CAWANGAN TERBARU BUBBLEBEE KINI DI BUKA DI MUAR JOHOR!

Sis Lin
4
CAWANGAN TERBARU BUBBLEBEE KINI DI BUKA DI MUAR JOHOR! | SABTU lepas Sis berkesempatan ke Muar,Johor bersama team JDT Blogger Sis bagi memeriahkan majlis perasmian cawangan terbaru Bubblebee di Pusat Perniagaan Prima Sakeh,Muar Johor. 

Pada majlis perasmian itu, Boss Shuib bersama isterinya, Watie dan dua orang anaknya turut sama turun padang sama-sama menyaksikan dan memotong reben untuk majlis gilang gemilang ini. Memang meriah sungguh. Seawal jam 11am orang ramai dah berada di sana. 

Kebetulan pula pada haritu adalah hari membuang undi di sana, so jalanraya agak sesak juga menuju ke Pusat Perniagaan Prima Sakeh, tapi masih dalam keadaan terkawal. Korang nak sini, korang waze aja, pasti sampai. 

Cawangan Terbaru Bubblebee Kini Di Buka Di Muar Johor!

Cawangan Terbaru Bubblebee Kini Di Buka Di Muar Johor!

Cawangan Terbaru Bubblebee Kini Di Buka Di Muar Johor!

Dan sempena majlis perasmiannya, 100 cawan aiskrim Taro di berikan percuma kepada orang ramai yang datang awal ke sana. Mereka yang tau akan berita baik ini memang tak lepaskan peluang, awal-awal dah sampai dan beratur. Sporting habis orang Muar ni yaaa sama-sama support dan memeriahkan majlis. 

Sebab pada majlis perasmian itu juga, pelbagai acara di adakan, seperti; Face Painting, persembahan Zapin, paluan kompang, photo booth, juga Badut abang JOJO pun ada sekali, so kalau yang bawa anak-anak tu memang terujalah mereka, dapat melukis di muka dan dapat belon juga, selain dapat aiskrim Taro. 

Cawangan Terbaru Bubblebee Kini Di Buka Di Muar Johor!

Cawangan Terbaru Bubblebee Kini Di Buka Di Muar Johor!

Cawangan Terbaru Bubblebee Kini Di Buka Di Muar Johor!

Cuaca juga menyebelahi pada haritu, panas tapi berangin cukup nikmat sekali dapat menikmati aiskrim yogurt dan juga menghirup minuman refreshing mereka. Bukan itu sahaja, menu-menu ala-carte berserta aneka jenis kek dan muffin juga tersedia di Cafe Bubblebee cawangan Muar ni. 

Tempatnya selesa beserta ruang duduk yang besar sangat dan selesa kalau korang nak buat event atau adakan majlis perjumpaan dan melepak dengan kengkawan. Bangunannya pun di corner lot, so kalau korang ke area Pusat Perniagaan Prima Sakeh,Muar Johor ni, memang korang akan nampaklah dari jalan besar tu kedainya. Tempat parking pun berdekatan. 

Cawangan Terbaru Bubblebee Kini Di Buka Di Muar Johor!

Cawangan Terbaru Bubblebee Kini Di Buka Di Muar Johor!

Cawangan Terbaru Bubblebee Kini Di Buka Di Muar Johor!

Bagi mereka yang datang pada majlis perasmian itu, dapatlah bergambar dan beramah mesra bersama Shuib dan isterinya. Keletah anak-anaknya juga mencuit hati semua pengunjung termasuk Sis, ada aja gelagat Maten yang menghiburkan sesiapa yang memerhatikannya hehehe.. comel sangat awak Maten... 

Boss Shuib pun tak sombong orangnya, jujurnya ini kali pertama Sis berdepan dengannya dan Shuib sangat baik melayan semua pengunjung, lebih-lebih lagi layanannya kepada orang tua dan juga budak-budak, begitu mesra sekali. Kitaorang pun sempat lepak sekejap makan dan minum di sana sambil memerhati gelagat pegunjung yang bergambar dengan Shuib.. 

Cawangan Terbaru Bubblebee Kini Di Buka Di Muar Johor!

Cawangan Terbaru Bubblebee Kini Di Buka Di Muar Johor!

Cawangan Terbaru Bubblebee Kini Di Buka Di Muar Johor!

Bukan sikit yaa minuman di berikan percuma, sampaikan bila habis 100 aiskrim Taro tu, Shuib memberikan juga minuman lain sebagai gantian, itu tandanya, begitu ramai datang support Bubblebee pada haritu. Selain itu, ada juga minuman yang di jual dalam promosi kempen berjalan sempena Hari Malaysia dengan harga yang sangat murah, termasuk minuman terbaru, 'Buy, Selfie & Win'.. 

Bubblebee kita mempunyai lebih dari 50 cawangan di Malaysia dan akan bertambah lagi cawangannya pada masa akan datang. Dengan tagline Bubblebee “Semanis Senyuman Anda” Bubblebee menyediakan minuman bobba dan pencuci mulut berasaskan produk segar dan 100% menggunakan madu asli.

Cawangan Terbaru Bubblebee Kini Di Buka Di Muar Johor!

Terbaik dari yang terbaik yang ingin mereka sampaikan untuk korang semua. “Sweet as your smile”. Bagi korang yang belum mencubanya, bolehlah semak di mana-mana cawangan terdekat korang dan mencubanya. Dan untuk lihat LEBIH BANYAK GAMBAR lagi, korang boleh ke facebook page akusislin atau ke instagram akusislin untuk lihat VIDEO pada hari perasmian. 

Untuk orang Muar, bolehlah datang ke alamat ini dan mencubanya;

Bubblebee 
No 2GF, Jalan Prima Sakeh 3, 
Pusat Perniagaan Prima Sakeh, 
84000 Muar Johor

Layari laman website, facebook dan instagram mereka untuk info lanjut. 


P/S : Happy birthday Shuib!!! 💃

Post a Comment

4Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. untung la dapat bergambar ngan retis hehehe... masa dia buka kat ngan umah ako, punya la payah nak bergambar hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laa haritu ada je ruang bergambar.. ramah sungguh Shuib dan Watie..

      Delete
  2. Rezeki jumpa boss Shuib n wife baru. Sedap betul aiskrim Taro tu.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!