Monday, December 01, 2014

1 DECEMBER: HARI AIDS SEDUNIA

BY Sis Lin IN , No comments

Assalamualaikum wbt..


Hari AIDS Sedunia disambut pada 1 Disember setiap tahun untuk memupuk kesedaran mengenai wabak AIDS yang disebabkan oleh jangkitan HIV. Pada hari inilah menjadi kebiasaan untuk memperingati mangsa-mangsa yang terkorban akibat HIV/AIDS. Pegawai kerajaan dan kesihatan turut menyambut hari ini dengan berucap atau berforum mengenai AIDS. Sejak tahun 1995, Presiden Amerika Syarikat melakukan perisytiharan rasmi pada Hari AIDS Sedunia. Kerajaan negara-negara lain turut mengadakan ucapan yang seumpamanya.




Siapa yang tahu 1 Disember setiap tahun adalah tarikh yang penting kerana inilah hari AIDS sedunia. Mengapa perlu kita kisahkan tentang perkara ini? 
Kerana kebanyakan mereka yang menghidap HIV memerlukan bantuan. Peratus penghidap HIV/AIDS adalah mereka yang berekonomi rendah di negara-negara mundur.
Satu kisah benar yang perlu diketaui semua. Ibu-ibu di negara-negara Afrika yang menghidap HIV terpaksa memberikan susu ibu kepada bayi-bayi mereka agar anak mereka tidak mati kebuluran. Akibatnya bayi-bayi kecil ini mendapat HIV. Mengapa? Kerana mereka tidak mampu memberikan susu formula akibat kemiskinan. Lebih baik mereka mati kerana AIDS daripada mati kebuluran.


Apa itu HIV/AIDS?
– HIV adalah ‘human immunodeficiency virus’
– AIDS adalah ‘Acquired immunodeficiency syndrome’
– HIV adalah virus yang menyebabkan AIDS.
– Tidak semua orang yang mendapat HIV akan mendapat AIDS.
– Semua orang yang mendapat AIDS adalah disebabkan oleh HIV.


– Cara HIV disebarkan adalah melalui darah, air mani, susu ibu. Bukan melalui air liur atau bersentuhan.
– Aktiviti yang boleh mnyebarkan HIV adalah termasuk seks dengan mereka yang mempunya HIV, pemindahan darah, luka, perkongsian jarum, dari ibu kepada anak dalam kandungan.
– Bermakna bukan semua yang mendapat HIV adalah kerana mereka melakukan perkara yang tidak elok.
– Berkongsi makanan tidak menjangkitkan HIV.
– Bersalam, berpeluk, mencium, tidak menjangkitkan HIV.

Hentikan DISKRIMINASI terhadap penghidap HIV. Jangan menjadi orang yang suka menilai orang lain sehingga terlupa emnilai diri sendiri.



Sumber : Hari AIDS Sedunia – 1 Disember 





P/S: Pantasnyaaa masa berlalu...#muhasabah diri...



0 Orang Komen:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah membaca dan beri ulasan/komen..
Sebarang cadangan dan pendapat anda, amat di alu-alukan....
TQ..