HAPPY DEEPAVALI 2021

Sis Lin
6
HAPPY DEEPAVALI 2021 | HARI INI kaum India meraikan Pesta Cahaya yakni Deepavali. Memang meriahlah mereka beraya tahun ni kan, sebab dah boleh merentas negeri, dah boleh beraya makan-makan bersama keluarga, berkunjung ke rumah saudara-mara, tak macam tahun lepas, sunyi sepi.

Tahun ni juga kemain kebabom depan rumah Sis, sebab jiran India depan rumah ni baru pindah tahun lepas, tapi tahun lepas tak boleh beraya, so tahun ni perghhh dah dua malam meletop mercun macam haper hahaha.. tapi takpe laa, kita 'kasi can'... hehehehe.. 

Jiran tu pun ada jemput gak beraya ke rumahnya.. tengoklah esok, kalau rumahnya tak ramai orang bolehlah singgah beraya, takut kang ramai, pulak kann, kita kena jaga SOP juga yaaa..

Bagi sesiapa yang pulang bercuti ke kampung tu, amalkan 3S ya dan patuhi SOP yang telah di berikan. Jangan suka sangat, nanti lain pulak jadinya, silap-silap kang tak beraya (hari raya puasa) laa lagi kita ni huhuhu.. 

Happy Deepavali

1. Lambang Kejayaan Kebaikan Melawan Kejahatan

Pesta Cahaya sudah tentunya disambut dengan pelita. Antara sebab mengapa perayaan ini dirai dengan pelita yang dipasang adalah sebagai simbolik penganut Hindu yang melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan berdasarkan lagenda yang diturunkan kepada mereka mengenai Raja Narakasura dan Dewa Krishnan. 

Oleh kerana itu, pelita dipasang dan dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali. Pelita yang dipasang sedikit sebanyak turut memeriahkan lagi perayaan terbabit. 

2. ‘KOLAM’ Menjadi Penyeri Rumah

Kebanyakan penganut Hindu akan menghiasi rumah mereka dengan ‘kolam’ atau ‘ranggoli’ atau ‘muggu’ iaitu hiasan lantai yang diperbuat daripada beras yang diwarnakan sebelum terbit matahari. 

Biasanya ‘kolam’ ini dibuat di depan pintu rumah sebagai tanda selamat supaya setiap isi rumah mendapat kesejahteraan. 

Happy Deepavali

3. Hidang Makanan Yang Lazat

Dalam masyarakat India, manisan sering menjadi hidangan pembuka sebelum memulakan sesuatu majlis, acara atau hari perayaan.  Mereka percaya ia mampu membawa kegembiraan, nilai positif dan kesejahteraan yang berpanjangan. Oleh sebab itu juga, manisan yang lebih manis dan sedap dianggap lebih baik dan dialu-alukan.

Antara makanan yang dihidangkan pada pagi Deepavali termasuk sembilan jenis hidangan sayur-sayuran termasuk ‘aloogobi’ iaitu campuran ubi kentang dan kobis bunga, ‘paneer’ campuran masala, tairu dan kari dal. Tidak ketinggalan kuih-muih tradisional lain termasuk muruku dan ‘adivasam’ dan ‘payasam’.

4. Tempoh Sambutan Deepavali Berbeza Mengikut Tempat

Perayaan Hari Deepavali disambut pada hari ke-14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil antara bulan Oktober dan November. Masyarakat di selatan India meraikannya selama tiga hari berturut-turut berbanding lima hari di sebelah utara negara itu. 

Di Singapura, perayaan Deepavali disambut sehari sahaja namun ia terpulang kepada individu untuk mengadakan rumah terbuka sebanyak mana hari yang mereka inginkan. 

Happy Deepavali

5. Penganut Hindu Mandi Minyak Bijan Untuk Menyucikan Diri

Pada pagi hari perayaan, ahli keluarga akan bangun lebih awal dan mandi dan membersihkan diri sebelum bersalaman dan memohon maaf dengan kededua ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. Mandi minyak bijan bertujuan untuk menyucikan badan dan semangat. 

Ia adalah tanda simbolik sebagai penyucian diri. Minyak bijan ini akan disapukan ke atas kepala setiap ahli keluarga. Ia diumpamakan sama seperti mandi di Sungai Ganges yang bertujuan untuk membersihkan diri dari segala kejahatan dan sifat dengki. 

Happy Deepavali 💥

Sis mengucapkan selamat menyambut Pesta Cahaya kepada semua rakyat Malaysia dan juga sahabat-sahabat Sis yang beragama Hindu dengan penuh harapan semoga perayaan ini membawa sinar cahaya kegembiraan dan kebahagiaan kepada semua.. Deepavali Valtukal


P/S: Perghh macam perang tadi malam hahahaha.. bercahaya terus langit semesta alam hohohohoh
Tags

إرسال تعليق

6تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Nak maruku dan vadeyy bolehh? Padaiyappaaa

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaha ada dua botol ni dirumah jika mahu, marilah datang beraya hahaha

      حذف
  2. Aunty Ammi tak celebrate Deepavali tahun ni sbb adik ipar dia (mama ammi) baru meninggalkan

    ردحذف
    الردود
    1. Alaaa siannya.. memang adat mereka Ammi, kalau ada kematian tak boleh nak sambut raya..

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!