ASAM PEDAS AIR TANGAN SIS LIN. Tak tau nak letak tajuk apa dan tak tau nak masukkan gambar masak dengan tajuk apa. Sebab hari-hari masak, cuma jarang dah nak up kat blog. Now Sis banyak kumpul jer gambar then masuk bebanyak semua sekali dalam facebook.
Kalau nak update sini masakan Sis, hari-hari nak up, mau jadi blog masakan pulak, so sesekali up masakan kat blog Sis ni okayy laa kot, Blog Sis lebih kepada niche lifestyle. Koleksi menu-menu masakan air tangan Sis, semua Sis dalam facebook aja, siapa friend dengan Sis, boleh laa nengok sana aja yer.
Acc Lemon8 Sis pun lama tak update adeii.. situ semua masakan Sis, Sis update..
Harini nak masukkan, koleksi menu asam pedas air tangan Sis Lin. Yo laaa air tangan Sis Lin, takkan air tangan jiran pulak kan hahahaha.. Jujurnya dulu masa awal kahwin, Sis langsung tak pandai masak asam pedas. Pernah dua tiga kali cuba sendiri tapi tak menjadi.
Kemudian rajin pergi rumah Emak, tengok satu persatu resepi dan cara Mak masak, bila cuba masak, okayylah bolehlah makan, ada rasa asam pedas tapi tetap tak menjadi sangat rasa asam pedas tu macam Mak masak dan sendiri tak puashati, sampailah akhirnya, Suami Sis sendiri yang ajar masak asam pedasnya.
Berulang-ulang buat dengan penuh keyakinan, akhirnya, menjadi laa asam pedas Sis yang pekat kuahnya, cukup masam, cukup pedas, dan lengkap segala rasa, alhamdulilah. Now boleh di katakan 'pro' laaa kalau di suruh masak, sampaikan adik-adik pun kalau datang minta masak asam pedas, hihihi..
Mula dulu belajar asam pedas, Mak ajar asam pedas ayam, daun kesum kena lebih, baru sedap. Resepi Mak takde guna bunga kantan ke, tomato ke, serai ke, hanya bahan tumisan lada, bawang merah, halia, bawang putih, kunyit hidup, asam jawa dan lada hitam sahaja. Tapi Sis sendiri derhaka resepi, kadang masak letak tomato, bunga kantan dan serai hihihi..
Lain orang lain caranya, tapi macam mana cara dan resepinya, tetap asam pedas. Cuma asam pedas Melaka aja yang guna daun limau purut... tapi orang Johor atau tempat lain pun sekarang, dah banyaklah guna daun limau purut. Sis guna kalau dalam keadaan terdesakk aja, kalau ada daun kesum, memang guna kesum aja.
Sebab tu Suami agak cerewet makan asam pedas kat luar sebab dah biasa dengan kesedapan asam pedas air tangan Bininya hahahahaha... siapa pernah makan asam pedas air tangan Sis Lin?
So korang macam mana? Sama cara atau lain pula cara dan resepinya?
P/S : Rindu masakan arwah Emak :((






Honestly ako bukan peminat asam pedas.. even arwah mak ako suka masak pun ako x makan sbb x tau nk explain rasa masam tu hahah...
ReplyDelete1st tine Ako makan asam pedas ayam kot ako jadi suka sbb isinnya ayam bkn ikan🤣🤣 then sikit² ako bole adapt laa asam pedas ni cuma bila ikan tu pun ako milih gak ikan apa n kuahnya kena btul² pekat dan pedas😅😜
Nasib baik asam.pedas ko masih menepati tekak ako haha sbb tu bole telan kalau ko masak 🤣🤣
Alhamdulilah.. asam pedas ayam tu tak semua orang boleh terima, rasa eplik ayam masak asam pedas.. tapi menantu aku yang tak suka, now dah jadi kesukaan hehehehe..
DeleteAda rezeki datang JB aku masakkan untuk ko okayyy
tk pernah masak asam pedas sbb bkn kegemaran ...husband suka juga tp yg masaknya MIL la
ReplyDeleteOoo ada juga yang tak suka asam pedas ea...
DeleteCie baru beberapa tahun ni pandai masak asam pedas. Sebelum ni tak masak sebab tak suka sangat. Bila takde idea nak masak apa saja cuba masak asam pedas, sedap rupanya.
ReplyDeleteOoo asam pedas ni kena selalu masak, baru akan pandai masaknya.. janji bahan cukup, tentu sedap asam pedasnya
DeleteSaya pun suka asam pedas, ayam atau ikan ku telan jua.. memasak pun pandai macam sis Lin.. hahahaaa
ReplyDeleteHahahaha kita ni masak campak-campak jerr, janji jadi dan sedap di makan kannn
DeleteTengok pun tahu sedap tu sis...
ReplyDeleteOh baru tahu asam pedas Melaka yg letak daun limau purut. Sbb jiran PH suaminya orang Melaka, dia bgtau sedap letak daun limau purut.
Yaa PH, asam pedas Melaka guna daun limau purut, susah nak jumpa ada daun kesum..
DeleteSaya suka asam pedas bubuh daun limau purut selain daun kesum dan bunga kantan.
ReplyDeleteOoo itulah kan amie, selera memasing..
DeleteSaya sama dgn Kak Ret 🙋🏻♀️ mula2 tak minat asam pedas tapi pernah sekali ex-boss masa kerja Senai Airport dulu masakkan asam pedas (ex-boss tu lelaki Cina keturunan baba nyonya). Bila makan asam pedas dia masak, tetiba suka pulak asam pedas 😅 Tapi asam pedas ni makan bila teringin je. Jun tak suka sgt asam pedas jadi jarang2 la masak asam pedas.
ReplyDeleteOoo itu Sis faham, sebab orang Borneo memang jarang masak menu asam pedas kan, macam Sunah juga kata.. next time ada rezeki, boleh rasa asam pedas Sis Lin hehehehe
DeleteKiranya Sis Lin guna resipi suami dan praktis selalu maka menjadi ya?
ReplyDeleteYaaa betul, berkali-kali cuba yang Suami ajar, barulah menjadi hehehehe
Delete