Monday, May 28, 2018

ABANG JUAL MUFFIN BANTU ADIK SEKOLAH

Assalamualaikum wbt.

ABANG JUAL MUFFIN BANTU ADIK SEKOLAH | Baca aja tajuk, dah rasa terharu sangat, itu korang yang membaca, belum lagi korang melihat sendiri kejadiannya. Kejadian berlaku semalam apabila Sis sekeluarga berbuka puasa di Restoran Zaiton Indah, di Bukit Indah Johor. Sewaktu menunggu makanan, Sis memang ada perasaan seorang lelaki muda (segak kacak) sedang memunggah barang dalam bag, tapi tiada fikir apa masa tu, ingat pelanggan datang makan aja. Dalam waktu itu, tiba-tiba Sis nampak budak muda tu bangun nak pergi ke meja semua orang, dan ada bagi sesuatu di setiap meja ke meja. Sis ingat mungkin minta derma tu, yang selalu kita nampak tu. Tak kisahlah. Tiba di meja Sis, dia bagi sekeping nota bertulis.
Baca di bawah .


Sis, anak-anak juga Suami baca aje, memasing pandang dia pandang dia, rasa terharu, tiba-tba datang satu perasaan dalam hati tu, rasa bangga pada budak muda tu. Tidak ada langsung terfikir yang budak tu nak menipu ke atau apa-apa fikiran negatif. Sebab apa Sis berfikir begitu ? Dari segak wajah dia yang ada rupa ala muka YB Saddiq tu, badan tegap kacak, dia tak malu nak menjual macamtu, semata nak membantu adiknya bersekolah. Ada lagi ke nak buat macamtu? Jarang jarang kita jumpa kan. 


Lepas dia dah agihkan semua nota kemeja makan kedai tu, dia datang pusing balik sambil bawa bag bakul yang berisi muffin tu. Suami kata belilah satu. Tiba meja Sis, Sis minta satu, dengan senyuman dia, peramahnya, sambil ucap terima kasih, macam tak sangka ada lagi budak muda yang nak buat kerja macamtu. Kalau ada pun jarang kita jumpa. Muffin dia besar, ada 5 ketul, gebu pulak tu. 
Sahur tadi Sis dah makan, sedap rupanya, lembut! Suami pun kata sedap. Kalau tau amik dua bekas. 
Takpe mana tau kot ada terjumpa tempat lain, mesti nak beli juga. 
Mudah-mudahan Allah permudahkan urusannya dan di berikan rezki berlipat ganda untuk keluarganya, bagi membantu adiknya bersekolah. Aamiinn.

Okay, Sis kongsikan jugalah apa yang Sis makan semalam di Restoran Zaitun Bukit Indah.
Ke sini sebab nak ke Paradigm, kebetulan nak jumpa kawan, Haryati amik set tupperware Sis beli. 


Burung puyuh goreng kunyit. Peberet Sis dan Suami hehehe.
Kalau makan di restoran tomyam macam ni, mesti nak order ni. Suami pulak Sup ekor dia. 


Menu kami semalam, alhamdulilah.
Tomyam campur, Telur inti, Kangkung belacan, sup ekor, burung puyuh kunyit, sotong goreng tepung (belum sampai). 
Moga Allah murahkan lagi rezki Suamiku..aamiinn ..
Untuk menu harini, Suami minta masakkan kambing kerisik.hehehe






P/S: Tak cukup sorang aja, si kakak tu, 2/6 nanti baru balik Jb habis exam, cuti sampai raya. Barulah lengkap satu family kami. 


6 comments:

  1. masa kat mcd shah alam pun ade budak yang jual macam ni, bagi notes macam tu juga..kat jb pun ada juga ya..belum pernah jumpa lagi, kalau jumpa nanti nak beli jugak muffin tuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye @Sunah, ramai pulak yang komen kata bukan orang kita dan tak halal muffinnya, tapi masa Sis beli tu, memang takde rasa dia menipu, jadi Sis beli aje..niat nak membantu ..

      Delete
  2. Ada gak dulu,budak jual muffin, tapi kita bagi duit je, macam was2 nak beli sebab mcm bukan orang kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee ramai komen begitu @SitiRohaida, Sis tak pernah pulak tahu, niat masa nak beli dan bantu, itu ajaa..kalau dia tipu, Allah aje lah yang maha Tahu..

      Delete
  3. masa makan kat tesco seri alam ada budak jual muffin macam ni juga.lepas tu viral pasal penipuan.wallahuaklam la yang mana menipu tu.
    JanjiKita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laa @MarMansor, tak tau nak kata apa, niat sedekah aje laa, lain-lain Allah urus..

      Delete

Penafian :
Blog ini hanya blog personal, hanya cerita Saya, family Saya, kawan Saya dan juga resepi masakan Saya. Dan juga ada sesetengah entry tu Saya C&P dari blog kawan-kawan juga dari carian google.
Tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.
Saya izinkan jika anda ingin share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Saya disalah gunakan, AWAS !.

TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988..
Sekian terima kasih.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com