PIKNIK DI TEPI PANTAI PUNGGAI. Plan last minit, asalnya nak ke Desaru untuk survey tempat bagi program QIAM kami bersama Ustazah Wan Jah akan datang. Tapi dah alang-alang ke Desaru, sahabat-sahabat Sis ajak berpiknik sekali.
Satu cadangan yang sangat best! Cuma awalnya bimbang juga alan keadaan cuaca yang tak menentu sekarang, tapi alhamdulilah, semalam cuaca sangat baik! Panas-panas redup berangin semalam.
Kami bertujuh orang semalam dan semua naik satu kereta aja. Mudah nak borak dan cipta memento bersama. Dari Pasir Gudang kami gerak ke Tunamaya Resort dahulu. Setelah makan tengahari di Nelayan Seafood, dan selesai bincang dengan pihak Tunamaya untuk program kami akan datang, barulah kami gerak ke Pantai Punggai.
Kak Siti salah seorang team kami lengkap bawa segala alatan untuk piknik petang tu. siap dengan alatan deko semua, memang terbaekkk arr!. Yang lain-lain hanya bawa apa yang perlu sahaja. Tapi cukup meriah juga dengan semua makanan.
Sis hanya bawa jajan-jajan dan juga Kuih Bulan dari Sheraton Johor Bahru sahaja. Geng Sis ni rupanya suka makanan kuih bulan, alhamdulilah berbaloi bawa makan bersama.
Pada waktu yang sama, sambil makan, kami berOOTD juga. Cipta kenangan bersama dan berborak sesama hal keluarga dan anak-anak juga perbincangan untuk program QIAM kami akan datang.
Cuaca memang sangat baik semalam! Puashati juga kami datang lewat piknik tapi dapat penuhi masa bersama dengan penuh gembira. Banyak yang kami bincangkan untuk program beraama Ustazah Wan Jah akan datang. Moga Allah permudahkan segala urusan kami.
Untuk sahabat Sis, terima kasih hadir sebagai ‘Kakak-Kakak’, sebab Sis anak sulung dan tak ada Kakak, so mereka ini Sis anggap seperti Kakak Sis, terima kasih Allah..
P/S : Tak sabar tunggu Fantolaqo 3.0 kami!
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.