WALK-IN SOMEONE’S SHOES?

WALK-IN SOMEONE’S SHOES?

1
WALK-IN SOMEONE’S SHOES?. Kita selalu dengar ungkapan “walk in someone’s shoes”, tapi kadang-kadang kita lupa bahawa setiap kasut itu bentuknya lain, saiznya lain, malah tapaknya pun lain.

Ada kasut yang selesa, ada yang ketat, ada yang mahal dan cantik tapi menyakitkan bila dipakai lama. Begitulah juga dengan hidup kita, setiap orang menyarung kasut yang berbeza, melalui perjalanan dengan cabaran dan keselesaan yang unik.

Ada orang laluannya rata dan tenang, ada pula yang perlu mendaki jalan berbatu penuh liku. Kita mungkin nampak seseorang tersenyum di luar, tapi hakikatnya dia sedang menahan sakit kerana kasutnya sempit. 

Ada juga yang kasutnya lusuh tapi langkahnya tetap laju kerana dia sudah terbiasa dengan jalan sukar.

Walk-in Someone’s Shoes

Hakikatnya, kita takkan benar-benar faham bagaimana rasanya kasut orang lain. Sebab itu pentingnya empati. Bila kita jumpa orang yang lambat berjalan, jangan cepat marah. Mungkin tapak kasutnya sudah haus. 

Bila kita nampak seseorang berlari jauh ke depan, jangan terlalu cemburu. Mungkin dia sudah lama berlatih dengan kasut itu.

Akhirnya, perjalanan hidup ini bukan tentang siapa paling cepat sampai, tapi bagaimana kita belajar menerima kasut sendiri, melangkah dengan sabar, dan menghargai perjalanan orang lain.


P/S : Tiba-tiba malam-malam rasa nak melukis PETA, sekian #ytjt

Post a Comment

1 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Hmm baca pasal kasut ni tengah memikir nak bawak kasut apa ke Hatyai 😜

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!
To Top