KORANG PANDAI MAKAN KERDAS?. Selain jering (jengkol) dan petai, ada satu lagi yang Sis suka makan, iaitu kerdas. Korang pernah dengar kerdas? korang pandai makan kerdas? Kalau tau dan pandai makan, itu maknanya atuk nenek mak ayah korang ada makannya dulu, jika tidak, memang korang tak kenal apa itu kerdas.
Sis dulu atuk nenek, mak abah Sis memang orangnya pemakan ulam, so segala ulam termasuk kerdas ni memang akan ada atas meja. Masa mula pertama kali nak makan dulu, rasa macam 'busuk' beno uii bau dia, lagi kuat bau kerdas dari jering dan petai, tapi bila dah gigit dan makannya, uishhh sedapnyaaa laa.. lagi sedap dari jering dan petai hihihi..
Kalau jering dan petai, boleh di buat masak lauk, tapi so far kerdas ni, belum pernh lagi atuk dan mak Sis buat masak lauk. Memang di makan mentah macamtu aja. Rasanya sedap makan mentah aja dari di masak di buat lauk.
Kerdas ni Sis beli di TikTok hahahaha.. biasalah semuanya di hujung jari aja, order aja online terus sampai depan pintu. Korang nak beli, boleh beli di SINI ..
Apa itu Kerdas
Kerdas (atau nama saintifiknya Archidendron bubalinum) ialah sejenis ulam tradisional Melayu daripada keluarga Fabaceae yang terkenal dengan baunya yang kuat dan menyengat, hampir menyerupai bau jering dan petai. Tumbuhan ini juga dikenali dengan beberapa nama tempatan lain seperti genuak, kenuak, geduak, atau kabau.
Khasiat Kesihatan & Nutrisi
Dalam amalan perubatan tradisional dan gizi pemakanan, kerdas dipercayai mempunyai pelbagai kebaikan, antaranya:
1. Sistem Urinari: Membantu melawaskan kencing dan dipercayai tradisional dapat membersihkan buah pinggang.
2. Kawalan Gula Darah & Darah Tinggi: Membantu mengawal kadar gula dalam darah (sesuai untuk mencegah kencing manis) serta mengurangkan tekanan darah tinggi.
3. Kaya Nutrisi: Sebagai tumbuhan kekacang, kerdas kaya dengan protein tumbuhan, serat untuk pencernaan, serta mengandungi antioksidan (flavonoid dan polifenol) untuk melawan radikal bebas.
⚠️ Nota Alahan & Kesan Sampingan: Memakan kerdas secara berlebihan tidak digalakkan kerana kandungan sulfurnya boleh menyebabkan bau badan. Selain itu, bagi sesetengah individu yang sensitif, pengambilan berlebihan boleh mencetuskan sakit kepala atau migrain
P/S : Pasir Gudang hujan, alhamdulilah ..



dh lama tak dgr nama buah ni..ni fav my arwah ayah
ReplyDelete