HADIAH BIRTHDAY TERAWAL DARI @anakomak

HADIAH BIRTHDAY TERAWAL DARI @anakomak | SEMALAM Sis sempatkan masa untuk berjumpa dengan Geng Setaman jiran lama Sis di Jusco Bukit Indah. Kebetulan sekali nak meghulur kad jemputan dan juga bincang pasal persediaan Yasinan di rumah Sis pada hari perkahwinan anak Sis nanti. 

Memang hajat di hati sejak dulu lagi, bila anak Sis kahwin, Sis nak mengajak Geng-geng Setaman Sis juga ibu guru ketua Yassinan Al-Wasilah Sis dulu untuk mengetuai bacaan Yassin di rumah, alhamdulilah dan insyaAllah hajat Sis akan termakbul jika dengan izinNya.

Maka berjumpalah kami di SDS Jusco Bukit Indah. Tak semua Geng yang ada, tapi yang ada ni pun cukup meriah dan macam-macam cerita ado, sampaikan gelak tak pandang orang keliling dan juga duduk kemain lama sampai pinggan pun kering hahahaha.. 

Dari SDS, sambung plak ke J.Co makan eskrem, tak reti-reti nak balik dah hahahaha.. habis jahanam 'cut sugar' Sis ko, terus 'cheat day' semalam.. dua cawan bedal kopi, sabo je lerr kann hahahaha.. TAPI yang paling terharu, mereka-mereka ini buat surprise kek birthday dengan iringan lagu birthday dalam SDS tu sesenyap..

Videonya ada dalam IGs Sis semalam Sis upload.. issshhh nasib baik tak meleleh airmata hahahaha.. terharu gilerr, memang tak sangka dapat surprise kek awal dua hari hahaha.. 

Hadiah Birthday Terawal Dari @anakomak

Tengah duk borak-borak, Retna mesej tanya 'ada barang sampai tak?'.. tapi sebab Sis takde rumah, minta anak bujang tengokkan, yaa memang ada barang sampai, Retna kata 'hadiah birthday' hurmmmm awal gilerr dia hantar yaa.. 

Sampai rumah, tengok kotak kemain besar, duk tertanya, apa aje laa barangnya tu yaaa.. bila di buka... Allahuakbar... Retna bagi hadiah set Sajdah Madani - Madinah Kuala Lumpur tu haaa.. yang berupa satu Sejadah tebal Raudhah, juga sekotak kurma Ajwa dan juga haruman wangian Aura Madina..Allahu surprise gilerr... 

Baru aje minggu lepas Sis bersuara dengan Suami, Sis bagitau Sis nak beli sejadah Raudhah dengan kawan Sis, tengok di facebooknya kemain lawa, tapi belum sempat pun Sis nak beli, Retna pula beri kejutan beri Sejadah ni, walau beza dengan yang Sis nak beli, tapi bendanya sama,Sejadah.. 

Dia macam tau-tau apa yang terbuku dalam hati ni ya.. ermmmm... 

Terima kasih Ret, engkau memang selalu buat kejutan dan bikin aku terharu, aku sayang ko ketat-ketat.. aku doakan moga kau di berikan kesihatan yang baik, di murahkan rezekinya dan sentiasa di bawah lindungan Allah swt.. aamiinn... 

#KawanSelamanya okay.. 

Hadiah Birthday Terawal Dari @anakomak

Hadiah Birthday Terawal Dari @anakomak

Dan buat Geng Setaman Sis, terima kasih untuk kegembiraan semalam, hilang sekejap stress di otak ni haaa, korang memang awesome yaa.. moga korang semua juga sihat, dipanjang umur, murah rezeki dan sentiasa happy dan ceria selalu.. 

Semoga persahabatan kita semua akan kekal hingga ke Jannah.. insyaAllah kita jumpa minggu depan okay.. jangan tak datang, kalau tak datang, aku merajuk hahahahaha... 

There are three things that grow more precious with age; old wood to burn, old books to read, and old friends to enjoy.


P/S: Rindu dan tak sabarnya nak Marhaban dan berSelawat di rumah ❤ ...

7 تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Ramainya Geng.... Untung badan...!

    ردحذف
  2. Alhamdulilah.... rezeki yang tak disangka hehehe

    ردحذف
  3. Happy birthday in advance Sis Lin.
    Bestnya dapat kawan ramai buat birthday surprise..
    Rasa appreciated

    ردحذف
  4. alhamdulillah. Semoga urusan pernikahan anak Sis lancar ya.

    ردحذف
  5. alhamdulillah, tumpang gembira <3

    ردحذف
  6. Wow, best behtolsss hadiah tuuuu!
    Memang terharu la kalau dapat tuuu!
    Pssst, cheat day terus la minggu niii...HAHAHHA

    ردحذف

إرسال تعليق

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

أحدث أقدم