BUFFET RAMADAN 2023 - 'CITARASA WARISAN KAMPUNG' THISTLE JOHOR BAHRU HOTEL

Sis Lin
0
BUFFET RAMADAN 2023 - 'CITARASA WARISAN KAMPUNG' THISTLE JOHOR BAHRU HOTEL | RASANYA semua orang pun tawu kan akan kemeriahan kalau berbuka puasa di sini. Memang happening setiap tahun, sebab ada MC Embun JB dan juga persembahan jejaka kacak Aqmal Daniel tu yang akan membuat persembahan gesekan violinnya. Muda dan sweet-sweet jer muka Aqmal tu hehehehe.. 

Tapi kalau dah Embun yang jadi MC mengelolakan majlis berbuka puasa, maka setiap hari laa memang fullhouse ballroom tu orang tempah berbuka puasa di sana. Yaa betul, Sis dah kena tahun lepas, nak pergi buka puasa dengan adik-adik, booking slot table, tapi date Sis nak tu dah full, so kenalah ikut date mereka yang kosong, hebat bukan. 

Baca Juga ; 

Buffet Ramadan 2023 - 'Citarasa Warisan Kampung' Thistle Johor Bahru Hotel

Buffet Ramadan 2023 - 'Citarasa Warisan Kampung' Thistle Johor Bahru Hotel

Buffet Ramadan 2023 - 'Citarasa Warisan Kampung' Thistle Johor Bahru Hotel

So tahun ini sekali lagi Thistle Johor Bahru akan mengadakan buffet ramadan bertemakan Citarasa Warisan Kampung yang akan menghidangkan lebih dari 200 hidangan dengan pelbagai aneka pilihan lauk-pauk dari masakan Melayu tradisional sehinggalah ke menu-menu pembuka selera termasuk pilihan pencuci mulut. Memang susah nak buat pilihan ketika pegang pinggan hahahaha.. 

Tapi di sini, bila mata Sis pertama kali nampak menu Siput Sedut Lemak Cili Api, Asam Pedas Ikan Pari dan Opor Sayur Nangka, so menu itulah yang Sis akan ceduk dulu, sampaikan Kambing Goleknya pun Sis tak makan, sebab Sis melayan tekak menyedut siput hahahaha.. 

Paling tak boleh tahan, tiba-tiba Sunah bawa pulak Sup Geasrbox mereka, perghh nampak biasa-biasa, tapi rasanya sangat luar biasa, dah sama macam Sis biasa makan di ZZ Tulang tu haa, sedap woooo.. ingat nak ceduk gak semangkuk tapi sebab tulangnya pun besar, so kongsi makan dengan Sunah. 

Buffet Ramadan 2023 - 'Citarasa Warisan Kampung' Thistle Johor Bahru Hotel

Buffet Ramadan 2023 - 'Citarasa Warisan Kampung' Thistle Johor Bahru Hotel

Buffet Ramadan 2023 - 'Citarasa Warisan Kampung' Thistle Johor Bahru Hotel

Antara hidangan yang bakal menjadi pilihan ramai adalah; Ayam Opor Maharaja, Gulai Daging Salai & Pisang Muda, Asam Pedas Ikan Pari dan Kari Kambing Dalcha, Kambing Golek, Nasi Ayam, aneka Sup termasuk Sup Gearbox, Goreng-Gorengan dan banyak lagi! 

Tapi Sis rasa, dalam banyak-banyak tu, mesti ramai juga pi serbu station Durian Kampung buffet dia, tak boleh bayangkan dalam hotel makan durian kann, tapi di sini boleh, hahaha.. cuma kesian gak kalau tiba ada yang alergik bau durian, habis satu dewan ballwoon tu bau durian, Sis duk bayangkan kalau Sis bawa kawan Sis sorang tu (Izam), mesti mabukkk, sebab dia kalau bau durian jer terus migrain hahahaha.. 

Durian tu di sebelah luar sebenarnya tapi korang boleh makan bawa ke dalam dewan, so bagi mereka yang tak boleh bau durian, kau kena laa sensitif kan, jangan bawa ke meja kau yang orang lain tak boleh makan, kesian mereka. makan jer kat luar tu, lagi selesa dan puas, boleh tambah makan berbiji-biji. 

Buffet Ramadan 2023 - 'Citarasa Warisan Kampung' Thistle Johor Bahru Hotel

Buffet Ramadan 2023 - 'Citarasa Warisan Kampung' Thistle Johor Bahru Hotel

Buffet Ramadan 2023 - 'Citarasa Warisan Kampung' Thistle Johor Bahru Hotel

Dengarnya bukan sahaja happening dengan MC Embun dan Aqmal, tapi tahun ni Thistle Johor Bahru bawa pula artis ke sana untuk memeriahkan majlis berbuka puasa bersama korang nanti. Tapi ada hanya pada hujung minggu sahaja dan harga untuk pembelian buffet juga berlainan, so korang kena baca betul-betul dan alert. Nanti Sis letak details di bawah yaa. 

Dekorasi dewan juga akan lebih meriah dan cantik sebab tahun ini dekorasi ballroom mereka akan di deko oleh Whitebox, dah memang meletop laaa weyy.. sambil makan, mata melilor sana sini atas bawah tepi tengok ballroom cantik, dapatlah makan dengan selesa dan tenang-tenang aja. Korang duduklah makan dari jam 6pm sampai ke 10pm nanti, balik lambat boleh amik gambar dengan artis hehehehe.. 

Buffet Ramadan 2023 - 'Citarasa Warisan Kampung' Thistle Johor Bahru Hotel

Bukti hadirrrr ... hahahaha 

So korang cepat yaaa beli baucer pembelian awal tu dengan harga yang lebih murah. Lambat memang habis.. Jangan kata hakak tak payung... bye.. 

Citarasa Warisan Kampung Buffet Ramadan 
Bermula dari 23 March - 20 April 2023
Dari jam 6.30pm - 10pm 

Harga Biasa ; 
RM148 Dewasa
RM85 Kanak-Kanak

Harga pembelian awal (Early Bird) ; 
RM128 Dewasa
RM75 Kanak-Kanak

Penampilan Istimewa (Setiap Hari) ; 
๐ŸŽคEmbun JB
๐ŸŽปAqmal Daniel
๐ŸŽ™️Kudien

SATURDAY SPECIAL with Juara Gegar Vaganza
8 April 2023 (Ayai Illusi & Diva AA)
15 April 2023 (Siti Nordiana)
RM198 Dewasa
RM119 Kanak² 

Untuk tempahan hubungi ; 
☎️ +6012-789 2092 / +607-267 8999 
๐Ÿ•Œ Ruang solat disediakan
๐Ÿš— Parkir percuma

LEBIH banyak gambar : facebook page akusislin
Video REEL : IG akusislin


P/S : Tiap tahun mesti bawa adik-adik buka puasa di sini, tahun ni, rasanya pun sama juga laa tu hahahaha.. 

Post a Comment

0Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !