TUNAMAYA BEACH AND SPA RESORT JADI TUMPUAN PELANCONG KE DESARU

9/15/2018 08:38:00 AM

TUNAMAYA BEACH AND SPA RESORT JADI TUMPUAN PELANCONG KE DESARU | Desaru memang menjadi tumpuan pelancong asing ke Johor. Ini adalah kerana, Desaru mempunyai pantai dan laut yang paling dekat untuk di jadikan tempat percutian selain pantai Mersing yang agak jauh sedikit dari bandar Johor . Salah satunya yang menjadi tumpuan pelancong adalah di Tunamaya Beach and Spa Resort. Daya tarikan utamanya adalah resortnya berhadapan pantai Desaru. Dan juga terdapat banyak kemudahan dan temapat makan yang sememangnya menjadi pengunjung di luar juga. 

Sis di beri peluang untuk menginap di sini semalaman. Dah kata 'Jalan- jalan Cari makan' jadinya sambil jalan sambillah kita cari tempat makan. Tak payah pergi jauh-jauh, datang ke sini aja, semua ada Tempatnya pun besar, tenang mata memandang, bersih dan juga servisnya pun bagus. 


Dari pintu masuk ke ruang lobi aja, dah nampak tempatnya sangat selesa dan bersih. Keadaan persekitaran pun senyap, sesekali kedengaran bunyi ombak pantai dan angin sepoi-sepoi meniup dari pantai. Sangat nyaman. 
Korang akan berasa selesa di sini walau pertama kali menjejakkan kaki ke sini. Percayalah. 


Tenang nyaman dan bersih, tempat macam nilah kalau nak pergi bercuti yang kita cari. Menginap kat sini tak payah susah-susah nak keluar ke atau nak pergi ke tempat lain nak mandi. Di sini ada kolam mandi (swimming pool) dan juga boleh mandi di Pantai. 
Tapi kalau nak mandi di Pantai kena tengok juga musimnya. Kalau kena musim ombak besar, tanda amaran di keluarkan, makanya tidak di benarkan mandi di pantai. 


Kebersihan pantai juga terjaga. Tidak kotor dengan sampah sarap. Kalau korang jalan-jalan petang atau pagi ke di tepi pantai, memang nyaman sekali. Angin bertiup segar dan kalau nak piknik pun boleh. 
Best jugakan kalau piknik makan-makan kat tepi pantai gitu. Berehat sambil beriadah namanya. 


Suasana malam pula, kalau korang nak nikmati angin malam, korang bolehlah lepak di luar di sini, boleh tengok tayangan movie yang di sediakan. Ceritanya pulak random, ikut nasiblah. Ada cerita melayu juga cerita english. Okay kan, relax dan rehat. 
Siap dengan kerusi di sediakan, cuma janganlah sampai korang nak baring pula ye hehehe. 


Untuk penginapan bilik pula, korang boleh buat pilihan, macam Sis untuk kali ni, Sis amik Family Room, 1 queen bed and 1 single bed. Keluasan bilik pun luas, bersih dan view betul-betul mengadap laut dan swimming pool. 


Besarkan, semua kelengkapan ada. Toiletnya pun besar siap heater. Dan juga untuk membuat air panas, semua ada di sediakan, kopi, teh, dan juga jug pemanas air. Memang selesalah menginap di sini. 


Pemandangan dari bilik yang sangat tenang dan nyaman. Duduk depan balkoni  bilik, dengan angin meniup sepoi-sepoi, sangat 'fresh' otak. Hilang segala masaalah kesibukkan kerja atau masaalah dunia. Renung dan hayati keindahan alam ciptaan Allah. Sungguh menakjubkan. 


Selain dari makan di Cafe tempat penginapan, kalau korang nak ubah selera, korang bolehlah berjalan keluar dari tempat resort tu tapi masih lagi dalam kawasan Tunamaya juga, ada satu kedai makan namanya Aroi Thai . Kalau senang cakap, kedainya ala-ala macam Boat Noodle gitu, menu makannya dalam mangkuk kecil dengan harga rm1.90 sahaja. Dan ada menu-menu lain juga yang pasti memenuhi selera korang. 


Dan ini antara menu yang kami order malam tu. Memang order sedikit sebab kami baru makan di Cafe Tunamaya . Perut masih kenyang lagi. Yang kami order ni antara menu paling femes laa yang biasa pengunjung order. Dan ada satu lagi yang korang kena cuba, menu 'Royal Seafood Hotpot'. Tak sempat nak merasa tapi next time Sis mesti nak cuba juga. 


Dan yang terbaru di Tunamaya sini, adalah F&B restaurant yang baru di buka. Restoran Nelayan Seafood. Di sini pelbagai menu seafood yang korang boleh cuba, termasuk menu lobster. Harga pun berbaloi dengan hidangan yang di sediakan. Korang pasti puashati. 
Ada sesetengah menu tu, ada juga pernah di kongsi oleh blogger blog masakan popular Malaysia. Tak percaya cuba order dan rasainya. Pasti puashati.

Korang boleh baca entri Sis review makan di Nelayan Seafood by The Coast ni, yang Sis update sebelum ni. Memang banyak menu di sediakan dan juga ada promosi. 

Untuk tempahan dan maklumat lanjut:

+607-88338888
info.dtbsr@careluxuryhotels.com

Website:






P/S: Teringat-ingat menu loobster dia, sangat s Puashati. Terima kasih Tunamaya Beach and Spa Resort!


You Might Also Like

18 Comments

  1. Wow... Rezeki dpt holiday sambil jjcm...

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Kannn @Rohaida, aman tenang dan fresh udaranya..

      Delete
  3. luasnya bilik dia sis..boleh main kejar-kejar tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpe, nak masuk gambar semua, penuh pulak kang scroll ke bawah @Julia hahahaha..

      Delete
  4. alaaa rinduuu angin sepoi-sepoi laut cina selatan dia...hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jomm laaa @Sunah, kita jalan jalan cari makan kat sana hehehe

      Delete
  5. wah cantiknya tempat ni sis.. bunyi pantai tu yang best hiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul @Wani, tempatnya cantik, bersih dan bilik lapang..

      Delete
  6. Uyul pernah bermalam di sini. Suasananya tenang ya ampunnn. Lepastu order Seafood Platter. Wahhhh masih teringat betapa freshhnya seafood dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn @Uyul, Sis belum ada rezki nak merasa seafood platter tu, maybe next time nak cuba gak...

      Delete
  7. tempat ni yang dalam drama isteri untuk diiktiraf kan? hhahaha sebab macam fimilar nama tempat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul @Shafyqah..kat sini laa derang buat pengambaran..tempatnya memang cantikkk

      Delete
  8. tadi baca lelaju.. Tunamaya jadi Tunamayo aigoo. belum lagi panjang kaki kesini. jarang ke area2 sana but tingin nak JJCM kat sana =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha kelain bunyinyaaa @Siti oii...
      Meh la kalau ke JB boleh trun stay kat sini..memang best tempat ni ..

      Delete
  9. wowwwwwwwwwwwwwwwwwwww....bestnyaaaaa...nak relaks2 santai2 dari kesibukan bandar jb...boleh lahh dtg sini kann...tiberrr..hahahhaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn @Farahain, jom sesekali kita ke sana , makan dan relax-relax hehehe

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com