DOKTOR DAH SURUH AKU JAGA PEMAKANAN

DOKTOR DAH SURUH AKU JAGA PEMAKANAN | SAKIT itu penghapus dosa kecil kata orang, tapi kalau penyakit, haaa tu bukan sebab dosa, tapi salah diri sendiri, sebab tak reti nak jaga badan makan, semua benda nak di bedal, haa sekarang rasakan, satu persatu penyakit hinggap, huhuhu.. 

Dah masuk umur 46tahun dah tahun 2022, memang Sis dah kena jaga semua bab pemakanan. Doktor dah suruh Sis jaga pemakanan. Kalau sebelum-sebelum ni, gasak duk pi food review, ini kali bukan kata tak boleh pergi, tapi seperti Sis tulis laa dalam azam baru sebagai blogger tu, kena 'memilih' dan tak semua Sis balun nak pergi. 

Kena stop dan kurangkan ke sana ke sini dengan hadir food review dan event. Banyakkan berehat dan muhasabah diri laa.. Yaaa memanglah hari-hari makan juga, tapi masaalahnya, tang food review je dah malam hari oii.. so bila dah makan malam, ko faham-faham aje laaa...

Dan bukan kata food review jerr, lepas ni dah kena masak makanan berkahsiat aje laa, menu diet untuk orang diabetes. Anak dah siap send deretan menunya huhuhu.. 

Doktor Dah Suruh Aku Jaga Pemakanan

Alkisahnya, harini Sis ke KPJ Pasir Gudang amik report medical Sis. Macam biasalah, Sis jumpa dengan Doktor NorAizal Sis. Sebab dah appoinment, so masa menunggu tu tak laa lama, sempat le tangkap gambar sekeping time mnunggu tu hahahaha.. 

Bila nama di panggil dan masuk berjumpa Doktor, Doktor dah tersengeh-sengeh dah.. hehehehe dah macam dapat agak dah apa keputusan result Sis tu adoiii...sebab Doktor tau, Sis orangnya paling takut bab penyakit ni, tapi nak buat macam mana, keputusan sudah berada di tangan Doktor (macam Majaharaja Lawak pulak ya) hahahaha.. 

Doktor Dah Suruh Aku Jaga Pemakanan

Mula tu Doktor bagitau dulu result kolestrol Sis okay, yang jahat okay, yang baik pun okay, ye laa makan ubat mahal kata Doktor hahahaha.. then result hati pun okay, hepatitis pun okay, jantung pun okay, darah tinggi Sis jer laa agak mendatar, tapi still makan ubat, so far Doktor kata okay, teruskan makan ubat. Buah pinggang pun okay, dan lelain semua okay..

Cuma result kencing dan darah pulak dalam keadaan border. Maksudnya macam nak pergi ke diabetes, adoiiii mengigil gak dengar tadi.. benda yang paling Sis takutkan benar-benar terjadi... huhuhu.. seribu satu perasaan ada tadi oiii... tapi Doktor kata relax... so far masih dalam keadaan terkawal, cuma Doktor tak puashati laa dengan bacaannya. 

Ikutkan Doktor kata bacaan diabetes Sis tu tak perlu makan ubat, tapi sebab Sis ni rasa diri sendiri susah nak kontrol pemakanan, so Sis minta Doktor ubat untuk kontrol 'kemanisan' nya.. so Doktor beri ubat paling rendah dos-nya untuk Sis try makan dalam masa sebulan ni. Next month datang lagi tengok macam mana resultnya..

Doktor Dah Suruh Aku Jaga Pemakanan

Rasa down juga weyy tadi bila tahu resultnya, tapi nak buat macam mana, salah diri sendiri juga, makan minum tak jaga, so rasakannnn.. Dah settle jumpa Doktor dan amik appoinment bulan depan, turun bawah bayar bil. Lepastu dek sebab tak makan dari pagi, pergilah makan di Cafe bawah KPJ tu jer.. tengok lauk kemain sedap.. makan je laa apa ado..

Sambil makan, terjeling-jeling si Gloria Jeans tu di luar sana hahahahaha.. eh ko ni, tak insaf lagi ekkkk... arghhh takpelaa... ini kali last laaaa.. lepas ni kita cut sugar terus.. huhuhu...makanya TERbelilah Chai Tea Latte hot secawan... perghhh bau dia, menusuk sampai ke jiwa hahahaha.. 

Sampai rumah, mesej anak-anak bagitau laa penyakit 'terbaru' Emaknya.. apalagiii... macam kena serangan BOM atomm dengan anak-anak.. ayat pertama yang anak tulis adalah 'Mak, please STOP FOOD REVIEW' hahahahaha.. ko ngase?......

Tu anak, now kita tunggu pulak Ayahnya pulak balik membebel... Sis nak kena pasang sesiap cuttonbud telinga... hahahahahaha.. ye yee Saya tau salah Saya huhuhu... so korang sila jaga pemakanan ya, cegah sebelum parah, ini pun nasib Doktor kata, dapat tawu awal, kalau tak buat medical check-up, dan tak tau sakitnya, lagi bahaya.. so korang buatlah medical check-up ya.. 


P/S: Habislah hilang 'kemanisan' dalam diri i tapi di tambah pulak manisnya hidup i adoiiiii... 

12 تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Allahu...jom sama² kita sis control pemakanan, monitor sugar intake, etc..moga baik² dan sihat sentiasa..

    ردحذف
    الردود
    1. Yerr Sun, sama-sama kita jaga sebelum ianya jadi parah, masih belum terlambat..

      حذف
  2. Allahuakbar. Kita sama-sama jaga kesihatan. Usaha mana yang paling mampukan Sis.

    ردحذف
    الردود
    1. Betul PC, Kita jaga sedaya yang boleh, insyaAllah janji dah usaha..

      حذف
  3. Kurangkan manis dalam minuman, banyakkan dalam senyuman. Aaahhh gituu. #guraugurau

    Azam tahun baru untuk kekal sehat. Ajum~

    ردحذف
  4. Masalahnya semua makanan harian kita mengundang diabetes
    Minuman, nasi, tepung semua nak kena kawal

    ردحذف
    الردود
    1. Tau takpe Wak, itu jadi masaalahnya.. so jalannya marilah kita PUASA ...

      حذف
  5. semakin berusia makin macam-macam nak kena jaga pemakanan ni.

    ردحذف
    الردود
    1. Yaa Mar, jagalah dari sekarang sebelum terlambat.. makan tu boleh, cuma beringat...

      حذف

إرسال تعليق

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment