Bila dengar ayat macam tu, Sis cuma tersenyum. Terus terfikir, salah ke sebenarnya pakai tudung sarung?. Pada pendapat Sis, jawapannya sudah tentu tidak. Tudung sarung hanyalah salah satu pilihan fesyen dan cara bertudung. Sama seperti tudung bawal, shawl atau khimar, setiap orang ada citarasa dan keselesaan masing-masing.
![]() |
| Ramai-ramai tu aku yang paling tua. Gaya makcik ke tu? :p |
Kalau difikirkan semula, apa salahnya kalau seseorang itu memilih tudung sarung kerana lebih mudah dipakai? Nak keluar rumah tak perlu ambil masa lama. Sarung sahaja, kemaskan sedikit, dah siap. Terutamanya bagi suri rumah, wanita bekerja atau ibu yang sentiasa mengejar masa, tudung sarung memang banyak membantu.
Yang paling penting, tudung itu menutup aurat dengan baik, selesa dipakai dan membuatkan kita lebih yakin. Kadang-kadang kita terlalu memikirkan pandangan orang lain. Takut dikatakan nampak tua, takut dikatakan tak bergaya, takut orang menganggap kita “makcik”. Sedangkan hakikatnya, bukan pakaian yang menentukan nilai seseorang.
![]() |
| Bila 'makcik tudung' sarung bergaya.. |
Bagi Sis sendiri, bila usia semakin bertambah, cara kita melihat fesyen pun berubah. Dulu mungkin lebih suka bergaya dengan pelbagai jenis lilitan tudung. Sekarang pula, Sis lebih mengutamakan keselesaan. Bukan bermakna dah tak suka bergaya, tetapi Sis memilih apa yang praktikal untuk kehidupan seharian.
Lagipun sekarang ni tudung sarung dah macam-macam rekaan. Ada yang menggunakan fabrik premium, potongan moden, warna-warna cantik dan nampak sangat elegan bila dipakai. Tak kurang juga ramai anak muda yang menjadikan tudung sarung sebagai pilihan harian mereka.
Jadi, benarkah tudung sarung hanya untuk makcik-makcik? ..
Jadi, benarkah tudung sarung hanya untuk makcik-makcik? ..
Bagi Sis, tidak sama sekali. Itu hanyalah satu persepsi yang sudah lama wujud. Hakikatnya, tudung sarung sesuai dipakai oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Yang membezakan hanyalah cara kita menggayakannya dan keyakinan ketika memakainya.
![]() |
| Tudung sarung Anessa, paling ringkas dan melekap kemas di muka |
Pada akhirnya, kita berpakaian bukan untuk memuaskan hati semua orang. Kalau terlalu mengikut kata orang, sampai bila-bila pun tak akan habis. Hari ini orang komen tudung, esok mungkin orang komen baju pula. Jadi pakailah apa yang membuatkan kita selesa, yakin dan yang paling penting, menutup aurat dengan sempurna.
Bagi Sis, wanita yang yakin dengan dirinya akan tetap kelihatan cantik walau apa jua jenis tudung yang dipakai.
Apa pula pendapat korang? Masih ada yang beranggapan tudung sarung ni “nampak macam makcik-makcik?”, atau sebenarnya ia adalah pilihan yang praktikal dan semakin moden? Apa pendapat korang? .
P/S : Janji Laki aku kata OK, aku pakai jerrr.. yang penting menutup dada..




Alaaaa... yang dah rupa makcik-pun kalau tak pakai tudung sarung tetap rupa makcik juga.... ahaks! Saya memang pilih tudung sarung, senang nak pakai.
ردحذفHahahaha betullah tu Amie .. terhibur kita baca komen Amie..
حذفDulu zaman bekerja mmg hari2 pakai tudung sarung sebab nak cepat. Tak payah iron, lilit2. Kitonyo nak kejar masa nak hantar anak2 ke sekolah, nak masuk ofis lagi. Hmm. Tapi skrg dah ada banyak masa jadi lebih suka pakai shawl dan bawal hihi. Balas dendam sbb dulu2 tak sempat nak lilit2 shawl atau gosok tudung bawal sblm keluar rumah 🤭
ردحذفKannn, tudung sarung sekarang lawa-lawa, banyak design, ada tu yang macam shawl lagi kan, tinggal sarung jerr
حذفDia tengok pada design tudung tu. Tapi macam kita, bila pakai tudung sarung memang macam makcik², kita la.. Padahal tengok orang lain, elok jer bertudung sarung
ردحذفBetul Kak, ada yang jenis, pakai muka jadi kemekk penyekk.. tapi sekarang jenis melakap ni lagi senang pakai...
حذفMana ada nampak macam makcik2...elok je cantik tu...
ردحذفAda masa elokk jerr SA, ada masa entahlah serba tak kena..
حذفsaya pun kadang kalau kena masuk office hari sabtu,sauk tudung sarung juga..staf2 GenZ pandang je...hehe
ردحذفasalkan selesa pada diri kita
Kann tudung sarungs ekarang lawa dah kannn.. macam-macam pesen
حذفsekarang banyak tudung sarung yg tk nampak macam makcik2 pun. tudung sarung yg sis Lin pakai tu pun nampak macam shawl lah. sekali tengok, kita pun tak perasan itu tudung sarung
ردحذفBetul Maz.. kadang jadi geram tengok jenis tudung sarungnya.. ada yang lagi mudah, sarung jerr terus nampak macam shawl...
حذفBila nk cepat kita sarung je
ردحذفCiknur suka tudung bawal , sarung jga kan
Kannn samalah, Lin kalau ke kelas sarung ajerr camtu, kadang keluar dengan Laki pun pakai sarung, Laki okayy ajaaa
حذفcomel je lah.. linda lagi salute yang berani pakai tudung sarung jenis melekap terus dekat muka tu, memang berkeyakinan tinggi, kalau linda tak yakin.. hahaha..sebab nanti nampak muka beso.. tapi linda ok je kalau orang panggil linda akak @ makcik.. lantak la situ..malas nak fikir sangat..jangan pangil Oii sudah la.. hahaha
ردحذفMasa mula pakai camtu, tak konpiden gak Linda, ramai tegur nampak lain, tapi sebab kita selesa, so kita terus jer pakai.. lantak lerr macam makcik punnn
حذفCie selalu kata kat diri sendiri tak sesuai pakai tudung sarung 😆. Orang lain pakai elok je.
ردحذفSamalah Sis, kena try and error, pakai jerr kalau selesa...
حذفSy masih mnggunakan tudung sarung ni sis. Kalau kena gayanya idak aihh nmpk mcm acik2...Dulu Sebelum berbaik dgn tudung bawal, kdg2 keluar gi jln2 sy pakai je tudung sarung tu =D
ردحذفKann Eiza... pakai selagi rasa selesa.. dulu risau gak apa kata orang, sekarang lantakkan ajaa.. sesekali ada jerr pakai bawal..
حذفDana suka je pakai tudung sarung kak, cuma biasa kalau hari cuti memang dana pakai tudung sarung je sebab malas nak iron heheheh. Tapi tudung sarung yg akak pakai tu cantik la, tak nampak macam makcik pun
ردحذفYaa bukannya apa, kadangs enang kalau jalan jauh Dana, nak amik wudhuk nak solat, lagi dalam keadaan nak cepat.. mudahkan kita
حذفIngat di akhir cerita ni sis lin dan promosi tudung sarung dia yang serba purple. Agak2 nama apa yang sesuai?
ردحذفHahahaha.. bukaklah bag kuning yaa Shai, nanti Sis datang beli :p
حذفyg pentinf menutup aurat! MZ tak de tudung sarung...eh ada satu, tudung yg MZ beli utk bersukan, material dia mcm ala2 polyester dan sgt ringan selesa gitu
ردحذفSangatt betul.. sejak pakai tudung sarung ni, aurat dada terjaga.. tak risau kalau nak terus solat pun pakai tudung tu..
حذفYang penting auratnya dijaga. Tak kira la tudung apa pun. Pernah dengar kalau pakai tudung sarung je makcik2. Hmmm.....
ردحذفYaa Ezna.. boleh terus guna nak solat, sangat memudahkan..
حذفwhy not, mudah kot.
ردحذفsy pakai tudung sarung dua lapis, cam kakak senior skolah menengah.
yg penting tutup aurat patuh syariah. gitu~
Kannn,. biasalah Cha, manusia ni ada jerr tak kena bila melihat orang lain...
حذفHahahaha ako ok je so far..cepat dan ringkas.. lantak ar org nak kata hape, janji ako bertudung.. 🤪
ردحذفOuch x leh gelak lelabih, gg sakit lg
Hahaha masih sakit gigi lagi ke haaa adeiii..
حذفNanti kita buat tema laa, travel tudung sarung
masalahnya tudung sarung ko tu nampak bergaya yeeee...ape ke makcik nyaaa?? kalo macam aku kadang2 pakai pergi pickleball tu mungkin la macam makcik2 ahahahah
ردحذفHahahaha itu lahh sebab aku tertanya-tanya.. rasa dah bergaya dah, ehhh macam makcik pulak katanya.. tapi memang dah Nenek punnnn
حذفYang penting cepat dan ringkas! Zaaasss!
