KEMPEN 'SAY NO TO STRAWS'

Sis Lin
4
KEMPEN 'SAY NO TO STRAWS' | Sebelum ini kempen 'No Bag Plastic' telah di lancarkan dan masih lagi berkempen hingga sekarang, tapi macam biasa tak berapa nak peduli sebab belum nampak kesan buruk akibat pengunaan beg plastik. Menurut kajian yang dibuat oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, rakyat Malaysia menghasilkan lebih dari 19,000 tan sisa pepejal setiap tahun dan 24% daripadanya adalah plastik. Penggunaan lastik secara tidak terkawal boleh mendatangkan kemudaratan kepada alam sekitar . 

Di Selangor dan Melaka, penggunaan beg plastik di pasaraya telah pun dihentikan sejak tahun lalu .
Tahukan anda, plastik mengambil masa selama 100-500 tahun untuk lupus secara semulajadi. Secara langsung, plastik sebenarnya merupakan ancaman kepada alam sekitar.Oleh itu, pihak yang sedar mula berusaha mencari solusi dengan melancarkan kempen seperti Hari Tanpa Beg Plastik (HTBP), tapi sayangnya masih lagi kurang mendapat sambutan. 

Dan untuk kali ini, pihak bertanggungjawab akan melancarkan hari Kempen “Says No to Straws”

Gambar sumber VitDaily

Terbaru, syarikat makanan segera McDonald’s merupakan syarikat pertama di Malaysia yang akan menghentikan penggunakan penyedut minuman plastik di rangkaian restoran mereka .
Walaupun kempen tersebut masih belum bermula, namun papan tanda kempen sudah pun dipamerkan di sesetengah cawangan untuk memberitahu tiada penyedut minuman akan disediakan. Namun pelanggan boleh meminta terus daripada kaunter .

Kempen “Says No to Straws” itu bakal dilancarkan pada 1 Ogos depan

Jadi lepas ni, kita elak-elakkanlah dari penggunaan bahan plastik berlebihan ya. Siapa lagi nak bantu bumi kita kalau bukan kita kan? 


Sumber asal : Farizan VitDaily 






P/S: Nampak mcD tu, alahaii terbayang plak mexican burger baru dan aiskrim strawberi choc yang baru tu hahaha..jommlaa ke mcD hahahaha


Tags

Post a Comment

4Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Wah bagus la kempen ni, semoga alam sekitar kita lebih selamat dan bebas pencemaran...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn @Zumal, selepas ni KFC pula katanya nak buat kempen penutup cawan, tapi tak taulah ye atau tidak..

      Delete
  2. habis tue nak isap air pakai apa? huk huk huk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Balik bari minum @Shaizhar..
      Dan lagi satu, kalau betul nak guna, kena minta baru dia bagi..

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!