BELI IKAN SEGAR DI IKAN RACUN JB ULU TIRAM JOHOR!. Hujung minggu hari dating Sis dengan Suami. Tak kisahlah keluar kemana pun, samaada Sabtu atau Ahad, kami berdua akan ke Pasar mencari lauk basah. Kalau tak ke Pasar Kipmart, kami jauh-jauh pergi ke Pungai cari ikan segar. Dan ada masanya kami ke Pontian, ada rezeki dapatlah ikan yang kami cari.
Paling kerapnya, Sis beli online di TikTok aja. Pun segar-segar ikannya. Lock time live, malam ikannya dah sampai depan rumah. Cuma kita takde pilihan laa nak pilih. JB Ikan Frozen tu selalu buat jualan combo, so dalam combo tu apa ikan yang ada, terpaksalah kita amik, tapi puashati, ikannya segar dan harga pun murah.
Semalam pagi, sebelum keluar sarapan, Suami ajak ke Ulu Tiram, katanya nak singgah tengok Ikan Racun JB orang jual ikan. Nampak kat TikTok kedainya buat live jual ikan, nampak macam ikannya segar-segar dan banyak jenis, so kami berdua pergi cari guna waze, alhamdulilah sampai tempat yang di tuju.
Masa kami sampai, ikannya baru nak di susun-susun baru keluar kotak. Memang segar-segar ikannya. Suami dah 'aim' ikan pari tu sekor besar, Parinya baru nak di potong Sis pulak geramkan seafood-seafood dia, ishhhh memang tak sabar nak memilih ikan. Bila Suami kata pilih jerr mana nak, apalagi, macam tak cukup tangan ekkkk nak amik hahahahaha..
Siap aja ikan pari tu di potong, Suami terus pilih amik 4 batang. Suami kata pari tu kurang sikit sedap dan harganya murah sikit. Sis lupalah nama apa parinya. Rupanya pari ni banyak jenis, yang penting isinya tu lapis nipis, kalau lapis tebal, masa masak dan makan nanti sedikit keras, tak sedap.
Sis pula pilih udang galah sekilo (sekilo rm38), udang harimau sekilo (sekilo rm38), sotong katak 2 ekor besar, ikan daun baharu, ikan kerisi, ikan duri, ikan senangin dan juga amik ayam 2 ekor. Cukuplah untuk lauk-pauk seminggu atau dua minggu untuk makan.
Sejak anak sulung tu duduk rumah Sis, so meriahlah sikit masaknya.
Okaylah beli ikan sini, banyak pilihan dan ikannya segar. Yang bestnya, lepas pilih, bayar dan ikannya boleh di potong dan di bersihkan tahinya, so senang, balik dah tinggal cuci dan simpan. Tak kisah ikan kecik ke ikan besar ke, semua boleh di bersihkan.
Yang terujanya Sis, kat sini ada jual Oyster, Sis lupa amik gambarnya sebab masa tu ada beberapa orang cina dah kerumun depan Oyster dekat depan kaunter dia. Derang beli sebakul penuh okayy.. Sis dengar-dengar juga mereka bercakap, katanya oyster tu nak buat masak sup. Sup? Sup apa ekk ermmm..
Semua belanja ikan kami semalam, habis RM180 juga, tapi puashati laaa.. macam-macam jenis, ikan segar dan dah siap bersih tahinya hihihihi.. korang kalau nak pergi, boleh laa yaa.. pergi pepagi, ikan semua baru sampai.
Ikan Racun JB
Hari ISNIN TUTUP
Buka dari jam 8am - 3pm
P/S : Harini nak masak sambal sotong katak ... dapnyaaaaa







Bestnya jalan² cari ikan.
ReplyDelete