Thursday, January 05, 2017

REVIEW: RESTORAN AZZALAVA

BY Sis Lin IN 2 comments



Assalamualaikum wbt ..


Pertama kali dengar dan baca tentang restoran ni waktu terbaca di page FB Visit Johor, rata-rata yang bagi komen semua kata best, harga berpatutan dan menu dia semua menetapi citarasa dan tekak melayu kita. 
Jadinya apalagi, mestilah nak cubakan. Dan yang istimewanya restoran ni terkenal dengan menu grill yang dibakar di atas batu gunung berapi, sebab tu le namanya 'Lava' dan Azza tu nama tuan punya kedai hehehe.

Nak mencari restorannya pun tak sudah mana, sebab kedainya memang area bangunan kedai baru di Kota Masai sana. Tapi semalam aku cari guna waze gak sebab pestime kan, kang ada jauh sesat plak.
Waktu perniagaan dari jam 12.45pm hingga jam 11pm (cuma semalam kedainya buka lambat 4.30pm di sebabkan urusan anak sekolah katanya). 

Suasana kedainya menarik, konsep kayu kayan hehehe aku pun tak tau nak kata konsep apa sebenarnya, tapi relax dan santai, cuma agak sepi tiada musik, kalau ada musik lagi ok (pandangan akulah). 
Menu-menu dia semua ok, macam stonegrill tu laa, harga memang berpatutan, siap ada desrt segala dan ada macam-macam menu. 



So semalam aku order yang ni.
Bawah sekali tu, soup special kimchi, rasanya sedap sangat, cuma kurang pedas aje (korang kalau nak pedas bagitau, baru derang buat pedas kaw-kaw), yang tengah tu lamb shoulder marinated grill, haa tu la dia batu gunung berapi katanya, berasap-asap waktu bakar, so hati-hati ye panas.
Dan ayang atas sekali tu, kawan aku makan kue tiaw goreng, sedap juga, basah-basah gitu, puashati laa. Servis pun cepat dan mesra pelanggan.
Harap rasa dan servis kekal hingga sampai bila-bila ye. :)



Oh ya kalau korang nak buat tempahan untuk event ke, pun bole, dia ada set combo dan pakej untuk majlis tertentu, call aje tanya. Memang ada ruang khas untuk kalau nak buat majlis (ruang yang dalam gambo tu la).
Lepas selesai makan, tuan punya kedai ,Azza ajak bergambar, nak masuk dalam page FB katanya hehehe.
Apa-apapun terima kasih ye Puan Azza, lain kali kami datang lagi. 
So korang kalau nak mencubanya, aku sediakan detail Restoran ni ye..

Alamat : 
No 103,Jalan Rambai 12,Taman Kota Masai
Pasir Gudang, Johor, Malaysia
No HP :019-752 0443 






P/S: Sori la ye, memang lepas ni, silap-silap entri aku pasal makan aje hahahaha 


2 comments:

  1. hi kak..firstime g blog akk..da folow pn hihii
    jemput singgah blog sy :) http://www.yayacendana.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai @Yaya, baru nak menjawab kat sini hehehe.
      Sis done follow juga TQ Yaya ..

      Delete

Terima kasih sudi singgah membaca dan beri ulasan/komen..
Sebarang cadangan dan pendapat anda, amat di alu-alukan....
TQ..