ASAM PEDAS IKAN PARI TAHUN LEPAS PUNYA

ASAM PEDAS IKAN PARI TAHUN LEPAS PUNYA | SEBENARNYA tengah takde idea ni nak update apa, cerita dan gambar banyak, tapi idea tu tak mai, so sambil-sambil tunggu baju dalam mesin tengah dryer, Sis bukak phone gallery. Punyalah banyak ekk gambar tahun-tahun sudah, so sambil nak clearkan gambar, ternampaklah gambar Asam Pedas Ikan Pari ni haaaa.. 

Dah setahun ko asam pedas ni hahaha... sekali nengok terus terliur di buatnya adoiii.. tapi nasib baik juga, menu harini Asam Pedas Ikan Daun Baharu, so lepas laaa gian nak makan asam pedas. Rasa macam dah setahun tak makan asam pedas kan kekekeke..

Asam pedas ikan pari ni Sis masak sewaktu adik-adik datang berkampung seminggu yang lalu. Mama Mia tu memang suka ikan pari, kalau di tanya ikan pari nak masak apa, mesti jawabnya asam pedas, padahal ikan pari masak kari pun sodap..

Tapi kalau hujan gini ekk.. ikan pari bakar juga yang sedap, di tambah pulak curah sambal atasnya, makan pepanas.. adoiii terliurrr... 

Asam Pedas Ikan Pari Tahun Lepas Punya

Cuma kalini masak asam pedas, takde letak bahan sayuran pulak. Sebenonya lupa nak campak bendi dan terung, padahal dalam peti ais ada sayurnya hahahaha.. maybe dah sibuk sangat memasak, lupa nak keluarkan semua bahan, ermmm..

Tapi yang penting, asam pedas ikan pari Sis masa haritu menjadi kegilaan semua hahahaha..bertambah-tambah nasi memasing makan. Syukurlah dapat berkongsi rezeki dengan adik-adik. Puas rasa dapat memasak bila semua orang suka makan. 

Kena pulak dapat ikan pari fresh, isinya pun lembut, memang non-stop lerr ceduk kuah asam pedasnya, naik merah nasi memasing yaa.. 

Biasa Sis ikut resepi siapa?

Ooo kalau di tanya resepi, memang banyak resepi yang Sis follow, baik dari arwah Emak, sampailah ke blogger Mat Gebu dan paling best tips masak paling banyak yang Sis follow adalah dari blogger memasak No-1 Azie Kitchen. Dia paling banyak betul bagi tips memasak. Sama juga dengan Kak Yatie Kitchen, ko beli koleksi buku memasak dia, pasti dari zero to hero laa ko kat dapo hehehe.. 

Then kita cuba satu-satu dan time memasak kita prakyikkan. Memasak ni pun ada try and error dia juga. Ada masak sedap giler, ada ketikanya, tak sedap boleh buat ko giler hahaha.. tapi bila dah cuba, dari biasa-biasa, insyaAllah masakan ko akan jadi luar biasa, yang penting, ko kena yakin ko masak sedap, tu jerr hehehehe.. 

Okay dah.. jom lipat baju... 


P/S: Cuaca sejuk, mata ngantuknya oiii... nengok baju macam nampak lempeng... 

6 تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Setuju..masak kena rajin try and error. Kalau skali masak tak sedap janganlah mengalah.

    Ni kes mcm mula kawin dulu..hasil fail pastu takut nak cuba lagi

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn Ammi, sebab Lin pun bukan pandai masak orangnya masa mula kawin, tapi try & error, lelama pandai juga hehehe

      حذف
  2. Sis guna cili kering jenis apa erk...antik kaler dia..cili kering sekrang ni merah la ..apesal erk...pucat je masakan...

    ردحذف
    الردود
    1. Erkk ada jenis ke SA? Sis biasa beli jenis panjang dan kerinting je, jangan beli berkilat, tu pedas dan jadi hitam..

      حذف
  3. wuuuu potong ikan pun cantik...pari ni memang tu lerr aje yang orang selalu buat kan..asam pedas, bakar...kari aku belum jumpa lagi..

    ردحذف
    الردود
    1. Hehehehe tunggu laaa ko balik dari Sarawak, mai sini aku masakkan Ikan Pari masak Kari, pun sedap Sunnn...

      حذف

إرسال تعليق

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment