SAMBAL KACANG SOTONG KEMBANG RESEPI CHE NOM

Sis Lin
2
SAMBAL KACANG SOTONG KEMBANG RESEPI CHE NOM | RASANYA agak lama tak masak guna resepi Che Nom, maklumlah sekarang masak main campak-campak jerr, dah lama tak masak secara proper guna bahan yang betul ikut resepi, so harini ada sikit rajin, dan kebetulan semalam Suami balik bawa segala 'binatang' dan Sis nampak ada sotong kembang, terus masuk kepala nak masak Sambal Kacang Sotong Kembang

Belek-belek google resepi, terjumpa sambal kacang sotong resepi Che Nom ni, baca bahan-bahan, semua ada dalam aisbox, so apalagi kita guna aja laa resepi Che Nom ni. Sis suka ikut resepi Che Nom ni, sebab resepi dia bahan pun mudah, dan bila cuba pasti menjadi.. 

Masa menaip resepi ni di blog, dalam kuali ada Daging Masak Lada Hitam hehehe.. kemain ekk banyak masak harini, bukannya apa, permintaan anak Sis tu si bujang teringin nak makan daging, dia kata tak kisah daging masak apa, so Sis masak aja Daging Masak Black Pepper untuk dia. Resepi Che Nom juga hahahaha.. 

Sambal Kacang Sotong Kembang Resepi Che Nom

Resepi Sambal Kacang Sotong Kembang

Bahan-bahan:
  • 2 ekor sotong kembang
  • segenggam kacang tanah
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 biji bawang besar, hiris nipis (Sis kisar)
  • 2 senduk minyak masak
  • 1/2 cawan air asam jawa (boleh digantikan dengan 2 asam keping)
  • garam dan gula secukup rasa

Bahan untuk kisar halus:
  • 20 biji cili kering, buang biji dan direbus terlebih dahulu
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 7-8 biji bawang merah
  • 1 inci halia

Sambal Kacang Sotong Kembang Resepi Che Nom

Cara Penyediaan:
  • Goreng kacang tanpa minyak (sangai) dan buang kulitnya. Kemudian kisar kasar dan ketepikan.
  • Bersihkan sotong kembang dan bilas sedikit bersama limau nipis atau air asam jawa untuk mengelak dari rasa hanyir. Kemudian hiris sotong kembang mengikut kesukaan masing-masing.
  • Panaskan air sehingga mendidih dan rebus sotong kembang selama lebih kurang seminit. Kemudian toskan airnya.
  • Panaskan minyak dan tumis bawang besar yang dihiris nipis sehingga kekuningan.
  • Masukkan pula bahan kisar halus dan masak di atas api perlahan sehingga pecah minyak.
  • Masukkan sotong kembang, kacang kisar dan sos tiram. Masak sehingga kuah pekat dan perasakan bersama garam dan gula secukup rasa.

Tip:
Goreng kacang tanpa minyak (sangai) agak mengambil masa yang panjang. Jika korang tidak mempunyai masa, terus goreng kacang tanah di dalam minyak panas, buang kulit dan kisar kasar. Hati-hati kerana kacang cepat hangus jika digoreng di dalam minyak panas.


P/S : Tengah fikir, raya haji nanti nak masak menu apa ekk .... 

Post a Comment

2Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!