PERCUTIAN 4 HARI 3 MALAM KE PULAU BELITUNG - HARI PERTAMA

Sis Lin
34
PERCUTIAN 4 HARI 3 MALAM KE PULAU BELITUNG - HARI PERTAMA | Sebelum tu nak tanya dulu, korang tau tak di mana Pulau Belitung tu? Mesti tertanya-tanya kan? Yaa sama juga macam Sis, bila kali pertama blogger Izzati kata ada #FAMmediatrip ke Pulau Belitung. Sis siap google di mana Pulau Belitung ni hahaha. Okay, Pulau Belitung terletak di antara kepulauan Jawa dan Sumatra Indonesia, dan merupakan sebuah provinsi Bangka-Belitung. Belitung atau Belitong adalah merupakan salah satu nama untuk "Siput Laut". Pulau ini menyerupai kepala manusia. Terdapat sebuah lagenda yang mengatakan pulau ini adalah merupakan sebuah bahagian utara Pulau Bali yang terputus dan hanyut di bahagian utara dan terjadinya Pulau Belitung ini.

Dan Pulau Belitung terkenal dari Filem Laskar Pelangi tahun 2009 dan kemudian terus ke drama melayu Kekasih Paksa Rela baru-baru ini lakonan Remy Ishak. Sis tengok juga drama tu, cuma tak tau rupanya pengambarannya di Pulau Belitung. Jadi bertambah teruja la bila kata nak pergi sana kan. Apa-apa pun terima kasih pada MTN Getaways yang telah terbangkan kami semua ke Pulau Belitung selama 4 hari 3 malam. 

Untuk makluman semua, jika hendak ke Pulau Belitung, buat masa ini hanya ada satu penerbangan sahaja (Garuda Airline) dari Singapura ke Belitung (Tanjung Pandan Airport). Jadi kalau macam Sis yang menetap di Johor Bahru, kira negara berjiran aje la. Dekat  je kiranya, tapi banyak laluan nak ke lalu tu . Sis mulakan perjalanan (seorang) pagi Ahad 18/11 tu dalam jam 9am, anak Sis hantarkan ke Larkin Sentral, mulanya ingat nak cari 'Pak Wan Chah' (satu kereta, pajak 2/3 orang, bayar ikut kepala), tapi bila sampai Larkin, sana sini tanya, seorang pakcik tu kata dah takde, siap cakap salah tu dari segi undang-undang, nanti boleh kena tangkap ermm okaylah so plan kedua naik bas aje! 

Sambil jalan terfikir, aiyoo patut pakcik tu kata takde, sengal Sis ko tanya dengan pemandu teksi hahahaha memanglah dia kata takde, dia suruh naik teksi dia, bila tanya harga 50SGD, mahai nak kojol, duit Malaysia dah jadi rm150 oiii, semata sejengkal nak sampai Singapura..pengsannn..*benggong ko Sis hahahaha.


Ermm tak payah le bayar memahai tu oii, sayang duit, baik kita naik bas aje. Kalau korang sampai Larkin, korang terus ke pintu departure nak naik bas bahagian dalam tu, nanti korang tanya pakcik yang jaga pintu tu, bagitau dia nak ke Singapura bas express. Nanti pakcik tu bawa dan tunjuk korang basnya, haa korang naiklah bas tu, bayar rm3.30 jerrrrr...berbaloi gile!

Perjalanan adalah dalam setengah jalan kalau tak jem dari Larkin Sentral ke CIQ Johor. Bila dah sampai CIQ, semua kena turun, bawa bag semua ya, untuk cop pasport Malaysia masuk Singapura. Bag semua kena scan. Selepas dah settle semua, korang turun ikut laluan ke bawah, alaa masa ni nanti ramai aje yang memang ikut jalan yang sama, korang follow je tapi pastikan laluan betul untuk korang ke tempat bas. Yang ni Sis nak highlightkan, TIKET hijau dalam gambar tu korang JANGAN BUANG selepas cop pasport di CIQ korang kena naik bas tu semula untuk ke Imigresen Singapura pulak untuk urusan cop pasport lagi. Kalau hilang korang kena beli lagi tiketnya. 
Beli kat mana? Sebelum naik tu nanti dia ada jual tiket. 


Sampai aje di Imigresen Singapura dan selesai semua urusan cop pasport, Korang jangan susahkan diri, nak kejarkan lagi bas tadi, kalau ikutkan kenalah kejar, untuk korang exchange pulak naik MRT ke Changi, tapi Sis tak laratlah nak heret bag semua, turun naik bas dan MRT nak ke Changi, makanya selepas aje turun ke bawah, korang jalan terus menuju tempat bas-bas express tu, nanti korang tanya abang-abang kat situ, bagitau nak naik express terus ke Changi, haaa nanti dia bagitau platform berapa. dan kalau dah ada basnya korang teruslah naik.
Yang ini serius cakap, Sis redah je bertanya, alhamdulilah Allah permudahkan. 

 Yerr, dah takde heret bag dah, memang basnya sampai terus ke Changi, nanti dia tanya terminal berapa nak turun, so takdelah korang nak susah payah heret bag naik MRT segala kan. Bayar cuma rm10 ajeee. Yeee guna duit Malaysia. Masa perjalanan dari Imigresen Singapura ke Changi dalam 1jam Sis tanya, bolehlah korang nikmati pemandangan bandar Singapura hehehe. 


Alhamdulilah akhirnya sampai juga ke Changi Airport, pestime sampai Changi, syukur Allah permudahkan semuanya. Macam tak percaya ko redah sengsorang hahaha. Suami asyiklah mesej dan call tanya, risau benar dia. Kira awal juga Sis sampai, dalam jam 12pm kot dah sampai, hehehehe. Takpe janji dah selamat sampai, dah legaaa. Geng-geng trip lain dari KL ada gak dah sampai tapi mereka meronda bandar Singapura. Sementara menunggu Tatie, Sis mereputlah duduk lepak kat Old Town sambil berwifi, nasib airport dia wifi laju ko. Kalau tak keras mak ko hahaha. 
Arahan yang di beri, kena berkumpul jam 2pm di row 5 door 4 untuk check in bag. flight jam 5.30pm hehehe . 


Tunggu punya tunggu, sorang demi seorang dah sampai, maka sudah tiba masanya untuk kami semua berangkat, eh belum lagi..masa untuk check in bag je hahaha. Dah masuk bag dah senang nak merayap dalam tu, kalau tak ke hulu ke hilir dengan bag besau tu kan hahaha. Sis fikir Sis punya yang besar, sekali Tatie punya lagi besar hahaha. :p

Garuda luggage, dia bagi berat bag 30kg hahaha, makanya selagi boleh sumbat, engko sumbatlah ye. Perginya pun 4 hari 3 malam, macam-macam nak bawak oi, kalau boleh lemari rumah tu pun Sis ko nak bawak hahahaha. dasatt kannn... :p


Dan inilah team Group 3 Sis untuk trip ni, yang di ketuai oleh Incik Danial (paling tinggi tu ha) dari Kaki Travel Net. Dan juga Intrend, Harian Metro dan adik-adik jelita instafamous. Selama 4 hari kami ke sana sini dalam satu van dan juga satu bot. Macam-macam cerita, karenah dan juga lawak keluar semua hahahaha. Manis sangat kenangan tu. 4 hari rasa sekejap sangat. Semua sporting habis. 


Okay selepas dah settle semua check in bag, ada masa lagi sebelum boarding, so kitaorang semua pusing-pusing dan sambil basahkan tekak jap, masuk 7E, alaa takat beli air dan jajan aje, dan singgah juga ke taman rama-rama kat tingkat atas tu. Best betul Changi Airport ni, semua ada, teruja kejap, rasa tak puas nak jelajah Airport dia. Next time bolehla sesaja datang sini jalan-jalan hehehe. Ada sapa-sapa nak ikut hahaha. 


Tiba masa untuk terbang, berdebar sekejap. Tapi wat relax aje hahaha. Dari terminal menunggu tu, korang akan naik shuttle untuk ke lapangan kapalnya. Jauh juga perjalanan tu. Dan buat pengetahuan korang, Garuda Airlines yang kita naik ni jenis Bombardier CRJ1000, dah macam naik jet, comel aja. Tapi dia bukan macam ATR Firefly atau Malindo tu, walaupun kecil tapi selesa sangat. Krew cabin dia semua mesra alam, senyum memanjang. 


Haa nampak? 2 + 2 aje sear dia, comel bagi orang yang comel, yang terlebih comel jangan risau, still masih comel juga kalau duduk kursinya hehehe. Selesa sangat berada dalam kapalnya, nampak kecik, tapi keadaan masih lagi boleh di kawal ketika keluar dan masuk. Cuma kalau nak bangun tu hati-hati ya, nanti terhantuk kepalanya di atas tu, Sis ko bagitau sebab dah terkena hahahaha. 


Bye bye Malaysia.Bye bye Suami, bye bye anak-anak..nak jugaaa bye bye hahahaha. 
Sis ko jenis sangat suka lihat langit dan awan, makanya bila dapat naik kapal terbang, satu keterujaan di situ, bila nampak langit dan awan yang sangat cantik. Tak terkata nak kata rasanya. Anak-anak dan Suami memang jenis fahamlah, emaknya nampak je awan nak amik gambar, nampak je langit nak bergambar hahahah. 
Sambil tengok langit tu, jangan lupa baca doa berzikir bebanyak, ngeri tu ada juga oii..selagi tak jejak tanah huhuhu.


