Tuesday, August 14, 2018

MAKEUP TAHAN LAMA DENGAN SET 4 dalam 1 DARI YARRA BEAUTY CARE

MAKEUP TAHAN LAMA DENGAN SET 4 dalam 1 DARI YARRA BEAUTY CARE | Korang suka bermakeup? Atau beli barang makeup? Ye kalau dah namanya pompuan mesti suka kan bermakeup dan beli barang makeup. Yang tak pompuan pun sekarang suka gak tau hahahaha. :p
Tapi lain orang lainlah gaya makeupnya, ada yang suka tebal-tebal, ada yang suka ringkas-ringkas je. Jenis yang suka makeup tebal tu, haaaa kalau boleh 24jam nak makeup tebal, sampai kalau nak keluar rumah pun, kalau tak bermakeup, memang tak le dia nak keluar, ada kan yang macam tu kan? hehehehe.

Senang macam Sis ko ni je la, dari dulu memang tak pandai bermakeup, kalau makeup pun, setakat pakai celak kening (sebab kening halus), eyeliner (maklum mata sepet), mascara (bulu mata macam baby) dan juga lipstik (ni mesti, kalau tak lebam). Lain-lain Sis memang tak pakai. Bedak tu dah memanglah kena pakai dik nun, tu cover muka yang paling afdol hahaha. Kalau tak pakai muka seram macam hantu kak limah aje. :p

Dan sebab itulah Sis ko ni suka pakai set 4 dalam 1 Yarra ni. Sampaikan pergi bercuti ke Bukit Gambang Resort City (BGRC) tu pun Sis ko usung ke sana sini . Memang kat sana Sis pakai. 
Nak tengok muka Sis masih glowing walau dalam keadaan panas seharian buat aktiviti lasak? , korang boleh tengok gambarnya dan baca di SINI


Inilah dia set Yarra 4 dalam 1 tu. Siap lengkap semuanya untuk permulaan sebelum korang bermakeup. Kalau korang jenis tak bermakeup, pakai set ni je dah cukup. Kalau bermakeup, lagi advance, sebab makeup korang tahan lama, tak bercapuk, dan juga kekal glowing sepanjang hari (kalau tak cuci muka amik wuduklah). MuaBellaz tu pun pakai weii, kalau korang ikut live makeup dia, mesti dia pakai barang Yarra, lebih-lebih lagi moisturiser tu, paling best setakat ni yang Sis pakai. 


Tuan tanah kedaung tunjuk sikit muka tu. Takde tebal mana pun makeup, setakat tu je muka Sis bermakeup. Sis cuci muka dengan Sabun Scrub Yarra (Yang ni kena beli asing ya), pakai mousturiser xtraC, kemudian spray le Extra E Face Mist tu, dan lepas tu pakai bedak DD Cream tu, guna berus kabuki yang dia bagi FREE, ye berus tu free je. Lagi senang nak sapu bedak tu kat muka. Jadi rata.
Dah siap tu, ikutlah suka korang nak pakai apa plak, celak ke, mascara ke, lipstik ke, apa-apalah yang biasa korang pakai. Cuma kalau Sis, dah cukup pakai set tu je, muka dah nampak syantik sikit hahahaha. 
Kalau letak lain-lain lagi, haaa rasanya kalah duta Yarra kot hahahaha. :p


SET 4 dalam 1 ini ada 4 ITEM LENGKAP untuk SKIN TREATMENT & MAKEUP BEAUTY
CANTIK DALAM 3 MINIT DENGAN SET MAKEUP YARRA

Dalam set 4 in 1 ini ada:

50ML Yarra Xtra C Moisturiser

Fungsi:
- Memberi kelembapan & kesegaran pada kulit
- Membantu masalah kulit kering
- Mengatasi anti-aging
- Melindungi kulit dari garisan stress, penuaan, mengecilkan liang pori
- Melindungi kulit dari sinaran UV
- Membantu masalah tona kulit tak sekata
- Mengurangkan eyebeg


50ML Yarra Xtra E Face Mist

Fungsi:
- Barang asas sebelum mekap
- Sempurnakan hasil selepas mekap
- Toner semulajadi
- Mencerahkan & memulihkan kulit kering
- Melindungi kulit dari kerosakan akibat pancaran matahari
- Antioksida tertinggi (400x ganda dari vitamin C)


8g Yarra DD Cream Foundation

Fungsi:
- Mengandungi SPF +30
- Ringan dan sesuai untuk semua jenis kulit
- Membantu mengatasi masalah utama pada kulit termasuk kemerahan, garis kedut, pori besar dan bintik hitam di wajah


FREE GIFT Yarra Kabuki Brush
Berusnya lembut dan bulunya semestinya HALAL ye. 


Untuk dapatkannya.

Boleh terus wahtsapp nombor ini:

Facebook HQ:


Instagram:







P/S: Yang kat Johor, kalau nak beli, boleh juga beli dengan Sis hehehe. 


8 comments:

  1. Replies
    1. Menarik dan ringkas mudah dan cepat @Zumal hehehe

      Delete
  2. ppatutlah sis cantik, ni rupanya rahsia dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih @Aisyah, cantik pakai DD Cream tu je hehehe

      Delete
  3. Yarra best ! DD Cream nya buat muka glowing oi !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn @Nona, seharian muka glowing walau dalam cahaya matahari terikkkk

      Delete
  4. ada set ni mesti dah tak risau kan buat aktiviti outdoor..patut cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpe, sebab tu panas terk pun muka glowing aje @Rohaida hehehe

      Delete

Makluman .
Blog ini hanya blog personal, hanya cerita harian Sis, Family, Kawan-kawan dan juga resepi masakan. Dan juga ada sesetengah entry tu Sis Copy dan Paste dari blog kawan-kawan juga dari carian google.
Tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.
Sis izinkan jika anda ingin share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, AWAS !.

TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Sekian terima kasih.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com