majlis istimewa korang sebagai dulang hantaran setelah korang membeli koleksi La Dolce Vita. Bukan sahaja korang menerima kotak kasut yang cantik, bahkan korang juga akan menerima Koleksi Kad bersama bunga yang dihasilkan dengan tangan sendiri.

Apa yang penting untuk koleksi khas perkahwinan kali ini ialah mereka memastikan bahawa kasut yang dihasilkan bukanlah untuk sekali pemakaian dan tidak pula untuk dibazirkan. Dan pastikan akan menjadi hadiah kenangan buat korang. 

Korang tempah dan beli di HAPPY2U kasut pengantin korang, dan ianya boleh digayakan kemana-mana sahaja samaada untuk ke majlis istimewa atau ke tempat kerja, malahan untuk dipakai sewaktu pergi holiday berbulan masu bersama insan tersayang. 

'La Dolce Vita' Koleksi Kasut Terbaru HAPPY2U Untuk Bakal Pengantin

'La Dolce Vita' Koleksi Kasut Terbaru HAPPY2U Untuk Bakal Pengantin

Pembelian atas Talian dan Diskaun Code 

Bagi korang yang nak membelinya, boleh beli melalui online sahaja. Mudah dan cepat proses penghantaran : 


- Free shipping utk semenanjung Malaysia (beli RM100 dan keatas) 
- Free shipping untuk Sabah & Sarawak (beli RM150 dan keatas)
- Free Shippng untuk Singapore (beli RM200 dan keatas)
- Setiap Pembelian RM100 keatas akan dapat free hand sanitiser.

- Dapatkan 10% diskaun dengan setiap pembelian RM69 keatas dengan menggunakan CODE : LINHAPPY10   Shopping di SINI untuk dapatkan lebih diskaun dan penjimatan.

Jangan lupa masukkan code tu okay.. 


P/S: Kalau anak-anak Sis, memang sini aje laa mereka beli kasut, selesa dan design semua up-to-date.. 

إرسال تعليق

12تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. cantiknya. suka tengok designnya. warna skin tu cantik

    ردحذف
    الردود
    1. Kann Mar, Sis siap dah beli dua pasang slipar dhehehe..

      حذف
  2. Memang kena sempurna dari hujung rambut ke hujung kaki time wedding kan. Dah beli, biar la cantik dan selesa. Siap boleh DIY ye, bagus betul servis nie.

    ردحذف
    الردود
    1. Betul Rawlins, Sis dah urus anak kawin, begitulahh...

      حذف
  3. Menarik nya Sis Lin. Kita mmg dok cari2 juga kasut ni. Pakai flat muncung je skrg dah tak larat pkai heels tinggi 👠😝. Utk perkahwinan memang ada je yg tertinggal kekadang tu kan. Anyway tahniah atas majlis yg dah selesai.

    ردحذف
    الردود
    1. Beli Bella, then try DIY sendiri, kasut dan seliparnya murah, jangan lupa masukkan no code tu..

      حذف
  4. Cantiknye kasut dia siap boleh design sensiri. Best best

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn, Sis siap dah beli dua pasang lagi hehehehe

      حذف
  5. Cantik2 kasutnya. Simple tapi nampak eksklusif. Bolehlah riki2 kedai nie kalau plan nak khwin nanti. Siap ada discount code tu. Wow !!

    ردحذف
    الردود
    1. Sangat Zharif, belikan laa adik kakak ke Mak ke, mereka pasti suka, boleh DIY sendiri juga tu..

      حذف
  6. cantekkk sgt kasut dia.. suka dgn design dia mmg nampak klasik sgt.. and versatile

    ردحذف
    الردود
    1. Kann, design dia simple tapi bila pakai, sangat nice look..

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!