Yang bestnya dan tak terfikir langsung, rupanya Garuda ni ada bagi makanan dan air, oo macam naik MAS la, bagus! Jadi mana tak sempat makan sebelum berangkat tu, dapatlah isi perut, buat geli-geli. hehehe. Ada juga air panas atau pun air sejuk (air epal mesti korang selalu minta kan hahahaha), Sis biasalah air kopiO tetap menjadi pujaan hatiku hahahaha.  


Alhamdulilah setelah hampir satu jam perjalanan, akhirnya sampai juga ke lapangan terbang Tanjung Pandan, Belitung Island. Perjalanan semuanya berjalan baik dan lancar, goyang-goyang tu biasalah. Lepas turun tu, kenalah check pasport imigresen Indonesia dulu, mana tadi muka yang tido dalam kapal ke, sila fresh-freshkan sikit muka tu, banyakkan senyuman, kang kastam tu tengok muka ko toyee, lain macam je macam mabuk ketum, ada kang kena banyak soal hahaha


Kalau ikut trip by group ni, haa korang kena ingat nama ketua korang, sebab masa keluar aje dari airportnya, terus guide tour tu semua pegang namanya ketua. So korang ikutlah guide tours tu ya, dia akan tunjuk kenderaan mana yang korang akan naik. Bag-bag semua mereka akan kumpulkan dalam satu tempat dan mereka akan bawa terus ke Resort. So jangan risau dah bag tu. 
*Kanan sekali tu adalah guide tours kami. Pak Daddy


Inilah kenderan kami selama 4 hari 3 malam di Belitung. Berhawa dingin, selesa dan guide tournya sangat ramah, terlebih ramah hahaha. Kena pulak dengan makcik dan kakak-kakak onion ni, bertambah riuh dalam van tu, adik-adik kat belakang tumpang gelak aje laa. 
Dah settle semua, kami semua di bawa pergi makan malam di Resto Wan Bie . Masing-masing dah kelaparan. 


Inilah dia restorannya. Berstatus halal dan menu dia kalau bagi tekak Sis, semuanya sedap! Mungkin Sis ni pemakan orangnya, batu dan kayu pun kalau di masak rendang pun sedap hahahaha *tu kata Suami hahahaha. 


Woww menarikkan. Ini namanya Makan Bedulang. 
Makan bedulang merupakan cara makan tradisional yang menu makanannya diletakkan di atas wadah besi berbentuk bulat atau yang dikenal dengan dulang. Dulang yang diisi dengan berbagai lauk pauk khas Belitung dan juga nasi.


Menu makan bedulang yang disajikan adalah sambal serai, ayam ketumbar, oseng oseng, ikan pindang, sate ikan kukus, dan juga lalapan. 
Semua sedap, Sis banyak makan ikan singgang tu ha. Menurut kata Pak Daddy, Belitung makanan utamanya ikan, kalau ayam kira setahun sekali macam tu makan ayam. Daging juga. Jadi Belitung kaya dengan menu ikan. 

Dari segi air pula, di Belitung takde di beri air manis-manis ya, semua di sajikan air mineral dan air teh padang tanpa gula tu haaa. Mana-mana kedai makan pun. Bagus kann, jaga kesihatan. Kalau korang ikut trip, nak minum air manis boleh, tapi korang bayar sendiri ya, tidak termasuk dalam pakej . 


Setelah semuanya sudah kenyang, kami terus di bawa ke tempat penginapan kami di Green Tropical Village (GTV). Yang GTV ni nanti cerita kemudian ya. 
Masa ni korang amiklah bag memasing sambil tunggu kunci bilik memasing. 
Resort dia sangat cantik! Tu je nak cakap dulu hehehe nanti Sis cerita entri lain. 


Bila dan dapat kunci, maka masa untuk check in dan berehat. Esok kena bangun awal jelajah bumi Belitung. Hari pertama ni penat sangat tu tidaklah tapi kekenyangan makan malam hahahaha. 

Terima kasih MTN Getaways untuk hari pertama ini  :)
Okay sampai sini dulu, nanti sambung lagi untuk hari kedua pulak ya. 
Di bawah ni Sis ringkaskan serba sedikit perjalan dan cara bagaimana dari JB ke Changi Airport. 


