Tuesday, April 03, 2018

MEE BANDUNG UDANG TANJUNG LANGSAT

BY Sis Lin IN , 20 comments

Assalamualaikum wbt..


Ini kali pertama Hakak di bawa incik Suami makan di sini. Biasa Hakak kalau nak makan Mee Bandung Udang, incik Suami akan bawa ke Pontian Sungai Rambah, sama juga Mee Bandung cuma bezanya yang di sini guna udang biasa, kalau di Pontian tu udang galah. Tapi sebab incik suami kebetulan ada kerja area sana, so kita cubalah makan kat sini.

Alamat penuh Hakak tak tahu, cuma bole Hakak bagi sikit panduan jalan ke sana je laa ye.
Kalau dari hghway Pasir Gudang menuju ke Pelabuhan Johor, korang ikut je papan tanda menuju ke Tanjung Langsat. Sampai di penghujung jalan tu simpang tiga, korang belok kiri, jalan terus menuju ke dalam jalan kampung tu kira-kira 3km. Dan akan jumpa satu simpang selekoh, korang belok ke Kanan, jalan terus dan sepanjang jalan tu akan korang nampak kedai makan Selera Tanjung Mee Bandung Udang ni. 
Deret-deret sepanjang jalan tu pun banyak kedai makan seafood, korang pilih la mana korang nak masuk makan. Semua kedai makannya atas air. 




Suasana tempatnya memang best, berangin sebab atas air, tempat pemancing semua naik bot menuju ke rakit tengah tu memancing. So sempoi santai le kalau makan kat sana. 




Kebetulan hari yang Hakak datang tu air surut plak, kalau tak best juga la dengar ombak-ombak waktu makan kata incik suami. Surut habis air laut tu. Nasib baik takde bau yang tak menyenangkan hehehe.




Menu dia ada macam-macam selain Mee Bandung Udang ni. Ikutlah selera korang nak makan apa. Macam Hakak memang nak makan Mee Bandung Udang ni, so Hakak order Mee Bandung Udang Extra, kata incik suami, Extra tu udangnya lebih dan udangnya besau, tapi harga extra la ye..hehehe dan FREE jus buah.
Servis pun cepat, takde menunggu lama tunggu makanan sampai. Rata-rata Hakak tengok memang semua pelanggan makan Mee Bandung Udang ni. 

Cuba tengok gambar tu, penuhkan udangnya, besar-besar dan bila makan memang terasa fresh udangnya. Hakak kira ada dalam 6 ekor udang besar. Puashatilah makan!.
Incik suami Hakak makan nasi putih, tomyam seafood dan telur dadar, pun katanya tomyamnya sedap, udang pun banyak dan fresh. Hakak rasa tomyamnya pun sedap.

Kira bole repeat makan lagi lepas ni dan bole rekmen dengan kawan-kawan. Harga pun tak mahal, berbaloi le dengan rasanya. Tempat pun cantik pemandangan sekeliling. Kalau nasib baik macam Hakak haritu, dapat le tengok kapal terbang, terbang rendah di atas, hehehe bukan jakun tapi dah kebetulan jer..

So korang bolelah cuba ye. Panduan jalan tu korang ikutlah, kalau agak keliru tak jumpa, korang tanyalah orang. Malu beranya sesat jalan ok.







P/S: Terbayang-bayang Mee Bandung Udang Galah kat Pontian plak, jom incik suami!! hohohoho..


20 comments:

  1. aduihh... sedapnya... udang penuh mangkuk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann @sheila kann..sekali dah cuba mau lagi hehehe

      Delete
  2. Tengok time2 ni haaaa....aduhaiiii.....lapar perut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe nasib bukan bulan puasa @Amanda hehehe

      Delete
  3. Replies
    1. Hahahaha @Hernee jom nanti buat rombongan MakCik bawang kesana hehehe

      Delete
  4. ni melawan udang Mak Inche ni, hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah Kak @Seri yg ni udang tak melaukau beso macam udang dia huhuhu dan ni udang jinak hahahaha

      Delete
  5. Replies
    1. Iyeee @Julia penuh semangkuk dan extra besauuu hehehe

      Delete
  6. Replies
    1. Kekeke dah dekat beno dah tu @SitiRohaida , bolehlah pergi nanti hehehe

      Delete
  7. Lusa qaseh nak p johor ni , jauh tak dari Danga Bay hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg ni jauh @Qaseh, hujung ke hujung camtu..hehehe Kalau Danga tu tengah antara Legoland gan Tanjung Langsat ni ...

      Delete
  8. perghhh melihat udang ituuu rasa macammmmm... tergigit jari jemari ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe @MisDiarios apalagi jom serbuu!

      Delete
  9. Sedapnya nampak mee udang tu... tapi jauh pula nak ke sana... memang favourite ni !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe takpe ada rezki bole mai singgah @CikRose ...

      Delete
  10. Why, why, why benda2 enak seafood ni banyak kt Johor ni?? Nak kawen dgn orang Johor lah camni!! Hahahah.. Thanks sis Lin for sharing <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheheh @Aqma nnti mai le JB, Sis bawak pi sana hehehe ..

      Delete

Terima kasih sudi singgah membaca dan beri ulasan/komen..
Sebarang cadangan dan pendapat anda, amat di alu-alukan....
TQ..