MAKAN DI MANMILA NASI LEMAK AYAM GORENG PANAS! . Pertama kali juga makan di sini, itu pun kawan Sis yang bawa. Kebetulan dua hari lepas Sis dan sahabat tadabbur ke Melaka, so sebelum gerak ke sana, kami singgah makan di Manmila Nasi Lemak Panas ni. Dari Johor masuk tol Sedenak dan korang waze je laa, tak jauh dari tol tu.
Masa sampai tu ramai juga yang datang makan, terbau-bau ayam gorengnya. Nak order kena self service di kaunter. Beratur tunggu giliran. Nanti staff akan tanya nak nasi lemak ayam goreng atau nasi lemak ayam bakar. Tapi ayam goreng dia nampak sangatt teruja yaa.
Kawan-kawan Sis semua amik ayam goreng, Sis pun sama juga., Semua ayam goreng dia guna bahagian paha thigh. Besar dan crispy ayamnya, memang sedaplah. Ada juga sotong goreng tepung dan juga menu-menu lain.
Nasi lemaknya pula lengkap semua, sambal, kacang tanah, ikan bilis dan timun. Sambalnya pun sedap, staff dia masa ceduk dan curah dalam pinggan, dia akan tunggu sampai korang kata ‘cukup’, punyalah tak kedekut sambal kann.
Sambalnya pun tidak terlalu pedas dan tidaklah terlalu plain rasanya, memang betul-betul sambal nasi lemak hihihi..
Harga pula tidaklah terlalu mahal, tak silap Sis sepinggan nasi lemak ayam goreng tu RM11.90, kalau ayam bakar lain harga. Sotong goreng tepung pula order asing, akan di hantar sepinggan, harga pula Sis lupa laaa.. sebab kawan yang bayar, tapi sangat sedap sotongnya, rasa segar dan tepungnya betul salut dan crispy.
Kalau menantu Sis mesti suka ni ayam goreng camtu, kemain tak lokek serdaknya tuu, sedap betul. Sis maklan habis sepinggan hahahahaha.. yer laa tak baik membazir kannn.. dan semestinya laa pinggan Sis pasti ada telur pindang tu ..
Manmila Nasi Lemak Panas
Lot 596-2, Jalan Raya
Kg Melayu Bukit Batu
81000 Kulai Johor
Sabtu - Khamis
Jumaat TUTUP 7am - 5pm
P/S : Badan sakit-sakit bisa, esok nak gi Spa laa ..






Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.