From Larkin Sentral
- Naik Bas express dari Larkin ke Singapura rm3.30 *TIKET hijau tu simpan!
- Turun di CIQ Johor untuk cop pasport, bawa bag semua turun dari bas.
- Selesai semua, turun ke area bawah, cari dan naik semula bas yang tadi dengan menggunakan tiket hijau tu. Kalau hilang, kena beli lagi. 
- Sampai di Imigresen Singapura, bawa bag turun untuk cop pasport dan scan bag 
- Selesai semua, turun ke bawah dan jalan terus menuju ke platform bas-bas express.
- Tanya pada sesiapa atau pemandu bas, bagitau nak naik bas express ke Changi, bagitau terminal berapa
- Bayar rm10 sahaja, dan bas akan hentikan terus ke Changi airport di terminal korang nak turun. 
-Perjalanan dari Larkin Sentral ke Changi dalam masa 2jam setengah, ikut pada kesesakan lalu lintas, dan juga kesesakan semasa nak cop pasport. 







P/S: Pesanan Sis satu je: Jangan malu bertanya, kalau malu bertanya sesat jalan. Sekian. :) 


Post a Comment

34Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. fuh panjang saya membaca...
    terima kasih sis lin... saya nak cuba gak naik bas ke singapura tu :p
    al-maklum dah lama rasa nya x jejak situ muahahhaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Psstt nak tulisan template camni gak 😝

      Delete
    2. Hahaha tu pun dah cut off sikit-sikit tu, kalau tak lagi panjang, emosi heret bag terlebih @Retna hahahaha

      Delete
    3. Psttt nak tukat template ke? Heheheh sila PM belakang ye @Retna..

      Delete
  2. Seronok la sis lin berjalan and dapat join trip ni...moga satu hari nanti SA dapat join jugak...cepat update..tak sabar nak baca

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah nanti ada rezeki dapatlah tu ke sana ye @Suria..

      Delete
  3. Menarik sis, info yg ringkas tapi padat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Phewww, kalau ikut emosi tadi, lagi panjang nak menulisnya Kak @Seri hehehe..

      Delete
  4. Bestnyyyyaaaaaaaaaaa tak sabarrrr.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha @Uyul, sila lah hadam hahahaha..

      Delete
  5. Jenuh jugak nak bawak naik turun beg tu ye sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee @Julia, agak emosional gak, lagi kalau kalau orang tolak-tolak tu, tapi cool je heheheh..

      Delete
  6. Baru tahu sis ada bas direct ke changi. Kalau tak hangkut beg naik mrt selalu.😂 Sis bawak lugage yg sederhana besar kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lorrr, lagi jenuh kann @Farah..sebab tu laa, masa tu Sis tanya dan google sana sini macam mana nak di rect terus ke Changi...

      Delete
  7. Replies
    1. Alhamdulilah @Dilah, selamat semuanya hahaha

      Delete
  8. Wah best tu, tak sabar nak baca kisah di Belitung seterusnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggu ya, lagi perah otak nak menaip @Zumal hahaha..

      Delete
  9. Replies
    1. Jomm laaa @Sunah, boleh klik link di atas untuk pakej hebat!

      Delete
  10. weih bestnya sis lin ! bila kita nak buat trip blogger macam ni. hahahahahaha. sape lagi nak suh review.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn @Ayunie, ada rezeki jom pergi reramai ya...

      Delete
  11. hampir 10 tahun plan nak ke Belitung ni. tak pernah menjadi sampai la. kalau nak pegi nanti
    nnt boleh refer yr blog. thanks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama @Azian, sekarang Belitung sangat cantik..boleh ikut pakej MTN Getaways lagi senang nak ke sana..

      Delete
  12. Wahhhh....... Bestnyaaa... Ain siap dok hafal nama kapa terbang tuhh.bombom ape bendaa tuh.hahahahhahaa... Takk saboo nakk nak tunggu entri seterusnya..😍😍😍😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakakakah yang ko hafal nama kapal tu buat apa? Hafal cara bagaimana nak pergi sana laa oi, senang nanti kalau nak pergi @Farahain oii hahahaha

      Delete
  13. Wow menu dia..ikan..my feveret... oooo... Lalapan??
    Ok, one day kena pergi...... spend time.....save budget dlu...
    Lagi sis, share lagii.ahhaaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee @Nona, makanan orang Belitung adalah ikan, ayam tu kadang makannya setahun sekali aja. Kalau ada perayaan ke..penuh protein kan hehehe

      Delete
  14. assalamualaikum lin...wah !! seronoknya mengembara yer...seronok dapat jenjalan ke tempat org ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam mama @Maszull..Ye Maaa, seronok sangat dan enjoy sangat..alhamdulilah ..

      Delete
  15. terima kasih sis kerana menyediakan pakej urut kat pulau belitung.. international sungguh business sis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaa gelak besar aku bacanya oii @Izzati hahaha..next time kalau nak khidmat urut bagitau yaa.. hahaha pakej sekali dengan klipas biru :p

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!