ردحذفYaa Uncle, janji cepat pantas, zasssss
حذفMasalahnya model yang pakai tudung sarung tu lawa-lawa belaka.. bila pakai elok terletak. Tapi kalau saya pakai memang jadi makcik-makcik, tapi sis redho hehehehe, memang makcik dah pun 🤣🤣
ردحذفHahaha yaa .. mulanya macamtu laa .. lelama, dapat yang sesuai, terus aja pakai, sebab selesa... kita dah Nenek dahh hehehehe
حذفTak salah pun, yang penting confident and macam mana match tudung tu dengan outfit.
ردحذفItu laa, now lebih rasa konpiden !
حذفtudung sarung mmg sinonim ngan tudung makcik2 tp kalo dh biasa pakai ok je....kita p keje tudung sarung je senang tp yg bercorak la...yg plain pki kt umh je nk p kedai,nk kuar umh buang sampah...tp kalo ada event or majlis rajin pakai bawal or shawl la ...janji selesa empunya diri dan menutup aurat
ردحذفKannn, now banyak tudung sarung dah upgrade, cantik-cantik.. pandai gaya memang nampak kerlas kannnn...
حذفpd sy ikut kesesuaian dan keselesaan masing2
ردحذفkalau dr dulu dia mmg dah selesa dgn tudung sarung, nak kata apa lg kannn
mungkin juga cara pemakaiannya kurang kemas (atau warna / corak tudung tu tak kena dgn kulit muka / gaya) dan sebab tu ada yg nampak mcm tak kena di mata mereka...
sy pakai tudung sarung sbb nak gi jemur kain je. kalau kerja or jalan2 lbh selesa dgn tudung bawal....
Samalah Sis, pakai tudung sarung banyak gi kelas ngaji tapi kadang bila dah selesa, keluar dengan Suami pun pakai tudung sarung juga, senang nak bukak tutup amik wudhuk di luar, tak makan masa nak bersiap..
حذفKSarie peminat tegar tudung sarung. Sokmo pakai tudung sarung bila ke hulu ke hilir masa weekend dengan family. Molek dan mudah begitu konsepnya.
ردحذفSama Lin juga KSarie, dah berusia ni cari yang mudah dan selesa aja
حذفorang mmg suka berkata-kata...org pakai itu salah, ini salah. ammi masih kekal bertudung syria sbb itu yang paling mudah. Nak solat pun tak renyah bila nak pakai semula. Nak pakai bawal tak retilah pulak...sebab nampak buruk je bila ammi pakai. mungkin sbb ammi pakai spec kot...jadi berpetak2 pulak tudung tu
ردحذفItu laa.. untuk tidak salah, kita pakai ajer laa yang kita rasa selesa dan menutup aurat.. kekadang yang cakap tu pun, aurat tertonjol sana sini huhuhu
حذفSaya pakai tudung sarung kat tempat kerja sebab memang takleh pakai button ke pin tudung gitu..cuma sekarang tukar tukar dengan jenis tudung bawal dijahit tengah tu.kiranya bawak sarung la..kan...Takdelah Nampak mcm makcik makcik sgt pun sy rasa..
ردحذفFaham, itu policy Nona, kena ikut.. kang tak memasal buat jejemput tertelan brooch hahahaha
حذفSaya suka pakai tudung sarung. Takpelah kalau nampak macam makcik. Memang dah umur makcik pun. Nak yang senang dipakai. Kalau boleh sekarang kalau travel jauh, nak pakai pakaian solat ready, jadi tak perlu bawa telekung atau pinjam telekung di surau.
ردحذفKannn Tot.. gelaran Makcik tu pun dah kira okayy, dari Nenek.. kalau dah Nenek pakai tudung sarung, memang orang tak herannnn
حذفAgree kak 👍👍👍👍. Kadang pun kalau dipikir, memang kita nih dah masuk usia 40++++++. Macam mana nak dipanggil wanita muda lagi 😂😂😂.
ردحذفTerima fakta ajalah.
Saya juga pakai tudung sarung, jika dah malaaaas ribet pakai tudung biasa, pasti tudung sarung yg saya pilih.
Yg penting nyaman, rapi dipakai. Dan sesuai agama.
Muka kalau dah cantik, mau pakai tudung berantakan pun tetap cantik 🤣🤣. Tudung bawal pun, tak jaminan wajah seseorang akan terlihat muda jelita kaan 😅😅