ST ROSYAM MART RASMI BUKA PASAR RAYA PERTAMA DI JOHOR!. Lebih 10,000 ahli baharu mendaftar sepanjang tempoh pembukaan. Membawakan pengalaman membeli-belah borong dan runcit 24 jam bertaraf 5 bintang ke wilayah Selatan.
ST Rosyam Mart secara rasmi membuka pasar raya pertamanya di Johor dan wilayah Selatan di Paragon Market Place, Tampoi pada 12 September 2026, sekali gus menandakan pengembangan jenama ini ke wilayah Selatan.
Pembukaan ini menerima sambutan yang amat menggalakkan, dengan lebih 15,000 pengunjung dalam tempoh 24 jam pertama, manakala lebih 10,000 ahli ST baharu mendaftar sepanjang tempoh pra-pembukaan dan pada hari pembukaan. Pembukaan ini turut disambut meriah oleh warga Johor dengan pelbagai promosi dan aktiviti menarik, termasuk ayam segar seekor pada harga hanya 8 sen sebagai antara tarikan utama.
Majlis peluncuran ST Rosyam Mart Tampoi telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan P. Pannir Selvam, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya Negeri Johor, bersama Dato’ Raymond Ho Cheng Hann, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Sri Ternak Group, serta Datuk Rosyam Nor, Pengarah ST Rosyam Mart Sdn Bhd. Majlis tersebut turut dihadiri oleh para jemputan, rakan niaga, wakil media dan orang ramai.
ST Rosyam Mart Tampoi menampilkan reka bentuk moden dan kontemporari dengan laluan yang luas serta susunan seksyen produk yang teratur dengan lebih 40,000 pilihan produk. Cawangan ini turut dilengkapi ruang pembelian borong, kaunter khidmat pelanggan khusus, kaunter pembayaran layan diri (SCO) dan kaunter juruwang yang mencukupi, disamping kafe dan bakeri miliknya sendiri, ST Cafe, dan seroti.
Selain rangkaian produknya yang luas, ST Rosyam Mart Tampoi turut menampilkan Celebrity Corner, yang menghimpunkan produk daripada lebih 30 selebriti tempatan, serta Malaysia Selection, yang menawarkan makanan ringan, minuman, hadiah dan cenderamata buatan tempatan.
Peniaga kecil, pengusaha restoran dan katering juga boleh membuat pembelian secara borong pada harga borong, manakala pelanggan boleh menikmati lebih 20 perkhidmatan percuma, termasuk penggunaan pinjaman power bank, air minuman, perkhidmatan memotong daging, mencuci topi keledar, peti sejuk simpanan, bantuan jump-start bateri kereta, pam tayar dan banyak lagi.
Majlis Pembukaan Rasmi ini turut menandakan kejayaan Misi “Menawan” Tampoi, sebuah inisiatif berfokuskan komuniti yang diperkenalkan pada Julai lalu untuk menawan hati masyarakat Tampoi dan membina keterujaan menjelang kehadiran ST Rosyam Mart di Johor.
Bersempena dengan Pembukaan pada 12 September, ST Rosyam Mart telah menawarkan ayam segar seekor pada harga hanya 8 sen kepada 5,000 pelanggan terawal. Sambutan hari pembukaan turut dimeriahkan dengan acara Balloon Drop yang menawarkan hadiah bernilai sehingga RM10,000, pertunjukan bunga api, sesi merasa makanan, hiburan secara langsung, pemberian hadiah serta pelbagai aktiviti keluarga.
Turut memeriahkan sambutan, ST Rosyam Mart memperkenalkan maskot baharunya, Jalak dan Lenteng, yang membuat penampilan sulung sempena pembukaan tersebut.
Sambutan Pembukaan diteruskan dengan lebih 200 barangan promosi pada harga serendah 8 sen, 48 sen dan 88 sen sehingga 27 September. Pelanggan juga berpeluang menyertai Stamp & Menang 2.0 yang menawarkan lebih 350 hadiah bernilai lebih RM1 juta, termasuk sebuah kondominium, kereta dan motosikal, serta Misi Mencari Raja Konten Selatan yang menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM20,000.
Pembukaan ini turut menyaksikan tayangan perdana episod akhir “Misi Untuk Rakyat”, drama web AI 10 episod terbitan ST Rosyam Mart yang dihasilkan sebagai sebahagian daripada Misi “Menawan” Tampoi.
ST Rosyam Mart Tampoi terletak di Paragon Market Place, 135, Jalan Tampoi, Kawasan Perindustrian Majidee, 81100 Johor Bahru, Johor, dan beroperasi 24 jam setiap hari. Untuk maklumat lanjut mengenai ST Rosyam Mart, layari www.sriternak.com atau ikuti Facebook, Instagram, dan TikTok.
P/S : Dekat dengan rumah arwah Mak, tapi belum ada rasa nak pergi lagi...








Yang kat KL ni pun ako rasa ada la 2x je ako jejak hahaha x sanggup nak bersesak 😅😅
ReplyDeleteKat JB sejak bukak tu, ramai manjang ko, lagi time tengah malam, aku rasa orang SG jerr soping tu
DeleteBerpusu2 la orang ayam murah tu. Awal pembukaan selalunya mesti ramai orang. Nak membeli pun tak selesa.
ReplyDeleteSangatttt.. Sis patut cover masa tu, tapi tak sihat, so tak pergi.. memang sesakkkk
DeleteMurah betul ayam tu.
ReplyDeletePH tak pernah pergi ST Rosyam Mart ni.
Kannnn.. mau tak ramai kannnnnn
DeleteMeriah majlis pelancaran ST Rosyam Mart ni. Pasni bolehlah datang shopping kat sini pulak kan.
ReplyDeleteSangat meriah Fiza, ramai gilerr orang pergi...
Deletesyok la org johor ..st rosyam dh buka kt sana..dlu time opening husband dpt juga beli ayam 88 sen tu...mmg dkt je area umah ...time opening dlu smp 3x dpt selfie dgn rosyam :)
ReplyDeleteYaaa memang kena pada tempatnya.. sampai sekarang pun masih ramai .. mudah sebab 24jam kannn
DeletePatutlah meriah sampai 15,000 pengunjung, promosi ayam seekor 8 sen tu memang boleh buat orang berpusu-pusu
ReplyDeleteKannn.. bersesak-sesak orang semua pergi
Deletex penah pegi lg mn2 caw ST rosyam mart ni. tp selalu jg dgr kalau dia buat promo mmg gile2 punya promo
ReplyDeleteuntung arr org jb ada alternatif lain utk membeli belah
Itu laa, ramai juga yang belum jejek ekk.. Sis memang tak laa, tunggu reda-reda nanti, now masih ramai sebab masih ada promosi
DeleteSampi la uncle tak pernah sampai... Mungkin sebab tiada dekat2 rumah uncle...
ReplyDeleteYaa juga, kalau jauh memang tak laa nak pergi kan Uncle...
DeleteSama la macam Uncle... tak pernah lagi pergi Rosyam Mart ni sebab takde dekat2 area kiteorang ni. Rasanya SA selalu ke sini kan.
ReplyDeleteSamalah Sis ni.. belum ada rasa nak pergi sebab adik kata masih ramai orang
DeleteYa Allah ayam cuma 8 sen, memang pasti ramaaaai lah ini yg beli yaaaa 🤣🤣🤣🤣.
ReplyDeleteSaya sering dengar rosyam mart ini, kayaknya dari tulisan kak SA.. tp belum pernah datang ke mana2 cawangan dia. Nanti boleh lah, nak lihat2 juga 😄
Itu laa Fanny, jadi ramai pergi kejar ayam itu hahahaha..
DeleteMurahnya ayam RM0.08. Hehe mesti ramai berebut beli.
ReplyDeleteMaunya tak rebut, murah sangatttt.. sorang boleh beli 2 ekor tak silap
Deletemakaihhh.. murahhhh
ReplyDeleteSemoga terus maju perniagaan ST Rosyam Mart.
Sini paling dekat kat Shah Alam tapi tak pernah pun pergi lagi sebab rasa jauh pula.
Tunggu buka kat Setia Alam atau Puncak Alam.
Sampai sekarang ramainya ke sana membeli belah Ibo.. kita lom pergi lagi
DeleteKalau dowm ct jb bolehlah singgah.
ReplyDeleteYup, bolehlah singgah, banyak barang murah murah...
DeleteDah lama tak masuk ST Rosyam Mart tambah2 dapur tak berasap kan.
ReplyDeleteKannn, kalau takde dapo macam mana nak ada asap hahaha
DeleteTahniah orang JB. Best nya kalau masuk Kuantan
ReplyDeleteTak lama lagi mesti ada tu Maaa
Deletesemakin melebar sayap nampaknya tu! yg kat kl ni pun MZ tak pernah singgah lagi hahahah
ReplyDeleteLin pun belum singgah lagi sini haaa...
Delete