Baru-baru ini, Sis berpeluang mencuba set berbuka puasa di Restoran Bara Ikan Bakar, Senibong, dan memang antara salah satu tempat makan yang Sis Lin boleh recommend, terutamanya untuk keluarga besar atau datang bersama kawan-kawan.
Untuk kali ini, Sis pilih Iftar Set B (6–8 pax) dengan harga RM599. Terus terang, Set B ni antara set yang paling berbaloi sebab menu dia lengkap dengan menu hidangan laut dan sesuai untuk dikongsi beramai-ramai. Bila makanan sampai satu per-satu, memang nampak portion dia besar dan mengenyangkan.
Antara menu utama dalam Set B termasuk Siakap Special Sauce, Ketam Nipah Masak Cili, Udang Masak Salted Egg, Kerang Rebus, Tomyam Putih Ayam, Sayur Kailan Sos Tiram, Telur Dadar serta Nasi Putih untuk 8 orang.

Paling Sis suka sudah tentu siakap special sauce dia, rasa sos yang seimbang dan ikan pun segar. Ketam nipah masak cili pula memang puas hati, isi penuh dan sos dia sedap dimakan dengan nasi panas. Tomyam putih pula ringan dan tak terlalu pedas, memang sesuai untuk kanak-kanak makan juga.
Selain menu set, apa yang buat Sis rasa suka bila berbuka di sini ialah adanya buffet station yang disertakan sekali. Ada kurma, kuih muih, buah-buahan serta air sejuk dan air panas. Jadi tak perlu pening nak tambah menu lain, semuanya dah lengkap.

Dari segi suasana, Restoran Bara Ikan Bakar menawarkan konsep makan yang santai dan tidak terlalu formal. Satu lagi kelebihan, ruang solat juga disediakan, jadi lepas berbuka boleh terus tunaikan solat dengan selesa tanpa perlu keluar mencari surau.
Menariknya sepanjang Ramadan ini, pihak restoran turut menawarkan diskaun 15% Early Bird untuk tempahan awal. Selain itu, ada juga hidangan percuma untuk kanak-kanak bawah 12 tahun, memang satu kelebihan untuk keluarga yang datang bersama anak kecil.

Promosi iftar ini berlangsung dari 20 Februari hingga 19 Mac 2026, bermula jam 5.00 petang hingga 9.00 malam, bertempat di Restoran Bara Ikan Bakar (Pak Akob Kolam Pancing), Persiaran Senibong, Bandar Baru Permas Jaya, Johor Bahru.
📲 Maklumat Tempahan:
🔗 WhatsApp: http://www.wassap.my/60164020350
📱 Telefon: +6016-402 0350
Jadi bagi korang yang tengah cari tempat iftar beramai-ramai di Johor Bahru, dengan menu laut yang sedap, portion besar, kemudahan solat dan harga yang berbaloi, Iftar Set B di Bara Ikan Bakar Senibong memang pilihan yang Sis rekemen untuk korang cuba!. Selamat berpuasa!.
Lihat gambar menu : facebook pages akusislin
Video IG REEL : akusislin
TikTok Video : akusislin
P/S : Salam 1 Ramadan buat semua sahabat ☺️ …

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.