DEMAM TAPI ALHAMDULILAH TEKAK BERSELERA MAKAN. Alhamdulilah harini hari ketiga demam, badan rasa sihat dan bertenaga. 3 hari panggil orang datang mengurut di rumah. Katanya banyak urat masuk angin. Mana taknya, back to back travel, then sibuk dengan event, pastu dengan kerja luar lagi, memang belum cukup rehat sepenuhnya badan Sis ni.
Demam pun tidaklah teruk mana, hanya lebih kepada kepala berat, badan dedor, badan lenguh dan harini hidung pulak mula hingus. Dah berapa harini duduk rumah rehat. Isnin lepas jerr pagi ke Klinik Kesihatan Taman Cendana amik ubat, kemudian balik petang tu orang datang mengurut. Pagi tadi last mengurut.
Dan syukur jugalah demam kali ni walau demam tapi alhamdulilah tekak berselera makan. Hari pertama jerr, balik dari KK Sis beli aja, dah rasa tak larat nak masak. Hari kedua semalam masak rebus-rebus aja, hari ini barulah rasa kuat nak berdiri lama memasak.
Tengok freezer, Suami ada beli sotong, bukak peti ais ada tempoyak dan petai, so apalagi, keluarkan cabe rawit dan menu harini Sis masak Sotong Sambal tempoyak Petai. Terus rasa selera makan membuak-buak!!. sedap betul makan tadi, alhamdulilah.
Cuma belum sempat nak duduk lama depan laptop blog-walking. Update ni pun guna handphone sambil duduk di kerusi urut. Nanti dua tiga hari lagi baru Sis cuba blog-walking yaa.,. Terima kasih mendoakan Sis dan juga sudi datang singgah ke sini. Moga kalian semua sihat-sihat selalu.
P/S : Minggu ni banyak jemputan nak kena hadir, moga aku terus sihat!..



Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.