AHMAD’S FRIED CHICKEN - SAIZ AYAMNYA BESAR, KULITNYA RANGUP DAN RASANYA SEDAP!

AHMAD’S FRIED CHICKEN - SAIZ AYAMNYA BESAR, KULITNYA RANGUP DAN RASANYA SEDAP!

1
AHMAD’S FRIED CHICKEN - SAIZ AYAMNYA BESAR, KULITNYA RANGUP DAN RASANYA SEDAP!. Sejak Ahmad’s Fried Chicken ni beroperasi (lupa bila mula buka), Sis dah tiga (3) kali pergi makan sini. Pertama bawa anak dan menantu serta cucu sekali, Suami belanja, kali kedua datang makan lagi bersama Suami, itu pun Suami yang ajak. Kali ketiga semalam, makan bersama sahabat tadabbur Sis selepas habis kelas..

Jujurnya, jarang-jarang sekali Suami nak puji bila makan ayam ‘fast food’ ni, tapi bila pertama kali dia makan Ahmad’s Fried Chicken di sini, Suami puji akan kesedapannya. Baik dari segi saiz, kulitnya yang rangup juga rasa ayam tu. Memang kami terkejut bila pertama kali makan Ahmad’s Fried Chicken ni, sekali datang, kuss semangat besar betul ‪okayy saiz ayamnya, kalah ayam restoran fast food lain.

Ahmad’s Fried Chicken - Saiz Ayamnya Besar, Kulitnya Rangup Dan Rasanya Sedap!

Ahmad’s Fried Chicken - Saiz Ayamnya Besar, Kulitnya Rangup Dan Rasanya Sedap!

Kitaorang amik set combo 2 ketul ayam dan combo 3 ketul ayam, so korang bayangkanlah tiba-tiba datang betapa besarnya ayamnya hahahaha.. cukup kalau order combo 2 ketul aja, memang kenyang laa makan. Tapi kalau nak sharing, boleh amik set family, pun ada jual. Pilihan ayam pun ada spicy, ada original juga. 

Saiz minuman combo dia pun saiz besar, memang takde pilihan okayy kalau nak pilih small ke medium ke, memang semua combo set atau ala-carte, saiz airnya saiz besar, nak kongsi pun boleh, korang boleh order ala-carte. Menu pun banyak pilihan, bukan ayam aja ada, burger pun ada dan juga set  tender chicken (jejari isi ayam)

Ahmad’s Fried Chicken - Saiz Ayamnya Besar, Kulitnya Rangup Dan Rasanya Sedap!

Ahmad’s Fried Chicken - Saiz Ayamnya Besar, Kulitnya Rangup Dan Rasanya Sedap!

Harga kalau Sis punya pendapat, sama jerr dengan harga restoran fast food lain, paling kurang pun beza sikit aja laa, ikutlah pilihan apa korang makan kan, order banyak, banyaklah bayarnya, order sikit, kuranglah bayarnya. Terpulang selera memasing. Nak makan takat ala-carte 2 ketul ayam pun ada juga. 

Sis dah cuba ayam gorengnya dan juga tender jejari isi ayamnya, dua-dua pun Sis suka, sos dalam set tender chicken dia sedap betul!. Juga Sis dah try makan double cheese burgernya, pun sedap. Dari cheesenya, sosnya dan juga dagingnya dalam burger tu, memang sedap. Semua Sis suka laaa hahahaha.. 

Ahmad’s Fried Chicken - Saiz Ayamnya Besar, Kulitnya Rangup Dan Rasanya Sedap!

Tapi pilihan Suami tetap ayam gorengnya. Katanya sedap betul. Kalah ayam McD. Semalam bawa pula sahabat tadabbur Sis makan di sini juga. Mereka semua amik set combo ayam goreng juga. Sis tak perasan memasing order, ada pulak yang order combo 3 ketul, haa amekkaww sekali datang, kemain besarr ayamnya, semua pun terkejut hahahaha. 

Teringin makan ayam goreng, datang sini, support restoran orang melayu bumiputera kita, di jamin Halal dan makan tanpa was-was. Next time dah bolehlah jadi port lepak kami di sini lepas habis kelas. Korang yang nak mencubanya, boleh jer waze Ahmad’s Fried Chicken Taman Cendana yerr. 


P/S : Lama dah tak makan ayam McD.. takde rasa teringinn dah .. maaf shakap yaa!. 

Post a Comment

1 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Saiz ayam KFC dulu2. Skrg ayam KFC dah cinonet, tapi dah lama tak beli ayam kfc & mcd sejak gerakan bds ni.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!
To Top