IKAN KERAPU MASAK TIGA RASA MENU MAKAN MALAM SEMALAM

IKAN KERAPU MASAK TIGA RASA MENU MAKAN MALAM SEMALAM | SEBENARNYA menu Ikan Kerapu Tiga Rasa ni takde dalam list Sis semalam. Cadangnya nak masak ayam kari Thai, tapi di sebabkan tiba-tiba anak Sis si Kakak nak balik Johor, dia minta masakkannya ikan kerapu tiga rasa ni. 

Makanya terjadilah Ikan Kerapu Tiga Rasa menu makan malam semalam. Nampak simple sebab tak cukup hahan, nanas takde, tomato takde, hanya bawang dan cili ajer, tapi rasa dia tu memang kawww okay.. Mana taknya, ikan kerapu tu fresh dari laut hasil memancing Suami. Bila masak memanglah lembut dan isinya sedap. 

Sis tak suka makan ikan kerapu ni, tapi semalam Sis boleh ratah makan seketul isinya sampai habis, agaknya sedap sangat kuah tiga rasa tu.. tu yang selera makan semalam, sendiri masak sendiri puji laaa hahahaha.. 

Ikan Kerapu Masak Tiga Rasa Menu Makan Malam Semalam

Kakak sampai dalam lepas Maghrib macamtu, kemudian Ayahnya pulak sampai dari laut, so memang ngam laaa semua ada, dapatlah kami makan berjemaah malam semalam. Ikan Kerapu tu pun Sis asingkan buat dua pinggan, sepinggan hanya kepala aja, sepinggan lagi isi dan ekor.

Sis masak dua ekor, sebab nak masak sekor takut tak cukup, so pilih yang kecil, masak dua ekor, alhamdulilah licin selicinnya semalam. Banyaknya kami meratah aje, lagi tang kepala tu haaa, Ayahnya dah 'cop' dulu hahahahaha.. 

Menu lain cuma ada Ayam Panggang Masai je Sis beli. Nak masak sayur, sayur pun dah takde stok dah, so masak je laa apa ada. Tak cukup bahan takpe, janji masak khennnn.. 

Blacpink Ice Cream

Selesai makan, lepak nonton Netflix kami anak beranak sambil berbincang laaa persediaan perkahwinan anak Sis. Kakak tolong buat list dan senarai keperluan dan kelengkapan apa yang perlu kena settle. Kalau nak harap Sis sorang, memang pening weii kepala.. tu sebab Kakak balik bantu. 

Sesambil tu, kami anak beranak makan aiskrim Blackpink ni haaa.. Sis beli di seller facebook, COD terus ke rumah. Sebekas kecil tu RM2.50, kecuali durian RM3 harganya.. so far okaylah aiskrimnya.. sesedap makan, Sis tak makan, anak-anak dan Suami je yang bedal hahahaha..

Maklumlah Sis tengah 'cut sugar' ni weiii,. kelmarin dah cheat day pekena Cendol di Teaochew Cendol, takkan lerr semalam nak makan ais krim pulak, lama-lama kesedapan kang terus tak ingat ekkkk ... 

Harini nak masak apa ek?... 


P/S: Teringin nak makan Kuih Lopes... tapi ada gula melaka ekkkk.. ermmmmm... 

22 تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. maakkk aii aiksrim pun ada brand blackpink dah ahahhaa...

    ردحذف
    الردود
    1. Tapi serius arr Ret, sedap gilerr ko, semua sedap.. aku nak repeat lagi ni...

      حذف
  2. Boleh jer nak makan kuih lopes tu, gula jangan letak, hahahaha.

    Kerapu besar tu pun kata kecik ek, tengok kepala nampak besonya. Akak kalau masak tiga rasa tak potong, jadi bila tengok lin potong, mesti besar ikannya tu.

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaha LOL Kak, apo rasa takde gula hahahaha..
      Tu ler, besar tu Lin rasa kecik sebab ada lagi besar dalam freezer tu kak hahahaha

      حذف
  3. Wow.. suka kerapu. nyum nyum. Nampak kemeriahannya tu

    ردحذف
    الردود
    1. Alhamdulilah, bila makan berjemaah memang meriah Kid..

      حذف
  4. الردود
    1. Kannn, tapi sedap woooo... durian dia pior gilerrr

      حذف
  5. Takyah pakai guma melaka.... pakai gula Johor je.... hehehehe

    ردحذف
  6. Ammi tak pernah masak kerap pun. Dulu kalau makan kat kedai pun ammi tak brapa gemar... Rasa dia lembut sikit kan?

    ردحذف
    الردود
    1. Ooo tak makan or tak pernah beli Ammi, cubalah, ada orang suka, kalau Sis kurang sikit Ammi...

      حذف
  7. seronok makan ramai-ramai sekeluarga Sis. Walau kadang tu cuma lauk ringkas je..

    ردحذف
    الردود
    1. Betul PC< bukan selalu, sesekali tu berkumpul, memang masak sedap-sedap dan makan bersama...

      حذف
  8. mUrah sangat eskrem tu.. Tapi tengah batuk ni. Ada gak buat ubat nanti. Haha

    ردحذف
    الردود
    1. Besar tak besar Aien, tapi rasa dia tu, sedap gilerrr

      حذف
  9. Dah rasa eskrim blackpink tuuu!
    Saya suka strawberry red elvet and doyannn

    ردحذف
    الردود
    1. Semua sedap laaaa Nona... Sis nak beli lagi ni hahahaha

      حذف
  10. uikss meriah menunya..ada iaskrim blackpink lagi hahaha

    ردحذف
    الردود
    1. Hehehe sesekali kannn, aiskrim tu pun suap sesudu je, cut sugar katanya...

      حذف

إرسال تعليق

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment