Macam lama tak makan bufet hotel, so baru-baru ni Sis berkesempatan mencuba Renaissance Kitchen Dinner Buffet di Cafe BLD, Renaissance Johor Bahru Hotel, dan kali ini Sis pergi bersama sahabat-sahabat Sis juga ‘hakak purple’ yang viral bantu wanita bersalin di tepi jalan tu haa.
Pilihan Hidangan Menarik di Renaissance Kitchen Dinner Buffet
Apa yang buat bufet kali ni lain daripada yang lain ialah variasi hidangannya yang sesuai dengan temanya kali ni. Bermula dengan pembuka selera seperti salad segar, sup panas-panas, dan appetizer ringan, memang terus buka selera. Lepas tu, bahagian hidangan utama memang penuh dengan pilihan! Ada gabungan menu antarabangsa dan tempatan yang sesuai untuk semua cita rasa.
Kalau jenis yang suka makanan Barat, boleh cuba daging panggang, pasta, atau hidangan laut segar. Untuk penggemar makanan tempatan pula, ada lauk-pauk Melayu, masakan Asia, sampailah ke pilihan yang lebih moden. Lebih dari 300 pilihan menu ada, memang puas hatilah.
Antaranya; Nasi Dagang, Nasi Kerabu beserta lauk-lauk sampingannya, Nasi Beryani dalam buluh, Nasi Kandar Udang Galah (size XXL), Laksa Johor, BBQ, Roti John, Burger Ramly, Risoto Asam Pedas Daging dan banyak lagi!.
Ada station Western, Indian, Melayu juga Japanese. Shushi yang di hidangkan sangat menarik perhatian yaa! Shushi yang di melayukan nama dan rupa dan rasanya sangat RENtastic!. Sis sukakannya!!. Yang bestnya ada Air Katira yerrr, dah macam bufet ramadan plak ini kali!.
Dan yang paling Sis suka? Meja pencuci mulut dia! Kek, kuih-muih Melayu, pastri, puding, buah-buahan segar, dan ais krim, semua nampak menggoda. Walau Sis bukan pemakan manis tapi sebab ada Durian Roll, berketul-ketul Sis makan hahaha..
Perlu di ingat, makan di sini korang jangan risau makanan habis, korang jangan kalut sangat nampak gelojoh sampai semua nak di ceduknya, jangan membazir, makan perlahan dan nikmatinya puas-puas. Makanannya crew kitchen sentiasa topup, kalau habis, korang minta okkayy!. Behave hihihi..
Harga Bufet & Promosi Istimewa
Bila cerita pasal buffet premium gini, mesti ramai yang tertanya tentang harga kan? Untuk Renaissance Kitchen Dinner Buffet ni, harga yang ditawarkan adalah:
• RM188 nett untuk dewasa
• RM94 nett untuk kanak-kanak (6–12 tahun)
Yang menariknya, kalau korang ahli Club Renaissance Johor Bahru, boleh dapat diskaun 35%! Fuhhh, memang jimat banyak kalau datang dengan keluarga besar atau kawan-kawan. Berbaloi sangat.
Lebih banyak gambar : FB Pages akusislin
IG REEL : @akusislin
TikTok : @akusislin
Selain makanan yang sedap, ramai tanya ‘mesra kanak-kanak & OKU ke?’. Yaa suasana di Renaissance Johor Bahru pun memang selesa. Mesra pengguna, tak perlu naik lift atau tangga. Yang penting HALAL!. Kalau nak buat small gathering dengan kawan atau makan malam romantik bersama pasangan pun sesuai sangat.
Selain makanan yang sedap, ramai tanya ‘mesra kanak-kanak & OKU ke?’. Yaa suasana di Renaissance Johor Bahru pun memang selesa. Mesra pengguna, tak perlu naik lift atau tangga. Yang penting HALAL!. Kalau nak buat small gathering dengan kawan atau makan malam romantik bersama pasangan pun sesuai sangat.
Kalau nak cuba, Sis cadangkan tempah awal sebab tempat ni selalu cepat penuh, especially hujung minggu. Tempahan secara mudah aje, boleh WhatsApp terus wa.me/60177713327, klik link bit.ly/7RoomsCafeBLD, atau check website rasmi cafebld.com.
Untuk korang yang tengah mencari buffet dinner menarik di Johor Bahru, Renaissance Kitchen Dinner Buffet memang antara pilihan terbaik. Dengan hidangan yang pelbagai, suasana eksklusif, harga berbaloi, plus ada promosi untuk ahli Club Renaissance, memang rugi kalau tak cuba.
So hujung minggu ni, kalau malas nak masak atau nak reward diri sendiri, ajaklah keluarga dan kawan-kawan ke Renaissance Johor Bahru. Confirm korang akan balik dengan perut kenyang dan hati puas! Macam kami semua hihihi ..
P/S : Risoto Asam Pedas Daging dia, memang sedap giler! Mana nak cari resepinya ekkkk ..
Fuhhh.. Terliurrr nengoknya 😍😍 Puas hati menu Banyak, harga camtu..rasa pulak sedap..Berbaloi lahh..Kan..
ReplyDeleteEhh..Hai akak Purple! Hahahahaha Semua pun pakai purple...niceee woooo