AYAM MASAK LEMAK NENAS YANG PEKAT DAN SEDAP

Sis Lin
8
AYAM MASAK LEMAK NENAS YANG PEKAT DAN SEDAP | ALHAMDULILAH, semalam dapat memasak dan berbuka di rumah aja. Kalau tahun-tahun lepas tiap kali ramadan pertama mesti berbuka di luar, tapi tahun ni sebab ramadan pertama jatuh pada hari cuti umum bertindih, so rasa malas nak keluar makan di luar, takut semua tempat penuh dan sesak, makanya Sis memasak aja semalam untuk menu berbuka ramadan pertama semalam. 

Nasib baik juga menu memang dah ada dalam kepala apa nak masak, so takde laa blur sangat mikir. Dan lauk-pauk bahan mentah dan basah semua get ready sesiap, nak masak pun senang, lebih happy dan semangat nak memasak sebab ada kuali baru hahahaha.. tu yang sebenonya.. Tak habis-habis ekk dengan kuali ajaaa, ehh bior laa, ko kalau nak sila beli.. Sis ko ni dapat kuali hitam pun auto bahagia, tu belum pinggan baru sampai, double bahagia sampai atas pokok kang hahahaha.. 


Masak untuk makan bertiga, lauk untuk sekali sahur pagi tadi. Tu pun pagi tadi goreng telur dadar sebagai tambahan lauk, lelain semua menunya sama jerr dengan menu berbuka tu. Memang agak lama tak masak Ayam Lemak Nenas ni haa, kebetulan ada nenas, ada serai dan ada daun limau purut, so kita masukkan sekali semua dalam tu..Masak pekat-pekat santan, memang sedap wooo.. 

Sedap tau letak daun limau hiris tu, walau si anak bujang bebel-bebel sebab dia nak makan, dia asingkan dedaun tu hahaha.. sajer Sis hiris nak bagi kesabaran orang berpuasa yang makan, kalau Sis memang Sis bedal jer terus, yang tak makan daun hijau jerr yang akan membebel kekekek.. 

Masak 8 ketul, pagi tadi tinggal 3 ketul, licin semua.. alhamdulilah.. senang Mak cuci periuk..

Ayam Msak Lemak Nenas Yang Pekat Dan Sedap

Menu berbuka lain, Sis masakkan juga Sambal Tumis Tauhu, Kacang Panjang Tumis Telur, then ada Ulam Raja juga Sambal Hitam Min'z, memang cukup lengkap menu berbuka kami semalam, alhamdulilah. Sambal Hitam Minz tu sedap weyy, korang boleh beli dengan Bebelan Min, homemade yaa by Min. Kena cepat selagi stok masih ada, time puasa ni sambal-sambal gini memang laku keras. 

Sayur kacang tu pun semalam Tatie DM minta resepi,padahal biasa-biasa jerr tu.. Sis chopper bawang besar, lada merah, bawang putih, belacan sikit, then tumiskan bahan chopper tu, masukkan udang basah kopek, tumis sampai garing, masukkan garam dan perasa, hampir kering baru pecahkan telur sebiji, kacau sampai telur masak, then masuk kacang panjang, jangan letak air sebab udang tu dah keluarkan air. Simple tapi percayalah, sedap.. 

Suami balik pun ada laa beli kuih-muih sikit. Siap belikan Sis kopi Vietnam gantung.. sedap gilerrr.. aduii baru nak cut sugar, di belinya kita kopi hahahaha.. 


P/S : Hari ini ada menu permintaan anak, kita nantikannn.. 

Post a Comment

8Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Alhamdulillah
    Selamat berbuka puasa

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..selamat berbuka sis..menariks semuanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berbuka Mummy.. masak apa tu harini?

      Delete
  3. Perghhhh, mantapp! Sedap betul nampak! Baguslah licin semuanyaaa 🤩

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerr Non, jangan membazir, amalan syaitann hahahaha

      Delete
  4. sampai atas pokok tu aaaa ghisau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha nanti nak tunjuk laaa pinggan kita hahaha

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !