Kalau dah sampai 5 hidangan kan, takkan laa Sis nak pergi cuba sengsorang kan, so ini kali Sis plan ajak Hernee dan Juju sekali join makan tengahari di Pendas Cafe yang terletak dalam Sunway Hotel Big Box. Tak susah pun nak ke sini, just waze aja nama Hotel, pasti sampai nanti.
Sempena bulan kemerdekaan Ogos dan September ini, memang banyak sana sini Hotel dan Cafe mempromosikan set-set dan pakej istimewa Merdeka, termasuk jugalah di Pendas Cafe ni. Bermula 1 Ogos hingga 30 September 2026, korang boleh menikmati hidangan istimewa ini bertemakan Warisan Malaysia Feast di Pendas Cafe, Level 1, Sunway Hotel Big Box, Sunway City Iskandar Puteri.
Menariknya, menu yang ditawarkan bukan sekadar makanan biasa, tetapi menampilkan hidangan yang mempunyai identiti dan citarasa tersendiri. Jadi, kalau korang suka mencuba makanan tradisional atau nak cuba kenalkan pelbagai rasa masakan Malaysia kepada keluarga dan kawan-kawan, boleh cuba singgah ke sini.
Warisan Malaysia Feast – Pilihan Hidangan Yang Menarik
Untuk Warisan Malaysia Feast ini, terdapat lima (5) pilihan set utama yang boleh dipilih. Harga pula bermula serendah RM22 nett untuk satu set.
Semua set didatangkan bersama Iced Teh Tarik.
1. Nostalgia Biryani Dum Kambing Batu Pahat – RM28 nett
Bagi peminat nasi biryani dan kambing, ini antara menu yang pastinya menarik perhatian. Nostalgia Biryani Dum Kambing Batu Pahat ditawarkan pada harga RM28 nett untuk satu set. Hidangan ini sesuai untuk yang sukakan nasi berempah bersama hidangan kambing, dalca juga acar sebagai pelengkap sampingan menu.
2. Melaka Style Kway Teow Soup Alai – RM22 nett
Kalau nak sesuatu yang lebih ringan dan berkuah, boleh cuba Melaka Style Kway Teow Soup Alai. Hidangan kway teow berkuah ini membawa inspirasi citarasa Melaka dan ditawarkan pada harga RM22 nett untuk satu set.Untuk yang ada anak kecil atau warga tua dan tidak makan pedas, memang sesuai hidangan ini untuk mereka.
3. Peranakan Ayam Buah Keluak – RM22 nett
Untuk penggemar masakan Peranakan pula, ada Peranakan Ayam Buah Keluak. Pernah dengar buah keluak?. Buah keluak memang sinonim dengan masakan Peranakan dan mempunyai rasa tersendiri. Jadi, menu ini boleh menjadi pilihan menarik untuk mereka yang ingin menikmati hidangan dengan citarasa yang lebih unik. Macam masak kicap, tapi ada sedikit rasa beza pada rasanya. Harga yang ditawarkan ialah RM22 nett setiap set.
4. Lemak Salai Telur Itik Belimbing Buluh – RM22 nett
Satu lagi hidangan yang cukup menarik ialah Lemak Salai Telur Itik Belimbing Buluh. Gabungan masakan lemak, telur itik dan belimbing buluh memang cukup dekat dengan citarasa masakan Melayu tradisional. Kalau Sis suka lauk yang mempunyai rasa lemak, masam dan beraroma salai, menu ini memang Sis suka, boleh licin hirup kuahnya tu. Harga juga RM22 nett setiap set.
Satu lagi hidangan yang cukup menarik ialah Lemak Salai Telur Itik Belimbing Buluh. Gabungan masakan lemak, telur itik dan belimbing buluh memang cukup dekat dengan citarasa masakan Melayu tradisional. Kalau Sis suka lauk yang mempunyai rasa lemak, masam dan beraroma salai, menu ini memang Sis suka, boleh licin hirup kuahnya tu. Harga juga RM22 nett setiap set.
