MERIAH SUASANA MALAM DI MAJLIS PERKAHWINAN ANAK SULUNG USTAZAH WAN JAH. Baru ada masa nak update blog haa, ini pun live update dari Melaka. Sambil-sambil menunggu sarapan tadi ni haa, updatelah sekejap blog guna handphone aja.
Jumaat lepas 21 Ogos 2026, kami sahabat #tadabbursisters anak murid Ustazah Wan Jah (Uwj) hadir di majlis perkahwinan anak perempulan sulungnya Uwj. Meriah majlisnya, majlis di adakan di The Reverse Glasshouse Ladang X area Sunway Bigbox sana.
Tema semua jemputan termasuk tuan rumah adalah putih. Sampai aja sana, kemain meriah dan sangat cantik semua jemputan serba putih, dah macam ala perkampungan orang bunian yang kita tengok dalam tv tu haa. Ramai juga sahabat tadabbur kami yang dah sampai awal. Rezeki kami dapat duduk makan dalam dewan yang cantik tatarias dari bridal Whitebox.
Dari jauh nampak Uwj kami melayani tetamu, dan terlihat sangat manis Uwj kami. Wajah gembira seorang ibu menerima menantu sangat terlihat di wajah Uwj. Kami duduk makan dulu sementara pengantin belum lagi sampai masuk dewan. Lauk-pauk yang sangat sedap, dan paling teruja, ayam masak merahnya guna ayam kampung.
Banyak pilihan makanan dan semua yang Sis makan alhamdulilah sedap. Murah rezeki Uwj, ramai yang bawa makanan kuih-muih untuk majlis Uwj. Dalam jam 8.30pm, ketibaan masuk pengantin ke dalam dewan. Sama cantik sama padan. Manis berdua duduk di pelamin.
Tapi yang jadi kelakarnya pada malam itu, dalam pada Sis rakam video, amik gambar, zoom dekat pasangan pengantin, tapi langsung Sis tak perasan dan tak terfikir langsung yang pengantin lelaki tu Sis kenal! Ya Allah seginggalah masa nak balik terjumpa salah seorang teman yang kerja di Hotel yang sama dengan Taqi. mengatakan pengantin lelaki tu Taqi!. kecilnya dunia kan!.
Taqi (pengantin lelaki) adalah person in charge media selaku Marcomm di Doubletree by Hilton JB yang selalu invite Sis datang review di sana. Boleh bayangkan tak betapa terkejut dan gelaknya Sis bila tau itu Taqi. Rupanya dia menantu Uwj kami hahahahaha...
Apa-apa pun, terima kasih Ustazah Wan Jah, sudi jemput kami semua ke majlis dan selamat pengantin baru juga buat Taqi dan Puteri.
Doa untuk pengantin :
بَارَكَ اللَّهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ
Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan keberkatan ke atas kamu, serta mengumpulkan kamu berdua dalam kebaikan.
P/S : Melaka sangat panas okayyyyy!! 😓







Alhamdulillah. Nampak meriah majlisnya. Tak ada ambil gambar makanan ke? Lauk pauknya?
ReplyDeleteKalau kata istilah Jawa, manglingi 😄. Maknanya, MUA sukses makeover pengantin sampai susah dikenali 🤭😅.
ReplyDeleteBaguuuus lah kak, dress code putih, jadi nampak anggun semuanya. 😍👍. Semoga kedua pengantin dikaruniakan rezeki makin berlimpah, dan diberi keturunan yang baik2 nantinya.