RIHLAH - TADABBUR ALAM DI TEPIAN PANTAI PUNGGAI BERSAMA USTAZAH WAN JAH. Dua tiga harini agak sedih dengan khabar berita kami sahabat-sahabat tadabbur ni, susah nak di jelaskan, cuma yang kami semua harapkan semoga segala urusan Ustazah Wan Jah (UWJ) kami di permudahkan dan Allah beri jalan dan ruang untuk kami meneruskan pengajian tadabbur kami bersama UWJ, inshaallah..
Cerita beberapa minggu lepas, jadual penetapan kelas jika di ikutkan minggu pertama pada setiap bulan kelas akan di adakan di rumah Sis, tapi kami telah sepakat, pada minggu tu kami akan adakan program kelas tadabbur alam di tepian pantai Punggai di Aliyya Beachfront Campsite -ABC. Semuanya telah di uruskan oleh salah seorang sahabat tadabbur kami.
Tema kali ni adalah santai ala berpiknik di tepi pantai. Menu pun kami order sesiap berkonsepkan 'siap', senang nak makan terus. Kuih-muih sandwich dalam box, juga ada nasi lemak dan bihun goreng. Setiap sorang dapat satu box, lagipun semua dah di kenakan bayaran untuk makan, so senang tak payah fikir nak bawa makan apa. Tema pakaian pula semua sepakat pakai purple & white, wuuu i loike okayy! hehehehe..
Semua gerak dari Bandar Seri Alam ke Desaru berkongsi kereta (carpool), tak silap ada 5 buah kereta, cuma Sis gerak sendiri sebab selesai aja kelas, Sis nak gerak ke Bukit Indah, ada urusan yang nak di selesaikan. Memandu laa Sis sorang-sorang, gerak pun lewat selepas Suami pergi kerja, tapi sampai sana, boleh saing-saing pulak sampainya.
So takde laa rasa bersalah Sis lambat sebab semua pun belum ready, dapatlah bekerjasama membantu siapkan apa yang patut. Apa-apa kami settlekan dulu tempat untuk solat Dhuha dan juga tempat duduk keselesaan untuk UWJ online secara LIVE untuk kelas tadabburnya. Ramai anak murid TikTok dan Google Meet UWJ menunggu setiap kali kelasnya. Bersiaran mula jam 9am sehinggalah jam 11am lebih sedikit. Kalau boleh nak lama lagi, tapi semua pun dah lapar hehehehe..
Untuk agenda kali ni, sesiapa yang turut serta, semua di kehendaki membawa hadiah (bantal) setiap sorang, Maka bertukar-tukar hadiahlah kami secara mengundi daftar nama setiap orang. Sis dapat hadiah bantal dari Kak Maznah, besar bantal bolatnya, puas duduk di lantai alas punggungku.. Sis punya bantal, dapat ke Hajah Rohani..
Selesai kelas, semua berkumpul makan di meja yang telah di hias cantikkk semua. Pinggan cawan, hiasan dan semuanya di sedia atur oleh Kak Sza, terbaekkkk sungguh, ginilah kalau orang yang sukakan cantikkk dan molek dalam setiap kedudukan. Terpesona memasing. Lagipun Kak Sza ni rajin camping, so memang idea dia semua pun ala-ala glamping gituhhhh..
Dah alang-alang berkumpul sama, apalagi kami sediakan game dan quiz untuk semua peserta, dapat hadiah hamper lagi dan juga Sis ada sediakan 3 hadiah untuk game 'gerak kiri kanan' tu. Hadiah hamper di taja oleh seseorang juga, alhamdulilah.. rezeki kami semua. Untuk game dan quiz, Sis, Salyn, Kak Syikin dan Widya yang jadi mastermindnya, huru-hara yerr.. tapi meriah, UWJ pun turut serta, sporting betul UWJ hihihi..
Indahnya persahabatn kami, ukhwah yang di bina bermula dari kelas tadabbur secara online, hinggalah ke kelas fizikal dan kini jadi geng jalan-jalan dan makan-makan sana sini. Travel pun kami sama-sama juga, yang penting kami ikhla dalam berkawan dan tiada hasad dengki di antara kami. Ingat pesan UWJ, jangan jadi orang yang fasik dan munafik, masuk neraka nanti huhuhu..
Dan program kami berakhir dengan acara bergambar sana sini, juga ada sambutan harijadi untuk ahli bulan Sept, Okt dan Nov juga termasuklah Sis yang lahir bulan November. Cantik betul dekorasi untuk berOOTD kami, tu semua idea kreatif dari Kak Sza laa tu, thanks Kak ..
Semoga Allah jaga hubungan kami dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Jauhilah kami dari berpecah-belah dengan mengikuti hawa nafsu dan kehendak-kehendak yang berbeza, dan jadikan kami bersaudara di dalam agama Allah, agar kami terhalang dari berpecah belah dan saling bermusuhan. Aamiinn
P/S : Sehari kalau tak masuk kelas tadabbur, rasa kosong jiwa, terima kasih Tuhan ...
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.