Friday, June 08, 2018

SAMBAL BELACAN BUAH KUINI

SAMBAL BELACAN BUAH KUINI | Maaf ye jika apa yang korang tengok ni akan dan telah membuatkan air liur korang tertelan seketika hehehe. Alaa macam kekanaklah korang, baru gambo sambal belacan, belum lagi tayang gambar ais kacang ke hehehe. 

Ok nak tanya, siapa sini yang tak tau buat sambal belacan? Adeii kalau tak tau nak gelak juga Sis, menu paling senang nak buatnya. Janji ada lada dan juga belacan. Tumbuk-tumbuk dah jadi sambal belacan. Pejam mata je kalau buatnya, kalau bukak mata, nasiblah kalau merecik lada hahaha. 
Lainlah kalau 'Sup Bunjut' haa itu mungkin ramai yang tak kenal? hehehe sampaikan jadi keliru dek orang yang hasad dengki ni. Kalau jenis otak sempit, tak tau masak, dan tak pernah nak memasak, beli barang dapur segala, makanya sup bunjut akan di katanya 'barang guna-guna' hahaha *kisah drama #Nur. 
Tang tu dah tak boleh nak kata apa dah, sebab sup bunjut tu memang ada jadi keliru sikit hahaha. Tapi tak senonoh juga, kalau orang perempuan tak kenal sup bunjut oi. Kat tv pun ada keluar iklan sup bunjut adabi tu. Lagi satu, pakai hengpong canggih-canggih, takkan tak reti nak gugel, mana satu sup bunjut, mana satu barang 'manderem' adeii gelak besau betul! .


Kebetulan haritu masa teman Suami ke Paka, waktu nak balik, Suami singgahlah beli tembikai di tepi jalan, memang murah tembikai yang di jualnya, sekilo hanya rm1.50 sahaja. Manis-manis pulak tu, sebab dah dua tiga kali Suami beli tempat yang sama, Area mana Sis lupalah pulak. Tapi jalan nak balik Johor menuju ke Kuantan. Waktu Suami nak memilih tembikai, Suami tunjuk buah kuini tu, inagt buah pelam, sekali bau buah kuini, terus beli sekilo. Molek-molek pulak tu. Kata peniaga tu, tengah musim sekarang. Lupa pulak tanya sekilo berapa rm. 
Bukan senang nak jumpa buah kuini kan. Bila jumpa memang kena beli hehehe.

Rezeki menu berbuka kami semalam, Sis masak juga sotong masak hitam (permintaan anak-anak), ikan pari masak kari (permintaan Suami), brocoli sayur campur, telur dadar dan ikan kering juga sambal belacan kuini. Buat air teh dan juga jus mangga.. Takde kuih muih, sebab dah potong tembikai sebagai pencuci mulut. Kebetulan semalam Suami bawa kawannya seorang berbuka bersama, jadi meriahlah makan reramai. 
Resepi ? Oii takyah laa, sama je macam sambal belacan biasa, cumanya korang potong buah kuni dan lenyek dalam lesung tu manja-manja, janganlah hancur sangat, nanti tak sedap. Melampau beno kalau nak resepi hahaha. Dah kata tadi kan, janji ada lada dan juga belacan, kompk jadi sambal belacan hehehe. 
Selamat mencari kuini heheh.







P/S: Harini nak bawak anak-anak makan kat luar, yang sulung dah balik, maka meriahlah rumah semuanya ada. Alhamdulilah .


8 comments:

  1. omaiiiii...sedap tu..dapat lauk sayur rebus dengan ikan goreng pun dah ok tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn @SitiRohaida, sekali makan semangkuk tu habis hehehe

      Delete
  2. SA suka!!!suka sangat2..lamanya x makan sambal belacan buah kuini...dapnya kalau dpat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengah musim buah Kuini ni @Amanda, kalau jumpa boleh buat sambal ..

      Delete
  3. selalu gak buat kalau jumpa kuini.

    kalau tak, mangga muda pun jadi la. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe cuma kalau mangga muda gan kuini ada lain sikit kan rasanya @EncikX kan...

      Delete
  4. memang sedap sambal belacan kuini ni.cicah ikan goreng..makaihh sodapp
    Janji Kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn @Mar, sekali makan, bertambah-tambah nasinya hehehe

      Delete

Penafian :
Blog ini hanya blog personal, hanya cerita Saya, family Saya, kawan Saya dan juga resepi masakan Saya. Dan juga ada sesetengah entry tu Saya C&P dari blog kawan-kawan juga dari carian google.
Tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.
Saya izinkan jika anda ingin share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Saya disalah gunakan, AWAS !.

TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988..
Sekian terima kasih.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com