DAY TRIP JALAN-JALAN CARI MAKAN KE PONTIAN. Lama plan tapi baru now laa menjadi plannya. Itu pun setelah memasing semua di tekan-tekan nak tau jawaban, dan akhirnya semua sepakat setuju keluar day trip jalan-jalan cari makan ke Pontian. Geng kali ni adalah Geng Loteng hihihihi (banyak betul geng kau Sis).
Geng ni geng paling sempoi dan bukan geng jenis sentap! Sebab tu kami serasi bersama hingga sekarang. Jenis tak suka cakap depan-depan, nak bergurau pun sound direct, so kekal ceria sampai sekarang. Memang gelak manjang kalau keluar dengan mereka ni hahahaha..
Trip kali ni kami collect sorang RM50. Duit terkumpul untuk minyak, tol dan juga makan minum, alhamdulilah cukup dan rezeki kami juga ada antara kami yang tambah duit belanjanya.
Sis dari Pasir Gudang pick-up 3 orang ni di Bukit Indah dan terus ke Pontian. Pit stop pertama kami adalah Kopi Tenggek. Ana, Wana dan Sis dah pernah ke sini tapi Midah belum pernah try, so kita bawa dia ke sini. Cuma bagi Sis dah tak sama laa macam dulu ermmmm..
Tak tau laa apa silapnya, Sis rasa kopinya sangat cair dan kurang kaw. Menunya kami hanya makan roti, telur separuh masak, mee campak dan kue teow goreng, tapi... bak kata Wana fail! Hahahaha.. takpelah bukan rezeki tekak kami, tahun depan kita cuba lagi hahahahaha..
Lepas makan, kami ke bandar Pontian, singgah Pasaraya Sakan. Wana nak beli Narita. Bila dah masuk, bukan kata Wana, dengan Sis sekali pulak membeli adeii.. cepat betul teracun ekkk.. Next kami singgah makan Cendol di Lorong Cendol. Panas-panas pekena cendol memang nikmattt.
Lepas tu jalan-jalan keliling lorong cendol. Ada mural art kat dinding, amiklah gambo buat kenangan ekkk.. Naik kereta lepak pulak di tepi Pantai Pontian tu (tak tau nama Pantainya). Duduk situ amik angin laut. Tenang rasa. Gambar sekeping dua buat kenangan kami.
Penat berjalan sana sini, tekak kering, Sis ajak mereka singgah ke Jerman Pine pekena air nanas. Mula ingatkan nak makan tengahari sekali, nak makan asam pedas, rupanya asam pedas dah takde jual di sini, ermmm.. so takpelah, kami makan tempat lain, so hanya minum jus nanas aja RM7.90.
Puas minum secawan tu, fresh betul rasa nanas. Di situ ada juga kebun nanas keliling cafe. Ada jual juga nanas di luar cafe. Korang boleh beli nanas segar di sini. Surau dan tandas juga ada di sediakan. Paling best ada juga kolam mandi kanak-kanak di sini. Kotlah nak bawa anak mandi sambil layan jus nanas dan makan di cafe.
Walau panas tapi nak juga bergambar dalam kebun nanas ek. Bukan senang nak jumpa gini. Macam-macam karenah dan aksi kalau dah berjumpa, itulah bahagia kami bila bersama. Mereka borong nanas MD22. Manis gilerr nanasnya. Sis beli lagi jus nanas di luar tapi harga murah sikit berbanding di dalam RM6.90. Manis sama jerr ..
Pusing-pusing cari port asam pedas, tapi makin cari makin lapar. Last-last Wana kata jomlah kita jalan balik dan singgah aja makan di Periuk Kampung Gelang Patah. Masing-masing pakat setuju, jomlah kita...
Firstime kami semua singgah sini. Tengok orang review semua kata sedap, so kita cuba. Ada banyak set Menu Kampung dia, kami amik set Dahlia RM59.90 untuk 2/3pax makan. Sebab kami 4 orang so makannya cukup untuk 4 orang, terlebih cukup.
Menu dalam set Dahlia tu ada; asam pedas ikan jenahak (kami dapat kepala ikan), daging salai lemak cili api, terung berlado, ulam-ulaman, agar-agar, telur dadar, keropok sayur dan juga beserta 3 nasi. So nasi tambah sepinggan kami minta. Puashati makan, sangat berbaloi, alhamdulilah.
Lepas makan kami jalan menuju balik ke Bukit Indah, tapi kami singgah di Horizon Mall untuk makan kek di Coffee Beand Tea leaf sambut birthday September Girl Ana (18/9) dan Midah (12/9). Kami sambut awal sebab lepas tu memasing akan sibuk dengan urusan dunia memasing. Ada peluang kami sambut aja in advance.
Hepi birthday Ana dan Midah. Kami doakan moga kamu berdua sihat, dipermudahkan urusan dunia akhirat, di jurahkan rezeki dan sentiasa dalam rahmat Allah SWT .. aamiinn.. semoga persahabatan kita kekal dan terpelihara dari segala penyakut ain, inshaallah aamiinn..
Balik dari Horizon Mall tu, singgah pulak kejap di Lotus Bukit Indah, kebetulan ada food festival Paradise ke apa entah namanya. Niatnya nak membeli Laksa Penang Prince Syed & Fatin tu haaa.. tapi mereka berdua takde, yang ada hanya jualan laksanya aja.
Tapi cuma pelik pulakkk.. dah macam menu vendor pulak. Bukan laksanya di masak situ tapi dah tersedia masak. Betul ke laksa Prince ekk atau di sewakan tempat pada orang lain, tapi kata budak jual tu, dia pekerja Prince, dah kerja lebih dari 8 tahun, entah laaa.. malas ku nak fikir hahahahaha.. Cukuplah dah cuba sekali...
Midah beli kek moist Ebit Liew, dan Ana beli Mochi Mia Azhar, dan kami juga borong barang dari gerai D;Herbs, memang semua teracun hahahaha.. boleh meroyan kalau masuk food festival gini tau, semua nak di beli.. nasib tengah kenyang masa tu. Harga pun boleh tahan gak, hampir RM100 gak melayang oii masuk sini.
Habis soping Sis hantar memasing ke rumah. Berkahirnya trip kami penuh dengan hati yang puas dan gembira. Ada rezeki dan umur panjang, kita jalan-jalan jauh sikit yaaa.. plan nak ke Penang plak cari makan, jomlah kita start menabung yaaa..
Thanks Ana, Midah dan Wana.. i ❤ u ..
P/S : 3 dah bergelar mak mertua, tinggal sorang tu menunggu giliran hehehehe..

















sronok day trip tu...makan2 celebrate busday..wah ada ebit lew
ReplyDelete