SELAMAT HARI LAHIR BUAT DIRI AKU YANG KE 45 TAHUN

SELAMAT HARI LAHIR BUAT DIRI AKU YANG KE 45 TAHUN | UMUR bukanlah satu rahsia buat diri Sis, Sis open-minded memang takde rahsia bab umur ni, bagi Sis, umur tu hanya kiraan angka aje, yang penting apa bekalan kita yang telah kita buat dan apa yang akan kita buat dan bawa di masa akan datang sepanjang hidup, itu yang penting.

Ada orang umur adalah rahsia, terpulang hak memasing, bagi Sis, orang tanya, Sis dengan bangganya jawab '45 tahun' hehehehe.. Muda lagi? Yaaa sentiasa muda belia hahahaha.. tua akan mengejar, tapi kita semai sifat kemudaan kita tu dari hati dan wajah kita, insyaAllah kita akan nampak sentiasa muda dari usia, ecececece... 

Dan hari 19 Nov 2021, genaplah umur Sis yang ke 45 tahun. Terima kasih Emak yang telah melahirkan Sis, terima kasih Suami yang menerima Sis sebagai isteri dan terima kasih anak-anak yang sudi menjadi teman dan terima seadaanya Sis sebagai Ibu. Alhamdulilah.. 

Juga buat sahabat semua, terima kasih untuk yang selalu berada di sisi Sis.. 

Mini CooperS

Doa memohon panjang umur di hari lahir. 

اَللَّهُمَّ طَوِّلْ عُمُورَنَا وَصَحِّحْ أَجْسَادَنَا وَنَوِّرْ قُلُوْبَنَا وَثَبِّتْ إِيْمَانَنَا وَأَحْسِنْ أَعْمَالَنَا وَوَسِّعْ أَرْزَقَنَا وَإِلَى الخَيْرِ قَرِّبْنَا وَعَنِ الشَّرِّ اَبْعِدْنَا وَاقْضِ حَوَائِجَنَا فِى الدِّيْنِ وَالدُّنْيَا وَالۤاخِرَةِ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيْرٌ

Allahumma thawal’umurana washah ajsadana wanawir qulubana watsabit imanana wa ahsan u’malana wawasi’ arzaqana wa ilalkhoiri qarabna wa’anisy syahri ab’idna waqdhi khawaijana fid daini wad dunnya wal akhirat innaka ‘ala kuli syai’in qadir.

Artinya: Ya Allah panjangkanlah umur kami, sehatkanlah badan kami, terangilah hati kami, kuatkanlah hati kami, baikkanlah amal kami, luaskanlah rezeki kami, dekatkanlah kami dengan kebaikan dan jauhkanlah kami dengan kejahatan. Kabulkanlah semua permintaan kami dalam agama di dunia ataupun di akhirat. Sesungguhnya hanya Engkaulah Yang Maha Kuasa atas segala-galanya.

Aaamiinn .. 


P/S: Terima kasih Suamiku ❤ #Alhamdulilah ... 

15 تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Sanah helwah sis lin. Semoga dipanjangkan umur, dimurah rezeki & diberikan kesihatan yang baik 😊💕.

    ردحذف
  2. Hepi besday awak!! Semoga hepi selalu dan diberi kesihatan yg baik2 aje

    ردحذف
  3. Assalamualaikum..
    Happy birthday kak. Semoga Allah makbulkan segala yang sering akak minta padaNya, semoga dilimpahkan dengan kesihatan yang baik, Dan dipermudahkan urusan pernikahan anaknya nanti.

    Rerama spesellah tu

    ردحذف
  4. Selamat hari ulang tahun sis... apa ada pd umur kan? semoga semua urusan sis dipermudahkan dan diberikan kebahagiaan di dunia dan di akhirat di samping keluarga tersayang

    ردحذف
  5. selamat hari ulang tahun. semoga dipanjangkan umur dalam rahmat kasih sayang Allah Taala, dilimpahkan kesihatan berpanjangan sentiasa. aamiin aamiin aamiin <3

    ردحذف
  6. Selamat ulang tahun kelahiran sis, semoga dipanjangkan umur, diberikan rezeki yang melimpah ruah :)

    ردحذف
  7. Selamat hari lahir Sis Lin, semoga dipanjangkan umur sihat selalu, dimurahkan rezeki dan dilimpahkan dengan kebahagiaan yang berpanjangan..

    ردحذف
  8. Happy Birthday sis Lin. Moga sentiasa dalam rahmat Allah.
    Lebih kurang je umur kita..hehe.

    ردحذف
  9. Happy Birthday Sis Lin!
    Moga beroleh berkat pada umur aamin

    ردحذف
  10. Bakal menerima menantu juga hadiah indah buat Sis tentunya. Aamiin.

    ردحذف
  11. Happy Birthday Sis Lin Gojessss. Semoga diberi kesihatan yang baik dan berbahagia bersama insan tersayang.

    ردحذف
  12. happy belated birthday sis Lin...semoga bahagia selalu.. dapat hadiah menantu tahun ni...

    ردحذف
  13. happy bestday sis...muda lagi tu 45..apalah ada pada usia sedangkan jiwa masih muda..kah kah

    ردحذف
  14. Amin untuk segala doanya...Moga makbul segala doa dan harapanmu sis... AMIN Ya Rabb!
    Happyyyy Belated Birthday sisturrr!

    ردحذف

إرسال تعليق

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

أحدث أقدم