Tuesday, June 25, 2013

PUDING MILO ROTI

BY Sis Lin IN 5 comments

Assalamualaikum wbt..

Jeng jeng jeng, dan bila penyakit 'R' tu datang, mulalah macam2 nak di buatnya, kena plak musim jerebu ni, nak keluar pun malas, jadi untuk buat basah2 anak tekak, kita merajinkan diri buat puding aje.
Yang ni pun 1st try juga, memang tak puasa hati juga, tak menjadi marblenya..huhuhu tapi takpe, kalau tak cuba mana nak tau apa kurangnya kan..?
Resepinya hampir sama dengan puding tembikai tu, cuma yang ni Lin tanbah milo dalam adunan lapisan marblenya..respi cincai boncai tapi senang dan mudah.. :)



Bahan-bahannya:
1 paket agar2 tali tanpa warna
4 keping roti gardenia *di buang kulit
8 cawan air 
1/2 cawan gula 
1 cawan susu pekat 
1 cawan susu cair 
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telur
1 cawan milo.

Cara-Cara:
Masak agar2 bersama gula dan air.Hingga agar2 dan gula hancur.
Sementara itu, rendam roti dalam susu cair dan carik-carikkan.Masukkan susu cair, roti, telur, esen vanilla dan susu pekat manis. Blend halus
Setelah agar2 dan gula hancur, masukkan bahan blend ke dalam periuk. Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit.Tutup api.
Ambil sedikit adunan dan asingkan, sementara selebih adunan tadi di masukkan milo dan kacau perlahan dengan api yang sederhana sehingga milo hancur.
Setelah itu, tuangkan berselang seli kedua-dua adunan ke dalam loyang sehingga habis dan biar sejuk. 
Simpan ke dalam peti sejuk.





P/S: Anak2 suke, mr.hubby makan bersuap2, aku gembira tersenyum puas!.. :)


5 comments:

  1. makan tetap makan..
    kang klu cakap x sedap, ada orang marah... :p

    ReplyDelete
  2. Dekat2 ngn bulan pose nie, mcm2 makanan akan muncul, kt kg ambe kueh nie di pnaggil belede..hehe

    ReplyDelete
  3. Oeya suka puding ringkas macam ni.. :-)

    ReplyDelete
  4. sedapnye...nak cubelah..

    ReplyDelete
  5. Rupa pun dah nampak sedap...yam2............. thanks

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah membaca dan beri ulasan/komen..
Sebarang cadangan dan pendapat anda, amat di alu-alukan....
TQ..