5. Manok Pansuh – RM22 nett
Bagi yang ingin mencuba makanan tradisional dari Sarawak, Manok Pansuh pula merupakan salah satu pilihan dalam Warisan Malaysia Feast. Hidangan ayam dalam buluh yang terkenal dalam masakan tradisional masyarakat Sarawak ini ditawarkan pada harga RM22 nett untuk satu set. Dalamnya ada juga sayur pucuk ubi. Cuma bagi Sis ianya agak plain, tiada kuah dan menu sampingan. Korang boleh tengok video ayamnya keluar dari buluh dalam video IG posting Sis di bawah okay.
Satu perkara yang menarik, setiap hidangan didatangkan bersama satu Iced Teh Tarik. Jadi, selain menikmati hidangan utama, korang juga boleh menikmati teh tarik sejuk sebagai pelengkap makanan. Cuma perlu diingat, promosi ini adalah untuk dine-in sahaja.
Untuk korang yang dah mula merancang nak datang, bolehlah buat tempahan sekarang. Nak walk-in boleh, nak book table dulu pun boleh. Better korang book dulu sebelum datang.
📍 Pendas Cafe, Level 1, Sunway Hotel Big Box
🏨 Sunway City Iskandar Puteri
📅 1 Ogos – 30 September 2026
⏰ 12.00 tengah hari – 6.00 petang
🍽️ Dine-in sahaja
☪️ Halal
Harga set pula bermula daripada RM22 nett, manakala Nostalgia Biryani Dum Kambing Batu Pahat sahaja berharga RM28 nett.
Untuk korang yang dah mula merancang nak datang, bolehlah buat tempahan sekarang. Nak walk-in boleh, nak book table dulu pun boleh. Better korang book dulu sebelum datang.
📍 Pendas Cafe, Level 1, Sunway Hotel Big Box
🏨 Sunway City Iskandar Puteri
📅 1 Ogos – 30 September 2026
⏰ 12.00 tengah hari – 6.00 petang
🍽️ Dine-in sahaja
☪️ Halal
Harga set pula bermula daripada RM22 nett, manakala Nostalgia Biryani Dum Kambing Batu Pahat sahaja berharga RM28 nett.
Kalau korang sedang mencari idea tempat makan di Iskandar Puteri atau nak mencuba hidangan tradisional Malaysia dengan pilihan menu yang berbeza, boleh pertimbangkan untuk singgah ke Sunway Hotel Big Box sepanjang tempoh Warisan Malaysia Feast ini.
Sis sendiri rasa konsep macam ni menarik sebab ia mengangkat semula hidangan warisan Malaysia dan memperkenalkan pelbagai citarasa dari negeri-negeri yang berbeza dalam satu lokasi. Kitaorang pun enjoy makan bersama sharing-sharing. Kalau korang diberi pilihan, korang nak cuba yang mana dulu?.
Warisan Malaysia Feast di Sunway Hotel Big Box berlangsung sehingga 30 September 2026 sahaja, jadi korang jangan tunggu terlalu lama kalau dah teringin nak cuba. Lepas shopping di Sunway Big Box atau di NSK sebelahnya tu, bolehlah singgah makan di sini ya. Sedap tak sedap, sedap itu subjektif, cuba dulu baru tau yaa..
Untuk pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi:
📞 +6019 223 4738 / +6019 233 7506
📱 @sunwayhotelbigbox di Facebook, Instagram & TikTok
📞 +6019 223 4738 / +6019 233 7506
📱 @sunwayhotelbigbox di Facebook, Instagram & TikTok
Untuk lebih banyak gambar : facebook pages akusislin
IG posting: akusislin
Tijtok posting : @akusislin
P/S : Banyak kerja tertunggak, kita settlekan slow-slow.. bismillah ❤










Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.