NOVEMBER INI BAKAL MENJADI BULAN PALING BERMAKNA BUAT AKU

NOVEMBER INI BAKAL MENJADI BULAN PALING BERMAKNA BUAT AKU | ALHAMDULILAH diam tak diam, kita dah pun masuk ke bulan November. Ini bermakna tinggal lagi hanya dua bulan sahaja kita akan melangkah ke tahun 2021. Sudah bersediakan korang dengan azam baru?.

Untuk Sis, tiap tahun memang ada azam, tapi azam yang di gunapakai aje, sebabnya banyak azam yang tertunggak dan ada azam yang belum pun terlaksana, so tak payah le nak buat azam baru, sebab memang dah tau, azam tu akan di bawa ke tahun hadapan hahahaha.. Yang penting Sis berazam, ingin menjadi yang terbaik dari sebelumnya sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anak dan Suami.. 

Dan November ini bakal menjadi bulan paling bermakna buat Sis dan keluarga. Satunya untuk diri sendiri sebab birthday jatuh pada bulan November. Keduanya jika Allah mengizinkan, anak Sis akan melangsungkan perkahwinan pada bulan November ini juga. 

Makanya November ini akan menjadi satu bulan yang paling bermakna buat Sis. Gembira pun ada, sedih pun ada, dan bermacam perasaan sekarang yang bermain dalam hati dan dalam diri Sis ni, susah nak di ungkapkan macam mana. Lagipun ini adalah majlis perkahwinan pertama yang akan Sis laksananya untuk anak Sis.

November Ini Bakal Menjadi Bulan Paling Bermakna Buat Aku

Ada juga orang kata, 'Tak payah sangat nak over talk about this'... but sorry laaaa, ini adalah satu kenangan dan akan menjadi satu pengalaman juga untuk Sis dalam persediaan untuk majlis perkahwinan anak, so Sis akan menulis sedikit demi sedikit di blog Sis, tapi tidak terlalu keterlaluan. Jika ada yang tak suka jangan baca ya..

Bukan mudah ya nak buat semua, nampak orang buat majlis perkahwinan, macam senang ajer, tapi bila kena kat kita sendiri, terlalu banyakkkk benda nak kena settle dan buat. Now memang agak busy sangat-sangat Sis dengan nak siapkan goodies tetamu. Memang bendanya beli dah siap, tapi nak mencantikkan lagi, so kami buat sedikit tambahan dekorasi pada goodies tu. 

Tak apalah lagipun Sis takde buat apa, niat memang nak kasi 'meriah' majlis anak, so tak kisah pun kalau rasa letih atau memenatkan pun.. kalaulah ada arwah Emak, dia pun mesti gembira dan excited juga. Al-Fatihah.. 

Dan birthday Sis? Yaa tahun ni masuk umur 45tahun sudah hehehe.. alhamdulilah, syukur dengan apa yang Sis ada sekarang. Suami yang bertanggungjawab, anak-anak yang menyejukkan hati, adik beradik yang memahami dan juga kawan-kawan yang selalu ada tatkala sepi juga harta dunia yang cukup memadai, syukur alhamdulilah.. 

Doa untuk untuk November ini, moga Allah permudahkan semua urusan Sis sekeluarga dan jauhi kami dari segala perkara & bencana yang tidak di ingini.. Aaamiinn.. 


P/S: Macam tak percaya je umur dah 45 tahun hahahahahahaha... 

20 تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Semoga dipermudahkan segala urusannya, Lin sekeluarga.

    ردحذف
  2. Alhamdulillah.. mmg cukup bermakna buat sis untuk bulan ni kan..? Biarlah sis nk buat meriah camne sekali pun asalkan sis happy bersama family. Its once in a life time for ur childrens marriage..so kite akn buat terbaik untuk mereka. And happy birthday in advance.. semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. May Allah bless you..

    ردحذف
    الردود
    1. Iyerr Aini, gembira dan sedih bermain-main ni haaa..
      Sis jenis tak amik kisah, yang penting majlis berjalan lancar dan anak pun happy.. orang nak kata apa, biarlah..

      حذف
  3. psstt ala baru 45 :p
    rileksss... blm cecah 50 lagi...
    hahaha tunggu hadiah utk 45 taon eh :p

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaha setengah abad dah ni haaa..
      Jangan susah-susah lerr.. makin banyak hadiah, rasa makin tua hahahaha

      حذف
  4. semoga allah mempermudahkan urusan sis sekeluarga ! Insyallah

    ردحذف
  5. Semoga semua yang dirancang, berjalan dengan baik tanpa halangan.

    45 is just a number. Ammi 42 anak sulung baru naik tingkatan 1. Ntah sempat ke tidak ntah tgk anak nikah. Bahagian masing2kan.

    ردحذف
    الردود
    1. Aaamiinn Ammi..
      Takpe Ammi, jauh lagi perjalanan tu, boleh merancang dari sekarang semuanya..

      حذف
  6. Kalau saya pun, jika ada rezeki anak nanti, saya nak ada majlis. sebab kami busy tau. jarang jumpa sedara mara. masa majlis perkhawinan lah dapat mengeratkan siratulrahim. tapi itulah, lain org lain cara.

    ردحذف
    الردود
    1. Kann Ruby, tak kita tak anak juga, nak perkahwinan yang indah yang menjadi kenangan dalam hidupnya kann..
      Doakan kami yaaa...

      حذف
  7. Alah...sekali sekala buat majlis perkahwinan anak bagi meriah apa salahnya kak😊💕.

    ردحذف
    الردود
    1. Kann Syu.. tak kisahlah orang nak kata apa, janji Allah permudahkan semuanya...

      حذف
  8. Yay! 45 tahun! Anak pulak nak kawen! Yay! Hihihiii

    ردحذف
  9. Excited betul la bulan ni. Moga dipermudahkan urusan sis dan keluarga. Moga ada rezeki kita berjumpa nnt..hihi

    ردحذف
    الردود
    1. Kann Miera, gembira ada, sedih pun ada.. aamiinn.. makseeh Miera..

      حذف
  10. Anak first time masuk sekolah pon da over excited kan. Apa lagi majlis kawen. Mestilah nervous jugak. Tahniah dpt anak menantu.

    ردحذف
    الردود
    1. Kann Ena, serba serbi memang excited, cuma bab kahwin kan anak, ada rasa sedihnya huhuhu

      حذف

إرسال تعليق

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment