Baru-baru ini, Sis berpeluang pergi makan bufet makan malam di Renaissance Johor Bahru Hotel bertemakan REN Festive Dinner Buffet bersama kawan-kawan media yang lain. REN Festive Dinner Buffet ini berlangsung dari Oktober hingga Disember 2026. Awal-awal dah terbayang akan banyaknya menu dan sedapnyaa makanan dia.
Menariknya, buffet makan malam ini menawarkan pelbagai pilihan hidangan antarabangsa yang pastinya membuka selera. Kebetulan banyak perayaan sedang berlangsung pada bulan November, dan Disember ni, jadi inilah masanya korang boleh keluar bawa keluarga makan di sini. Antara sajian yang boleh dinikmati termasuklah quesadillas dan burritos yang menyelerakan, Char Hor Fun yang disediakan segar, murtabak autentik serta ikan siakap bakar yang cukup menggoda selera.
Bukan itu sahaja, terdapat juga pelbagai pilihan hidangan masakan Melayu, Cina, India juga masakan dari kuali panas yang boleh dinikmati mengikut citarasa masing-masing. Tak lupa juga untuk penggemar pencuci mulut, jangan lupa untuk mencuba aneka pilihan dessert antarabangsa yang turut disediakan. Memang kena simpan sedikit ruang untuk bahagian pencuci mulut ini!.
Apa yang menarik tentang bufet ini ialah peluang untuk menikmati pelbagai jenis makanan dalam satu masa dalam satu harga. Sis kalau makan di sini, pasti akan puas makan Udang Galah Goreng, Seafood on Ice, aneka Salad dan Kerabu. Tak kisahlah sama ada korang suka makan atau tidak, tapi bila lihat hampir lebih 300 menu tersedia, takkan laa nak tengok aja kan hihihi..
Kadangkala, perkara paling menggembirakan bukan sekadar makanan yang terhidang di atas meja, tetapi juga peluang untuk berkumpul, berbual dan menikmati masa bersama. Bagi Sis, bukanlah nak makan sangat, tapi lebih kepada menikmati waktu bersama sambil kongsi pendapat dengan apa yang kita makan.
Bagi Sis, REN Festive Dinner Buffet merupakan satu pilihan menarik buat mereka yang ingin menikmati makan malam dengan pelbagai pilihan sajian antarabangsa. Sedap atau tidak, terpulang pada tekak memasing. Sedap tu kan subjektif, tak semua sedap di tekak kita, sedap juga pada orang lain. Dengan menu tersedia, berbaloi juga dengan harganya.
Buat korang yang suka mencuba pengalaman makan-makan di hotel, bolehlah masukkan REN Festive Dinner Buffet ini dalam senarai tempat makan best di Johor! Pada yang berminat untuk menikmati REN Festive Dinner Buffet di Café BLD, boleh buat tempahan meja sekarang.
Buat korang yang suka mencuba pengalaman makan-makan di hotel, bolehlah masukkan REN Festive Dinner Buffet ini dalam senarai tempat makan best di Johor! Pada yang berminat untuk menikmati REN Festive Dinner Buffet di Café BLD, boleh buat tempahan meja sekarang.
Lebih banyak gambar menu : facebook pages akusislin
IG REEL video : akusislin
TikTok video : @akusislin
REN Festive Dinner Buffet
Café BLD, Renaissance Johor Bahru Hotel
2, Jalan Permas 11,
Bandar Baru Permas Jaya,
81750 Masai, Johor.
Tarikh: Oktober, November dan Disember 2026
Hari: Setiap Jumaat dan Sabtu
Masa: 6.30 petang hingga 10.00 malam
Harga:
Dewasa: RM188 nett seorang
Kanak-kanak (6–12 tahun): RM94 nett seorang
Untuk tempahan dan pertanyaan:
WhatsApp: https://wa.me/60177713327
Promosi dan tempahan: https://bit.ly/7RoomsCafeBLDOffers
Laman web: www.cafebld.com
Telefon: 07-381 3322
REN Festive Dinner Buffet
Café BLD, Renaissance Johor Bahru Hotel
2, Jalan Permas 11,
Bandar Baru Permas Jaya,
81750 Masai, Johor.
Tarikh: Oktober, November dan Disember 2026
Hari: Setiap Jumaat dan Sabtu
Masa: 6.30 petang hingga 10.00 malam
Harga:
Dewasa: RM188 nett seorang
Kanak-kanak (6–12 tahun): RM94 nett seorang
Untuk tempahan dan pertanyaan:
WhatsApp: https://wa.me/60177713327
Promosi dan tempahan: https://bit.ly/7RoomsCafeBLDOffers
Laman web: www.cafebld.com
Telefon: 07-381 3322
P/S : Tak lama lagi dah mulalah promo preview bufet Ramadan pulak ...











Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.