Tuesday, July 20, 2010

Mati akibat stress!..

BY Sis Lin IN , 1 comment


Salam semua...

Huhuhu sian anak kawan Lin nie, dok sedih dgn kematian rabbit kesayangannya, takpe ye Farhan, nanti mntk ibu belikan yg baru yek..huhuhu
Kisahnya begini, tghri tadi kawan Lin,Effa col kata mntk tolong ke rumah dia tgkkn arnab dia, Effa ni takde kat JB, dia bru je otw ke KL, dia kata, bibik dia col sampai tersedu2 menangis, katanya arnab tu sesak nafas, pandai bibik tu yek..hehehehe
So Lin pun terus bergegas ke sana, sampai sana, lihat arnabnya dok baring mcm dlm kesakitan tp tak tahu apa yg sakit, nafasnya mmg mcm sesak, badannya lemah tak boleh nak duduk..sian sangat2..


*Lin col Effa bgtau keadaan arnab tu, terus dia mntk bawakan ke klinik kat Nusa Bistari,Global Pets..adeii aku ni klu tang kucing tau le, tang rabbit nie, agak geli sikit mau pegang..huhuhuhu


*Sampai je, register nama dan bgtau sakit apa dan kenapa, nanti ikut turn le diaorg paggil, mcm dah kat klinik kesihatan plk yek..hehehehe


*Doktor tu kata, arnab ni mmg dlm keadaan kritikal, kemungkinan ada jangkitan di paru2, sbb dia tak nak makan walaupun di beri minum air sekalipun, sedih tgk keadaan dia..


*Dan terpaksa di tahan di wad, alahaiii ntah hidup ntah kan mati, Lin col Effa bgtau nak buat cmne tapi usaha dan keyakinan Effa, akhirnya arnab ni di masukkan jugak ke wad..


*Tapi dlm pkl 3pm lebih, Effa col katanya Global Pets col dia bgtau arnab dia dah mati waktu di beri rawatan. So Lin terus amik Farhan dan juga bibiknya untuk ke sana amik mayatnya. Doktor sahkan mungkin arnab ni mati akibat stress so  di sebabkan itu semua organ dalaman dia jadi jem tak berfungsi untuk memproses sistem penghadaman dan juga penafasannya..




P/S: Jgn kata arnab je boleh mati akibat stress, manusia pun ramai yg boleh mati akibat stress...makan tak lena, mandi tak kenyang, tidur tak basah, lama2 mati boleh mcmtu la jugak..huhuhuhu


With Love

1 comment:

Terima kasih sudi singgah membaca dan beri ulasan/komen..
Sebarang cadangan dan pendapat anda, amat di alu-alukan....
TQ..