BLOG HILANG, TUAN RUMAH PUN MENGHILANG!. Posting pertama bulan Ogos untuk blog Aku Sis Lin. Hampir-hampir mood dah ke-laut China Selatan gara-gara tiba blog kena remove locked baru-baru ni. Dah macam 'prank' bulan Ogos ekk. Gilerr tak panikk! Blog yang bertahun-tahun kita menulis, tiba boleh sesenangnya dia nak remove ekk..
Tapi dalam masa yang sama dah pasrah gak, jika memang betul blog Sis kena remove terus, takpelah.. nak buat macam mana kan.. dalam pada relax tu, alhamdulilah dapat juga balik blog ni. Tak buat apa-apa, just klik request review aja pada skrin. Then kita tunggulah kononnya dalam masa 90 hari. TupTup tak sampai 24jam, blog dah kembali.
Masaalah satu dunia katanya.. bukan blogger Malaysia aja, tapi sedunia blogger kena. Harap lepas ni janganlah berlaku lagi, boleh tercopot paru-paru kita okayyy..
![]() |
| Buat kenangan di sini |
Masa blog dapat kembali tu, mula ingat nak buat gak satu posting pada hari kejadian, tapi masa tu laaa blog hilang, tuan rumah pun menghilang hahahaha.. Dalam pada semua kecoh blog hilang, Sis lagi sibuk packing kain baju untuk percutian Family Sis ke Batam. Haaa Batam lagi hahahaha.. haritu pergi berdua dengan Suami, ini kali Suami bawa anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucunya pula ke Batam.
Tujuan percutian kali ni, memang santai-santai nak jalan-jalan makan-makan aja. So takde laa sangat ke tempat-tempat viral atau tempat best di Batam, just pergi tempat yang ada tujuannya sahaja. Nantilah ada kerajinan, Sis update kemudian, jika tidak.. cukuplah sampai di sini aja hihihihi..
![]() |
| Kotlah nak rujukan ke Batam |
Semalam petang kami sampai Malaysia. Anak-anak pun dah balik ke rumah memasing. Dan harini Isnin, minggu paling sibuk buat Sis (sibuk apa entah). Nak settlekan event Sabtu ni, kemudian settlekan percutian akan datang, banyak nak kena urus, dan kemudian ada trip mengaji pulak, so banyak nak kena buat ni.. moga Allah permudahkan semuanya.. aamiinn..
Now belum ada idea tajuk nak update blog lagi.. nanti tengok petang kang nak blogwalking dan kot rajin nak update blog sekali okayyy.. kain baju banyak nak cuci ni, then nak masak asam pedas ikan tenggiri untuk berbuka puasa harini, inshaallah.. craving gilerrr asam pedas sendiri..
P/S : Terima kasih ALLAH untuk SEGALANYA .. alhamdulilah ❤



Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.